Skip to main content

Posts

Si Dia, Housemateku

“Dalam dunia ni, dua perkara kau perlu pegang untuk terus hidup, pandai cari peluang dan rajin.” Nasihat housemate ku. Aku yang kusyuk makan di nasi ayam di gerai mula fokus terhadap apa yang housemate aku katakan. Kami bertiga yang sudah lama tidak duduk bersama, bercadang untuk makan bersama di kedai luar.                Ayat itu telah merasuk ke dalam jiwa batinku.Bagi aku yang berada di dalam dilema, menjadi penanam anggur yang tak bertauliah ayat itu umpama pedang yang menghunus terusan ke hati aku. Tidak cukup dengan itu, hati aku terus terasa seperti dihiris-hiris. Bagaikan tukang jual daging sedang menyiat-nyiat kulit binatang sembelihannya, lalu daging yang segar itu dihiris halus-sehalusnya. Perit sekali.                “Kalau kau pegang dua perkara ni, takkan susah untuk kau senang.” Sambungnya lagi. Walaupun pada masa itu housemate aku bercakap pada kami dua orang, namun aku merasai bahawa ayat itu benar-benar ditujukan kepadaku. Bukan aku merasai bahawa dia sen
Recent posts

SANG KOPI DAN BISKUT KERING..

Matahari terik jelas terasa. Sedang orang ramai bergegas mengejar dunia yang tidak pernah henti malah jarang sekali untuk menoleh, kelihatan seorang lelaki berusia lebih dari separuh abad yang memakai pakaian lusuh serta topi berwarna hijau tua sedang mengayuh beca tuanya secara perlahan-lahan. Matanya meliar-liar sekeliling, tercari-cari sekiranya ada insan yang sudi untuk menjadi pelanggannya, menaiki beca tuanya yang sekian hari dimamah karat. Sesekali dia mengelap air peluh dari dahinya yang mengalir jatuh ke pipi dengan sapu tangan yang di sidai di atas bahunya. Hampir separuh harinya berpusing-pusing sekitar bandaraya, menagih pelanggan yang tidak kunjung tiba. Apabila kepenatan menyinggah, lelaki tua itu berehat sebentar di bawah pepohonan teduh bagi mengembalikan semula kudrat tuanya. Apabila petang menjelma, si tua tersebut kembali semula kerumahnya. Si isteri tetap setia menunggu di balik pintu. Menyediakan air kopi panas untuk diminum berserta biskut kering me

REVOLUSI TRUMP KEPADA AMERIKA

               Seperti kisah-kisah dongeng yang ditayangkan di kaca televisyen, Donald Trump berlagak seperti hero yang menyelamatkan rakyat jelata dari serangan musuh yang ganas dan tidak berperikemanusiaan dengan memberi cadangan bahawa Muslim tidak akan dibenarkan untuk memasuki mana-mana wilayah Amerika.                Malah lebih mengejutkan bahawa beberapa tindakan beliau yang turut menghalau beberapa orang yang ‘tidak sekufu’ dengannya keluar dari dewan perucapan beliau jelas sekali menunjukkan tahap racist beliau terhadap non-white skin dan Muslim.                Tidak cukup dengan itu, Donald Trump yang terkenal dengan kejayaannya dalam bidang perniagaan mulai masuk ke arena  politik pada tahun lalu telah menunjukkan satu sikap yang tidak sepatutnya ada dalam diri seorang pemimpin. Memberi kenyataan-kenyataan yang berbaur racist malah menunjukkan layanan yang tidak sama terhadap sesama manusia dengan membezakan warna kulit dan agama membuatkan ramai masyarakat

Jiranku.. oh.. Jiranku

Petang itu, sewaktu aku masih lagi kecil, aku duduk di atas pangkin di halaman rumahku. Sepohon pokok manga merendang meneduhiku. Sesekali aku merasa dingin angin menerpa di badanku. Dedaun keguguran setiap kali angin sejuk itu menerpa. Pohon juga mengikut rentak angin, bagaikan menari tarian riang dan mesra mendamaikan hati setiap insan yang melihat. Ibu duduk disampingku sambil mengupas mangga muda dan di potong isinya, dimasukkan ke dalam pinggan di hadapannya. Sedikit kicap, gula dan hirisan lada pula dihidang bersebelahan pinggan mangga. Aku mencicah potongan mangga dengan sambal kicap disebelahnya. Enak sekali. Ianya menjadi lebih enak apabila jiran tetangga turut serta. Riang sekali suasana petang itu. Beginilah rutin petangku bersama ibu di kampung. Pelbagai aktiviti yang kami lakukan bersama jiran tetangga. Kadang-kadang kami menjalankan latihan nasyid, kadang-kadang tarian piring. Ada juga masa kami lakukan aktiviti membuat kraf seperti bunga sabun, bunga dari botol plas

My Dark Side

Tiap orang memiliki belahan hitam mereka, Aib yang tidak mahu diketahui oleh orang lain, Tidak usah sibuk menafikan, Kerana jauh di sudut hati, Engkau tahu, Ianya ada di situ, Tersimpan rapi di tempat yang paling dalam, Agar tiada sesiapa yang dapat mengoreknya, Malah tersembunyi dari dirimu juga, Aku? Aku juga salah satu dari mereka, Mereka yang memiliki belahan hitam, Yang ingin aku kunci di balik hati yang paling jauh, Jauh dari manusia, Jauh dari diriku juga, Kerana, Aku juga rasa malu, Malu untuk mengakui, Bahawa aku juga mempunyai belahan hitam.

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu membawa rahmat ke seluruh alam dengan Islam ( rahmatan lil 'alamin )                 Menyelami susur galur pemerintahannya dengan lebih m

Cerpen 5: Berubah Siri III

                                Kelihatan dari cermin tingkap kereta, rumah yang orang tua Haris dikunjungi oleh ramai sanak saudara dan sahabat handai bagi meraikan Haris dan isterinya yang menjadi Raja Sehari. Saiful yang baru sampai bersama Fahmi serta Kak Nita dan anak-anak mereka mula turun dari kereta. Kelihatan semua bekas housmate nya berkumpul bersama-sama di suatu sudut. Mereka terleih dahulu sampai. Saiful berjalan menuju ke arah mereka dan menyapa mesra.                 Setelah dia berubah tiga tahun dahulu, dia mula menjadi rapat dengan teman serumahnya dan tidak janggal lagi bersama mereka. Walaupun sudah meninggalkan rumah itu setelah habis belajar dan mula bekerja, Saiful masih menghubungi mereka malah kadang-kadang dia mengambil kesempatan untuk tidur di rumah itu pada hujung minggu untuk menjalankan aktiviti bersama mereka seperti qiamullal usrah dan mendaki bukit.                 Fahmi dan Nita sibuk malayan anak-anak mereka yang kelaparan. Mereka teru