“Dalam dunia ni, dua perkara kau perlu pegang
untuk terus hidup, pandai cari peluang dan rajin.” Nasihat housemateku. Aku yang kusyuk makan di nasi ayam di gerai mula fokus
terhadap apa yang housemate aku
katakan. Kami bertiga yang sudah lama tidak duduk bersama, bercadang untuk
makan bersama di kedai luar.
Ayat itu telah merasuk
ke dalam jiwa batinku.Bagi aku yang berada di dalam dilema, menjadi penanam
anggur yang tak bertauliah ayat itu umpama pedang yang menghunus terusan ke
hati aku. Tidak cukup dengan itu, hati aku terus terasa seperti dihiris-hiris.
Bagaikan tukang jual daging sedang menyiat-nyiat kulit binatang sembelihannya,
lalu daging yang segar itu dihiris halus-sehalusnya. Perit sekali.
“Kalau kau pegang dua
perkara ni, takkan susah untuk kau senang.” Sambungnya lagi. Walaupun pada masa
itu housemate aku bercakap pada kami
dua orang, namun aku merasai bahawa ayat itu benar-benar ditujukan kepadaku.
Bukan aku merasai bahawa dia sengaja berkata demikian untuk memerli atau
mengeji, malah ianya adalah nasihat yang sangat-sangat berguna buat aku yang
hanya menunggu. Ya, menunggu tawaran kerja yang aku apply hanya melalui online.
Benar katanya. Kalau
ada usaha, aku tidak akan hanya menunggu. Mengeluh nasib sendiri yang masih
tidak mendapat pekerjaan. Memikirkan bahawa nasib ditimpa malang disebabkan
tiada cara lain untuk mencari nafkah. Tiada wang untuk menampung hidup. Tiada
tempat untuk meraih simpati.
Adakah benar apa yang
aku fikirkan selama ini?
Sedangkan dunia ini
luas. Sedangkan setiap rezeki telah tercatat. Sedangkan rezeki itu dimana-mana
sahaja. Aku terkurung hanya dalam dunia sendiri. Tidak berani kehadapan. Tidak
pula cuba menoleh ke belakang. Hanya fikir akan masalah. Namun tidak memikirkan
puncanya. Juga tidak pula mencari jalan penyelesaiannya.
“Kau perlu berfikir
bahawa tiada sesiapa yang akan membawa kau mencapai apa yang kau inginkan dalam
hidup melainkan diri kau sendiri.” Katanya sambil memotong stik daging kambing
yang berada dihadapannya lalu disuapkan cebisan kecil daging itu ke dalam
mulut.
Aku terkesima seketika.
Setuju seribu peratus akan pendapatnya sehingga tanpa disedari kepala aku asyik
mengangguk sejak dari tadi bagi mengiyakan pendapatnya. Pendapat aku, housemate
aku yang seorang ni, sudah boleh jadi motivator kelas pertama yang memberi
inspirasi kepada pendengar-pendengar setia yang ingin berubah menjadi orang
yang hebat.
Mungkin juga kerana
pengalaman telah mengajar dirinya untuk bersedia dalam apa jua situasi yang
dihadapinya. Memang benar. Kisah hidupnya tidak pernah aku sangka. Pernah dia pergi
ke tempat kerjanya dengan hanya berjalan kaki. Dari Pantai Dalam ke KL Sentral
selama hampir sebulan. Bangun seawal 5 pagi, lalu bersiap untuk berjalan tanpa
diketahui oleh rakan serumahnya yang lain. Malah aku juga tidak pernah tahu.
Dia juga pernah minum
air masak 3 liter sewaktu rehat lalu tidur di surau sementara menunggu waktu
rehatnya berlalu kerana tidak mempunyai duit untuk membeli makanan. Apabila diajak
oleh rakan sekerja untuk makan sekali di luar, pelbagai alasan dicipta untuk
mengelak. Bukan dia tidak boleh meminta bantuan dari yang lain, namun dia tidak
pernah untuk membenarkan dirinya meminta bantuan kepada orang lain. “Ini
bersangkutan dengan maruah sebagai wanita”, katanya.
Dalam diam aku kagum
melihat daya juangnya yang tinggi. Tidak pernah meminta pertolongan. Malah
tidak pernah juga meminta simpati. Maruahnya tidak membenarkan itu. Sedangkan aku
apabila duit habis, bagaikan ada penjamin meminta simpati dari kakak-kakakku
untuk memenuhi keperluanku. Mempunyai otak sendiri untuk berfikir. Ada hati
untuk bertanya. Ada kemudahan yang boleh digunakan. Malah badan cukup sempurna
untuk menghindar diri dari meminta. Namun, seringkali mencari jalan yang mudah
dalam hidup.
Tiba-tiba aku malu.
Malu dengan diri sendiri. Malu berhadapan dengan mereka yang lain. Yang
berusaha untuk memenuhi keperluan diri mereka dengan bekerja keras. Malah
bekerja keras untuk orang lain. Diri aku, penuhi keperluan sendiri sahaja perlu
bantuan orang lain.
‘Ah, engkau. Dasar
pemalas. Dasar suka mencari alasan. Sebab itu dirimu tidak pernah kemana-mana.
Selagi langkah kecilmu tidak engkau mulai. Jangan berangan untuk mangubah nasib
diri malah orang lain juga.’ Suara hatiku merendah-rendahkan diriku sendiri.
Peritnya. Aku tidak
pernah merasa peribadiku serendah-rendahnya. Memikirkan bahawa usahaku sudah
maksimum pada awalnya. Tapi, sebenarnya tidak. Aku memperdaya diriku sendiri
dengan kata-kata pujukan yang tidak lainnya hanyalah alasan semata. Membentengi
rasa bersalah dalam diri dengan alasan tidak mampu.
Namun kali ini, aku
merasai bahawa bukan orang lain, malah diri aku sendiri yang telah menghenyak-henyak
maruahku sendiri dengan peribadi yang hanya separuh usaha. Tidak pernah
memaksimakan segala usaha dan tenagaku untuk mencapai apa yang aku inginkan
dalam hidup.
‘Sekarang, tahukah
engkau apa yang perlu kau lakukan?’ Hati kecilku bertanya. Fikiranku masih lagi
berlegar-legar dengan masalah yang aku hadapi. Tidak juga bergerak.
‘Apa yang perlu aku
lakukan? Tindakan pertama aku? Bagaimana harus aku keluar dari belenggu ni?’
Persoalan-persoalan itu mula berputar keras dalam kepalaku. Kalau anjing
menyalak disebelah telinga aku pun, aku tak akan perasan. Malah makanan didalam
pinggan aku juga aku habisi tanpa sedar. Otak separuh sedarku berfungsi.
Menaksir persoalan-persoalan tersebut.
Aku perlu bertindak. Otak separuh sedarku seperti
sedang mengadakan perjumpaan rasmi bagi semua ahli-ahli lembaga mesyuarat untuk
mengutuskan satu keputusan besar. Ya.. Keputusan besar yang akan mengubah
hidupku. Pelbagai plan tindakan telah dibentangkan kepada otakku selaku CEO
terhormat yang akan memutuskan keputusan terakhir bagi melakukan tindakan.
“Woi... Zaila. Tak nak
balik ke?” Aku yang dari tadi sedang menghadiri meeting bersama ahli-ahli
lembaga dalam otakku terkejut dengan panggilan itu. Rupa-rupanya housemate aku
dah bayar makanan yang kami makan sebentar tadi dan mahu beredar pulang.
Aku yang baru sedar,
terpaksa menundakan meeting tersebut lalu mengikut mereka balik ke rumah.
‘Ok..meeting tersebut aku sambung di rumah pulak.’
Nak tahu ke apa plan
tindakan aku?
Itu RAHSIAAA...
Hehehehe....
Comments
Post a Comment