Skip to main content

Untukmu Gaza



"Seronokkan dapat membantu saudara kita dari jauh?"

Aku mengiyakan persoalan yang ditanya. Selepas kutipan derma untuk Gaza di sekitar Labuan waktu bulan ramadhan lepas, aku sekali lagi menyertai sahabat dalam mengutip derma untuk Gaza. Sahabat yang aku kenal sejak kampus sehingga sekarang. Aku masih bersama-sama dengan mereka. Praktikal sama-sama di RTM Labuan.

                Isu yang berlaku di Palestin membuatkan banyak pihak kini mulai membuka mata. Sedikit demi sedikit menyedarkan masyarakat sekeliling terhadap kekejaman Israel yang membunuh warga Palestine yang tidak berdosa. Mereka tanpa segan silu membunuh dengan alasan keselamatan yang tidak masuk dek akal manusia.

                Aku dan sahabat merasakan bahawa kami perlu menyumbangkan sesuatu. Walaupun tidak banyak, sedikit pun perlu. Bukan apa, jika kami ingin menyumbang dari segi kewangan, alahai... kami ni hanyalah practical student.. Takdok duit....

                    Jadi kami pun memikirkan cara lain untuk membantu saudara mara di Gaza. Sahabatku Shela dan Una (Bukan nama sebenar) pun merancang membuat kutipan derma buat penduduk Gaza. keadaan Gaza yang semakin meruncing membuatkan mereka perlu diberi bantuan oleh dunia. Terutama kita, yang beragama Islam. Walaupun mereka bukanlah orang yang meminta. Mereka akan setia mempertahankan tanah mereka dari terus dijajah oleh makhluk yang dilaknat oleh Allah asbab dari sikap sombong dan ego mereka, Israel. Namun menadi kewajipan diri sebagai seorang Muslim membantu saudara yang berada di dalam kesusahan.

"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi mereka tidak menyayangi saudaranya seperti mereka menyayangi diri mereka sendiri"

                     Atas kesedaran yang kami miliki, maka kami pun merancang untuk membuat kutipan derma sekitar Labuan. Tugas pun dibahagi. Shela mula membuat panggilan kepada pejabat Majlis Pertubuhan Perunding Islam Malaysia (MAPIM). Kami bergerak sebagai wakil MAPIM dan malaksanakan kutipan dengan kerjasama dari Buku Jalanan  Labuan.

                Pada bulan ramadhan, kami menjalankan program di sekitar Labuan. Macam-macam ragam yang kami jumpa. Ada yang dengan mudah dan bermurah hati mendermakan duit mereka. Ada juga yang meminta bukti kepada kami tentang pengesahan bagi kutipan derma. Bagi golongan seperti ini, penulis tak salahkan mereka kerana mereka ini jenis yang berjaga-jaga disebabkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang menipu dengan meminta derma bagi kepentingan diri mereka sendiri.

                Pada kali kedua kami lakukannya di Ujana Kewangan, Labuan. Pihak Buku Jalanan melakukan basking dengan menyanyikan beberapa lagu bagi menarik audience untuk menderma. Mereka juga menyediakan buku-buku untuk dipinjam bagi pengunjung Ujana Kewangan. Mereka ini sangat menarik. Walaupun napak bersahaja, namun ilmu yang mereka miliki amat mendalam.

                Jarang saya dapat lihat golongan yang bersemangat seperti mereka yang berusaha memupuk semangat membaca dalam kalangan masyarakat agar masyarakat menjadi celik. Mereka ini golongan yang berfikir masa depan negara pada jangka masa yang panjang. Memikirkan bahawa golongan yang memimpin adalah golongan yang suka membaca.

                Anyway, sangat bergembiri dapat memban tu sedikit sebanyak untuk saudara seIslam di Gaza. Yang paling penting DOA yang tulus dipanjatkan untuk mereka yang berjuang habis-habisan menentang kezaliman dan DOA juga bua kita agar tidak jatuh dari landasan Allah dan akan turut menyertai mereka pada masa akan datang... Syurga buat mereka...

Wallahu'alam...





Comments

Popular posts from this blog

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu...

Jiranku.. oh.. Jiranku

Petang itu, sewaktu aku masih lagi kecil, aku duduk di atas pangkin di halaman rumahku. Sepohon pokok manga merendang meneduhiku. Sesekali aku merasa dingin angin menerpa di badanku. Dedaun keguguran setiap kali angin sejuk itu menerpa. Pohon juga mengikut rentak angin, bagaikan menari tarian riang dan mesra mendamaikan hati setiap insan yang melihat. Ibu duduk disampingku sambil mengupas mangga muda dan di potong isinya, dimasukkan ke dalam pinggan di hadapannya. Sedikit kicap, gula dan hirisan lada pula dihidang bersebelahan pinggan mangga. Aku mencicah potongan mangga dengan sambal kicap disebelahnya. Enak sekali. Ianya menjadi lebih enak apabila jiran tetangga turut serta. Riang sekali suasana petang itu. Beginilah rutin petangku bersama ibu di kampung. Pelbagai aktiviti yang kami lakukan bersama jiran tetangga. Kadang-kadang kami menjalankan latihan nasyid, kadang-kadang tarian piring. Ada juga masa kami lakukan aktiviti membuat kraf seperti bunga sabun, bunga dari botol plas...

Islam dan Sains: Belajar dari Pepatung

Sumber utama: Berfikirlah Sejak Anda Bangun Tidur Karya:          Harun Yahya       Topik ini sangat menarik untuk dikupas. Al-kisahnya sendiri disebut dalam al-Quran. Perumpamaannya adalah seperti lalat. Mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.      “Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah” (QS. Al-Hajj, 22: 73)      Kenapa dikatakan hampir sama?      Persoalan yang memang sepatutnya kita tanya pada diri sendiri. Kalau tiada rasa ingin tahu dalam diri maka tidak bergunalah akal yang Allah berikan kepada manusia. ...