Skip to main content

Bedah Buku: Berfikirlah Duhai Manusia



Rujukan: Bagaimana Seorang Muslim Berfikir? Siri 1
Karya: Harun Yahya

  "Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi( seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa api neraka."
(QS Ali Imran,3;191)

                Berdasarkan ayat diatas, Allah telah berFirman bahawa manusia yang sentiasa mengingati Allah adalah manusia yang selalu memikirkan tentang kejadian Allah. Kita dapat lihat bahawa orang yang tidak menggunakan akal secara baik (Tidak berfikir), maka mereka ini adalah golongan yang jauh dari Allah.

                Kita dapat lihat kini bahawa bukan hanya golongan yang belajar agama sahaja yang mempunyai kesedaran untuk mendalami Islam, malah golongan professional seperti doktor dan engineering juga sedar akan keberadaan mereka sebagai seorang hamba dan mendalami ilmu agama malah kekadang mereka ini lebih dekat dengan Allah. Hal ini disebabkan golongan-golongan professional ini lebih terdedah dengan tahap pemikiran yang tinggi dan kaitannya dengan alam sekeliling yang Allah ciptakan. Maka mereka secara automatik berfikir tentang kejadian Allah dan menjumpai buktinya di dalam Al-Quran.

                Manusia yang berfikir ini lebih yakin akan kewujudan Allah kerana mereka sendiri telah mengkaji dan mendapati bahawa tiada kepalsuan di dalam al-Quran. Maka, mereka akan lebih tunduk dan patuh kepada Allah, Tuhan pencipta alam.

                "Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main. Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan haq, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
(QS Ad-Dukhaan, 44:38-39)

                Perbezaan antara manusia dan makhluk lain adalah akal. Allah mengurniakan akal kepada manusia berbanding makhluk lain. Ianya supaya manusia berfikir akan sebab kewujudan dirinya tujuan yang sebenar mereka diciptakan.

                "Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang kejadian diri mreka? Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya melainkan dengan tujuan yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-banr ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya."
(QS Ar-Ruum, 30:8)

                "Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
(QS Al-Fajr,89:23-24)

Tidak Tahu vs. Tidak Peduli

Manusia yang tidak berfikir adalah manusia yang leka..

                Kenapa saya kata begitu?

                Kerana mereka ini adalah manusia yang tidak pedulikan terhadap apa yang Allah ciptakan. Erti kata "tidak peduli" ini ialah meninggalkan, tidak menghiraukan dan dalam kekeliruan. Mereka ini bukanlah dalam golongan yang tahu tetapi dalam golongan yang lalai.

                Beza tidak tahu dan lalai ialah lupa adalah mereka ini tidak mengetahui, tetapi lalai bererti mereka ini tahu namun tidak mahu berfikir dan tidak mahu ambil peduli sebab apa Allah jadikan mereka di atas muka bumi ini. Padahal mereka mengetahui. Namun, golongan ini hanya mahu berseronok sepuas-puasnya semasa mereka hidup tanpa mengira bahawa ada keseronokan yang hakiki (abadi) selepas kehidupan di dunia ini.

                Namun golongan "tidak tahu" ini juga bukanlah golongan yang lebih baik dari golongan tidak peduli. Golongan tidak tahu ini adalah golongan jahil. Disebabkan itu mereka ini golongan yang tidak mencari. Bak kata pepatah tidak tahu tanya. Namun golongan ini adalah golongan yang "malu" bertanya menyebabkan mereka ini jahil bab agama.

Belenggu Sihir

                Katakanlah: "Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak ingat?" Katakanlah: "Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya 'Arsy yang besar?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak bertakwa?" Katakanlah: "Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (adzab)-Nya, jika kamu mengetahui?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kamu ditipu (disihir)?" "Sebenarnya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka, dan sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta."

 (QS. Al-Mu’minuun, 23: 84-90)

                Surah ini menunjukkan perbualan antara Allah dan manusia. Allah bertanya kepada hambaNya tentang siapa yang menjadikan seluruh alam ini. Manusia menjawab yang menjadikan segalanya adalah Allah. Kita lihat bahawa manusia tahu siapa yang sebenarnya yang menjadikan alam ini malah yang menciptakan mereka sendiri, namun mereka tetap lalai.

                "....(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kamu ditipu (disihir)?..." Allah menyebutkan bahawa manusia ini telah disihir.

                Kenapa?

                Mereka ini mengetahui segala-galanya namun, mereka masih tidak menyembah Allah. Hal ini kerana akal yang Allah beri tidak digunakan sepenuhnya. Kata sihir di sini mempunyai makna kelumpuhan mental atau akal. Akal yang tidak digunakan untuk berfikir bererti akal itu lumpuh. Bahaya akal yang lumpuh ini adalah penglihatan mereka menjadi kabur, tidak dapat melihat dunia realiti meskipun kebenaran itu berada di hadapan mata mereka. Mereka ini tidak dapat membezakan yang mana yang benar dan yang mana satu yang salah kerana telah tersihir dengan keindahan dan keselesaan di dunia.

Betapa Kita Malas Berfikir

                Saya mengandaikan betapa kita ini malas berfikir kerana perkara-perkara yang remeh sekalipun tidak kita fikirkan. Ops.. Silap.. SAYA FIKIRKAN... Maafkan saya sekiranya saya mengandaikan bahawa saya dan semua orang berfikiran sama. Padahal ramai orang yang berfikir.... SAYA SEORANG je kot yang kurang berfikir.

                Kosongkan fikiran anda dan Cuba renung sejenak...

                Bayangkan kita berdiri di sesebuah tempat. Kosong... Namun tiba-tiba ada suara yang menyatakan sesuatu. Anda mendengarnya sambil membayangi apa yang dia katakan.

                "Hai makhluk Allah, Tahukah kau dimana engkau berada sekarang?" tanya suara itu.

                Dan anda menjawab anda tidak tahu.

                "Akan aku beritahu dimana engkau berada sekarang.

                Kini engkau berada di atas satu permukaan yang sangat nipis. Lapisan yang teramat nipis ini adalah (seperti lapisan nipis kulit epal yang membaluti isi epal yang tebal ini) yang telah memisahkan engkau dengan lapisan yang mendidih (magma). Lapisan yang mendidih ini teramatlah panas melebihi tahap didih. Beribu-ribu darjah lebih tinggi dari tahap didih....

                Cuba engkau bayangkan...

                Apa yang terjadi sekiranya kulitmu terkena air yang mendidih. Melecur bukan? Bagaimana pula sekiranya kulitmu terkena lapisan yang mendidih ini? Apa yang akan terjadi?

            Lihat pula di atasmu, dibumbungi dengan langit yang sangat luas. Keluasan yang tidak pernah dapat engkau kira. Malah ia saban waktu semakin mengembang dan mengembang. Didalamnya ada pelbagai isi. Termasuklah planet yang sama seperti yang engkau pijak. Ada yang kecil, ada yang lebih besar dari itu. Malah mempunyai batuan-batuan yang terapung di angkasa. Batuan-batuan (meteor) ini beratnya berjuta-juta ton yangh bergerak bertebaran diruang angkasa. Bila--bila masa sahaja batuan-batuan ini boleh bergerak ke arah bumi dan kemudian menghentamnya. Bahayanya tempatmu berdiri.

                Namun, kenapa dirimu masih aman?

                Kerana kamu tahu bahawa alam ini mempunyai sistem yang sangat teratur dan sempurna. Planet-planet berada di atas lingkarannya. Berpusing mengelilingi matahari. Allah 'memegang' segalanya secara teratur agar manusia berasa aman hingga kiamat tiba. Pada waktu itu, tiada guna untuk menyesal, segala-galanya akan musnah dan kita akan dibangkitkan dalam keadaan yang menyesal sekiranya kita dahulu tidak pernah mahu berfikir. Jadi, jangan pernah untuk tidak berfikir..

Wallahu'alam...
                 
               
               




Comments

Popular posts from this blog

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu membawa rahmat ke seluruh alam dengan Islam ( rahmatan lil 'alamin )                 Menyelami susur galur pemerintahannya dengan lebih m

Lebuhraya Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim.... Kini sudah dua bulan aku berada di rumah. Cuti semester yang aku lalui, tidak kugunakan dengan baik. Cuti penggal semakin habis. Kini, bagi diriku, tiada alasan lagi untukku lengahkan masa dengan buat perkara yang remeh dan tidak mendatangkan  berfaedah. Bukan masanya. Untuk aku menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia. Bukan masanya untuk aku bersuka ria. Aku ada tugas yang lebih besar untuk aku capai. Aku ada impian yang lebih tinggi untuk dikejar. Aku ada amanah yang lebih berat untuk dipikul. Fikiranku mula ligat semula. Untuk mencari inspirasi yang hilang. Untuk mencari kemahiran yang kian pudar. Untuk mencari kejernihan akal yang kian keruh.  Agar masaku tidak dipersiakan. Agar kudratku digunakan sebaik mungkin. Agar usiaku dicurahkan kepada kebenaran. Agar diriku tidak menyesal di kemudian hari . Kehidupan ini kuibaratkan seperti lebuhraya. Manusia kuibaratkan seperti pemandu kenderaan yang pelbagai yang melalui lebuhraya

A Credit to ....

Assalamualaikaum wbt. Alhamdulillah this blog finally ready for me to have a writing, sharing dan delivering beneficial informations and articles.  I'm welcoming all to visit my blog and have a sharing here. A credit to my sister that spend her time to set up this blog and conributing ideas for blog address and title. 'Untaian Kasih Ilahi' have a deep mean.. . Subhanallah and thak you very much. I love you sis...