Skip to main content

Nukilan

30 jan 2014/ 1.30 am



                "Lia, tolong ayah jap!" Dari kejauhan Encik Din memanggil nama anak bongsunya.

                Aiyoo.. Baru je nak melayan koleksi movies yang berada dalam laptop ni ha. Ayah yang kini berada di atas tangga besi bersedia untuk menyemen batu-bata untuk membina dinding yang tinggi menunggu aku untuk menghulurkn simen yang berada di atas tanah. Satu persatu batu bata yang berada dihadapannya disapu simen dan dicantumkan menjadi dinding. Itulah kebiasaan ayah setiap kali mempunyai waktu yang lapang. Rumahku dari dulu sampai sekarang tak pernah nak siap-siap pun. Nama je ayah kerja sebagai tukang rumah. Bina rumah orang lain punyalah cepat je siap. Time kene kat rumah sendiri, haru biru.

                Bukan apa. Ayah aku ni jenis yang buat rumah sendiri. Tak mau upah orang. Membazirlah katakan. Lagipun kami ni bukannya datang dari keluarga yang senang. Ayah mengumpulkan duit sedikit demi sedikit untuk melapangkan rumah kami. Bila ada duit sikit, belilah sikit batu bata untuk ditambah. Aku puji ayah dalam bab buat rumah. Dia ni jenis yang tak mau buat pinjaman. Baguslah kalau macam tu. Sebab ayah betul-betul risau pasal hutang-piutang ni.

                Ah.. Selesanya. Aku terus baring selepas tolong ayah mengangkat batu-bata dan mengacau bancuhan simen. Hahaha.. Kadang-kadang aku nak tergelak juga tengok diri aku sendiri. Yelah, aku ni perempuan tapi buat kerja macam lelaki. Aih, siapalah yang nak jadikan aku bini diorang bila dapat tau yang aku ni memang jenis otai tahap gaban ni.

                ”Dik, tolong mak masak ni.." jeritan mak kedengaran di dapur memanggil aku.

                Aduh, baru je nak melepaskan lelah sekejap, tapi dah dipanggil masuk dapur. Ni yang lemah semua sendi ni. Bagi aku, bagila kerja apa pun kat rumah ni, tapi jangan sesekali panggil aku untuk masuk dapur.

                "Ala, mak.. Sekejap lagi boleh? Anak mak nak rehat jap. Sekejaapp je..." jawabku malas.

                "Banyaklah kau punya sekejap. Apa punya anak daralah ni malas. Nak masuk dapur punyalah susah. Kalau mak dulu, semua kerja mak buat sorang-sorang. Kerja orang lelaki pun mak buat. Mak ni bukan calang-calang orang tau."

                Aku mengajuk gaya bebelan mak. Tau sangat ayat mak. Mesti kalau mak dulukan... Aku menurut cakap mak. Kalau tak diikut, naik berbulu telinga aku terpaksa mendengar bebelan mak sepanjang masa. Namun sebenarnya aku senang dengan bebelan mak aku. Yelah tanda sayangla katakan..

                "Baikk.. Mau buat apa mak?" getusku malas seolah-olah tak nampak kerja yang bertimbun di dapur.

                "Buatkan air untuk ayah kau. Ha, jangan lupa, tolong ambilkan serai kat tepi rumah sekali"

                "Ok boss"

                Aku melangkah menuju ke bilik. Ku capai tudung hitamku yang tersidai di belakang pintu. Yela, tudung hitam kesayanganku itu penyelamat ketika emergency. Manalah tau takde ribut takde taufan, tetiba je orang datang ke rumah. Mudah bila ada tudung yang dah tersedia pakai memudahkan lagi pergerakan aku dalam rumah. Atau bahasa lebih tepat lagi sediakan payung sebelum hujan.

                 Seusai ambil serai beberapa rumpun, aku masuk ke rumah.

                "Wahh.. Sedapnye bau. Mak masak batang keladi gulai tempoyak ye?"

                Mak yang dari tadi mengacau bahan masakan dalam periuk sekali-sekala menjeling kearahku. Senyuman yang nipis meniti di bibir mak. Hampir setiap kali anak mak balik ke kampung, mesti akan dimasakkannya lauk kegemaran. Tak terlepas jugak adik-beradikku yang lain. Mak tidak pernah membezakan kasih sayang antara kami adik beradik.

                Waktu cuti semester je yang aku dapat luangkan masa yang lebih dengan diorang. Bila aku kat kampus, aku hanya boleh melepaskan rindu kat mak dan ayah dengan menelefon je. Takde pun aku nak skype ke buat vidoe call ke. Biasala nama je amik kos Multimedia, ada la gak kaitan dengan teknologi ni. tapi aku ni jenis rabun IT ckit. Takleh nak kata buta IT la sebab aku ada gak belajo ttg IT ni. Tapi susah cikit nak hadam. Well, I'm not into gadget too much.. Sebab tak banyak duit pun aku ni. Hehehe. Ada duit lepaskan kat tempat lain. Lagipun mak dan ayah aku pun bukan pandai sangat nak guna bende alah macam tu.

                Melihat mak yang dari tadi mengacau batang keladi masak gulai tempoyak aku bergerak menuju ke almari pinggan. Diambil beberapa biji pinggan dan cawan, dibawa ke meja makan. Aku susun cantik-cantik atas meja. Tak lupa juga beberapa mangkuk untuk diisi lauk.

....

                "Ayah, jom makan!" Jeritku dari dapur.

                Ayah yang dari tadi menukang, menangguhkan serta merta kerjanya. Dia mula bergerak menuju ke dapur. Emm.. Aroma masakan mak sangat menusuk ke hidung sehingga kecur air liurku menunggu ayah sampai ke meja makan.

                "Ayah, cepatlah. Tak sabar dah ni nak makan." ujarku.

                Ayah hanya menggelengkan kepala melihat aksi aku yang macam kebuluran tahap gaban ni. Ayah mengambil tempat duduknya setelah selesai membasuh tangan di sinki. Kami makan bersama-sama. Dah lama tak makan di meja bersama-sama semenjak aku menuntut di universiti. Rindu akan suasana ini.

                Seusai makan aku segera menuju ke bilik air bagi mengambil wuduk. Solat jangan dilengahkan. Diambil telekung yang tergantung pada rak. Solat didirikan. Seusai solat aku membaca al-Quran. Hanya satu muka surat sahaja. Aku membiasakan diri aku untuk membaca al-Quran selepas solat jika tiada perkara mustahak yang perlu dilakukan. Bacaan al-Quran jangan sesekali ditinggalkan dalam masa sehari agar Allah lindungi dari godaan syaitan dan nafsu. Aku ingin menjadi seorang mukmin yang solehah. Bukan hanya seseorang yang ber'title' muslim atau orang Islam.

                Aku nak tinggikan darjat aku di mata Allah. Maka dengan itu aku harus berusaha menyempurnakan amal ibadatku. Tidak dilupa solat wirid. Aku nak termasuk dalam golongan hamba Allah yang bersyukur.

.....

                Tak.. Tak.. Tak..

                Bunyi ketikan papan kekunci komputer ribaku. Seusai solat Isyak aku terus mengadap komputer riba. Kebiasaan bagiku untuk menulis dan meng'ekspres'kan diri dengan menulis. Aku sangat mencintai bidang penulisan. Melalui penulisan, maklumat boleh disampaikan kepada orang lain, ilmu boleh disebarkan dan luahan perasaan boleh dinukil.

                Aku yang pada mulamya tidak meminati bidang penulisan, diberi galakan oleh kakakku sendiri. Yelah.. Apa gunanya ilmu jika tidak disebarkan. Melalui penulisan, aku jadikan sebagai salah satu medium dakwah. Menyebarkan ilmu yang aku pelajari. Bila fikir-fikir balik, best sebenarnya menulis ni. Boleh tulis apa sahaja, tapi perlu ingat mesti bermanfaat. Tulisan aku ni, nampak agak mengarut jugaklah, tapi kalau seseorang itu betul-betul teliti, dia akan dapat apa manfaatnya dalam tulisan ni.

                Kalau tak, tak tahulah nak cakap macam mana.

                "Aaahhh... Ngantuk."

                Seusai menaip, aku tutup komputer ribaku dan terus tidur. Sebelum tidur, doa dan ayat kursi serta tiga Qul tidak dilupakan bagi memohon perlindungan kepada Yang Maha Melindungi.

.....


Teringat kebiasaan aku sewaktu cuti semester. Ada perkara yang berfaedah yang aku buat, tapi ada gak perkara yang lagha... Anyway, sekarang ni aku berada dalam minggu praktikal. Menunggu untuk graduate. Tak sabar rasanya. Korang2 doakanlah aku ye supaya semuanya berjalan lancar.. Ok Chow dulu la ye. Setakat ni je nukilan aku buat kali ni... 

Harap lepas ni rajin aku nak sambung lagi. Hahaha...

P/S: nukilan mengarut ni dah dibuat lama dah.. cume tak update2 je sebab takde mood... Waktu senggang ni je lah yang aku boleh buat... (Nampak sangat perenggan2 last tu buat macam orang malas...

Comments

Popular posts from this blog

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu...

Lebuhraya Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim.... Kini sudah dua bulan aku berada di rumah. Cuti semester yang aku lalui, tidak kugunakan dengan baik. Cuti penggal semakin habis. Kini, bagi diriku, tiada alasan lagi untukku lengahkan masa dengan buat perkara yang remeh dan tidak mendatangkan  berfaedah. Bukan masanya. Untuk aku menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia. Bukan masanya untuk aku bersuka ria. Aku ada tugas yang lebih besar untuk aku capai. Aku ada impian yang lebih tinggi untuk dikejar. Aku ada amanah yang lebih berat untuk dipikul. Fikiranku mula ligat semula. Untuk mencari inspirasi yang hilang. Untuk mencari kemahiran yang kian pudar. Untuk mencari kejernihan akal yang kian keruh.  Agar masaku tidak dipersiakan. Agar kudratku digunakan sebaik mungkin. Agar usiaku dicurahkan kepada kebenaran. Agar diriku tidak menyesal di kemudian hari . Kehidupan ini kuibaratkan seperti lebuhraya. Manusia kuibaratkan seperti pemandu kenderaan yang pelbagai yang melalui ...

A Credit to ....

Assalamualaikaum wbt. Alhamdulillah this blog finally ready for me to have a writing, sharing dan delivering beneficial informations and articles.  I'm welcoming all to visit my blog and have a sharing here. A credit to my sister that spend her time to set up this blog and conributing ideas for blog address and title. 'Untaian Kasih Ilahi' have a deep mean.. . Subhanallah and thak you very much. I love you sis...