Skip to main content

Solatlah Duhai Anakku


Rujukan:       Rancangan Tanyalah Ustazah

Oleh:              Ustazah NorHafizah Muda
                        Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia


            Suruhlah anak-anakmu bersambahyang. Tajuk ini sangat penting untuk dibicarakan dan diketengahkan oleh semua lapisan masyarakat. Sedih kadang-kadang memikirkan bahawa sesetengah orang menyempitkan pandangan mereka dengan mengatakan bahawa topik ini hanya sesuai untuk orang yang mempunyai anak sahaja atau mungkin orang yang bakal ada anak. Pendapat peribadi penulis, ilmu itu selagi ia bermanfaat pada diri malah pada orang lain perlu diambil.

            Seperti yang penulis katakan, penulis sendiri hanyalah seorang mahasiswa yang insyaAllah akan graduate tidak lama lagi. Masih lagi bujang. Tapi tidak bermakna penulis tidak boleh membincangkan tentang topik berkaitan anak-anak kecil. Penulis sendiri dikelilingi oleh kanak-kanak kecil (anak saudara) yang comel-comel dan bersih fitrahnya. Mereka ini bukan hanya dicorakkan oleh ibu bapa sahaja. Malah persekitaran juga membantu mendidik mereka. Just anggap sahaja yang penulis ni pengaruh persekitaran mereka. Maksudnya, penulis juga berperanan dalam mendidik kanak-kanak di sekeliling penulis secara tidak langsung.

            Balik kepada topik utama, penulis mahu mendedahkan kepada semua pembaca-pembaca yang setia dengan penulis tentang isu solat ini.

            Persoalan.... Kenapa isu ini sangat penting untuk dikupas dan paling berat untuk dilaksanakan?

            Sebelum penulis menyatakan asbab musababnya, penulis nak pembaca sekalian untuk berfikir sejenak dan menjawabnya dengan ilmu pengetahuan yang ada pada diri pembaca... Bukan apa.. penulis hanya mahu ajak pembaca sekalian untuk berfikir kerana kita ini diberi akal untuk berfikir bukan hanya mengikut. Penulis juga tidak pernah untuk berfikir supaya pembaca-pembaca sekalian bersetuju sahaja dengan apa yang penulis nyatakan. Pembaca sekalian juga berhak untuk mengutarakan pandapat... Yelah untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan penulis dan juga pembaca-pembaca lain dan menegur penulis sekiranya apa yang penulis nyatakan ada yang salah dan perlukan pembetulan.

            Manusia.. tidak sempurna...


Suruhan Allah

            Allah telah menurunkan wahyuNya Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia supaya mengetahui akan tujuan utama kewujudan mereka. Tujuan utama yang tidak boleh kita sangkal ialah menyembah Allah. Firman Allah:

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah (mengabdikan) diri kepada Ku “ 
(Surah Adz Dzariyaat ayat 56)

            Menyembah bermaksud menghambakan diri, serah diri dan tunduk hanya kepada Allah, Pencipta Langit dan Bumi serta isinya, Pencipta kepada manusia dan seluruh makhluk. Bagaimana manusia patut menyembah Allah, Tuhan sekalian makhluk?

            Persoalan ini telah dijawab oleh Allah dalam FirmanNya:

"Sungguh Aku adalah Allah Tiada Tuhan melainkan Aku maka sembahkanlah Aku dan laksanakanlah solat untuk mengingatiKu."
      (Tahaa:14)

            Dalam surah Tahaa ayat 14 ini telah menerangkan betapa pentingnya dalam kehidupan. Maka sembahlah Aku.... Ayat ini menunjukkan perintah yang jelas dalam Firman Allah menyuruh sekalian makhluk untuk tunduk dan menyembah Allah. Memang sesuai dengan ayat "Solat itu tiang agama"... kerana jika runtuh solat kita, maka runtuhlah agama dalam diri kita. Asbab utamanya ialah amalan pertama yang akan dihisab pada hari akhirat kelak ialah solat. Jika check point pertama kita tak lepas, maka jangan berangan untuk melepasi check point yang selebihnya.


Kenapa Perlu Menyuruh Anak Untuk Solat?

            Fakta yang paling penting sekali yang perlu seseorang itu ketahui adalah anak merupakan amanah Allah. Tidak boleh dipandang enteng dalam mengurus amanah Allah. Akan ditanya di akhirat kelak, tentang urusanmu terhadap amanah yang diberikan. Adakah penulis, pembaca atau kita semua mengurusnya dengan baik?

            Nabi pernah bersabda:

"Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut,, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan,, sehingga dia meninggalkannya iaitu apabila ia becakap dia berbohong, apabila diberi amanah, dia menkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian, dia melampaui batas.
 [Hadith Sahih Riwayat Muslim]

            Menjadi tanggungjawab kita untuk mengajar anak-anak solat agar kita sendiri tidak tergolong dalam golongan orang yang bersifat munafik.

            Sebab kedua adalah ibu bapa merupakan guru pertama bagi anak-anak. Apa yang kita lakukan ianya menjadi ikutan buat anak-anak kerana kita menjadi fokus mereka untuk belajar. Tidak hairan sekiranya sebhagian tabiat buruk kita 'menurun' kepada anak-anak. Pengajarannya, jadilah contoh teladan yang baik buat anak-anak kerana mereka merupakan pemimpin generasi akan datang yang akan menjadi khalifah di dunia serta yang akan menjadi penerus Perjuangan Islam di atas dunia ini.


Adab dalam mendidik anak-anak solat

            Pertama-tama ialah doa. Doa ibu bapa adalah doa paling yang mujarab di dalam dunia ini. Salah satu doa yang baik adalah doa Nabi Yusuf. Doa ini dibaca oleh nabi Yusuf setelah meninggalkan isteri dan anaknya di padang pasir yang kering kontang tanpa sebarang pokok dan air. Walaupun berat, Nabi Yusuf terpaksa akur atas perintah Allah. Doanya ialah:

"Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah aku golongan orang yang mendirikan solat. Jadikanlah juga anak dan keturunanku golongan orang yang mendirikan solat. Ya Allah, perkenankanlah doa kami."
            Pelik bukan....

           Kalau manusia biasa apabila ditanya, sekiranya kita meninggalkan orang yang tersayang di padang pasir atau tempat yang terdedah dengan bahaya yang besar, kita pasti akan meminta supaya keselamatan mereka terjaga serta mereka mendapat makan dan minum yang mencukupi untuk meneruskan hidup.

         Tapi kenapa Nabi Yusuf mendoakan agar dia serta anak dan keturunannya tergolong dalam golongan orang yang mendirikan solat. Hal ini kerana hikmah solat lebih besar dari segalanya. Solatlah yang akan menjaga seorang individu itu untuk meneruskan kehidupan. Walaupun ditakdirkan isteri dan anak Nabi Yusuf hidup dalam masa yang singkat, maka hidup mereka tetap bermakna dengan adanya solat berbanding hidup lama tapi tidak solat. Mendatangkan lebih banyakj murka Allah kepada hambaNya.

            Adab kedua ialah membiasakan anak-anak dengan persekitaran kalangan orang-orang yang mendirikan solat. Anak-anak mudah menyerap apa yang dia pelajari dari perbuatan orang di sekelilingnya. Sifat seseorang itu kebiasaannya terbentuk sejak mereka kecil lagi dan ianya sukar untuk diubah. Oleh itu, biasakan anak-anak melihat kita solat dan melakukan amal kebajikan. Nabi Bersabda:

"Jagalah solat anak-anakmu. Biasakan mereka dengan kebaikan kerana kebaikan itu datangnya daripada kebiasaan."
         Peringkat seterusnya, apabila anak sudah pandai menyebut, ajarkan mereka dengan rukun-rukun Qauli (percakapan) solat seperti surah al-fatihah dan zikir-zikir sewaktu rukuk dan sujud. Biasakan lidah mereka menyebut ayat-ayat Allah agar percakapan mereka terjaga dari mengeluarkan perkataan yang keji.

                Semakin anak membesar dan tahu membezakan tangan kanan dan kiri, antara buruk dan manfaat, maka ajari anak praktikal solat. isi mereka dengan roh solat iaitu penerangan tentang sebab-sebab perlu solat dan hikmahnya agar mereka mendirikan solat bukan semata-mata disuruh tetapi mereka faham dan hayatinya.


Hikmah membenarkan rotan dalam mendidik anak

               Nabi pernah bersabda:

"Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan)."
(Hadis riwayat Abu Daud)
             Hadith ini membenarkan anak untuk dirotan adalah bertujuan untuk mendidik bukan untuk mengazab. Allah tidak pernah mengarahkan untuk anak-anak dirotan atas urusan lain melainkan atas sebab tidak solat. Hal demikian menunjukkan betapa pentingnya solat dalam kehidupan.

         Menyangkut rotan adalah salah satu kaedah psikologi untuk mendidik anak-anak. Menurut hasil kajian yang dilakukan oleh saintis Barat, merotan akan merangsang deria sakit seseorang. Apabila deria sakitnya terangsang, ianya akan mempercepatkan firing level urat saraf di dalam otak untuk memudahkan seseorang itu belajar dan memusatkan perhatiannya terhadap sesuatu.

                 Mengapa Nabi menyebut pada umur 10 tahun? Kenapa tidak pada umur lain?

           Umur anak-anak pada usia 10 tahun adalah jangka masa yang amat susah untuk menjaga pemusatan perhatiannya (pusat fokus). Maka rotan ini akan mempercepatkan ransangan saraf otak anak untuk terus beri perhatian akan apa yang penting yang diberitahu oleh ibu bapa. Peringatan kepada ibu bapa, merotan adalah untu mendidik, bukannya mengazab anak-anak. Jadi pukullah sekadarnya dan pukullah pada bahagian tubuh yang tidak terlihat oleh manusia dan tidak mendatangkan mudharat iaitu bahagian peha ke betis.

Wallahu'alam...



Comments

Popular posts from this blog

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu membawa rahmat ke seluruh alam dengan Islam ( rahmatan lil 'alamin )                 Menyelami susur galur pemerintahannya dengan lebih m

Lebuhraya Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim.... Kini sudah dua bulan aku berada di rumah. Cuti semester yang aku lalui, tidak kugunakan dengan baik. Cuti penggal semakin habis. Kini, bagi diriku, tiada alasan lagi untukku lengahkan masa dengan buat perkara yang remeh dan tidak mendatangkan  berfaedah. Bukan masanya. Untuk aku menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia. Bukan masanya untuk aku bersuka ria. Aku ada tugas yang lebih besar untuk aku capai. Aku ada impian yang lebih tinggi untuk dikejar. Aku ada amanah yang lebih berat untuk dipikul. Fikiranku mula ligat semula. Untuk mencari inspirasi yang hilang. Untuk mencari kemahiran yang kian pudar. Untuk mencari kejernihan akal yang kian keruh.  Agar masaku tidak dipersiakan. Agar kudratku digunakan sebaik mungkin. Agar usiaku dicurahkan kepada kebenaran. Agar diriku tidak menyesal di kemudian hari . Kehidupan ini kuibaratkan seperti lebuhraya. Manusia kuibaratkan seperti pemandu kenderaan yang pelbagai yang melalui lebuhraya

A Credit to ....

Assalamualaikaum wbt. Alhamdulillah this blog finally ready for me to have a writing, sharing dan delivering beneficial informations and articles.  I'm welcoming all to visit my blog and have a sharing here. A credit to my sister that spend her time to set up this blog and conributing ideas for blog address and title. 'Untaian Kasih Ilahi' have a deep mean.. . Subhanallah and thak you very much. I love you sis...