Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Bedah Buku: Berfikirlah Duhai Manusia

Rujukan: Bagaimana Seorang Muslim Berfikir? Siri 1 Karya: Harun Yahya   "Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi ( seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa api neraka." (QS Ali Imran,3;191)                 Berdasarkan ayat diatas, Allah telah berFirman bahawa manusia yang sentiasa mengingati Allah adalah manusia yang selalu memikirkan tentang kejadian Allah. Kita dapat lihat bahawa orang yang tidak menggunakan akal secara baik (Tidak berfikir), maka mereka ini adalah golongan yang jauh dari Allah.                 Kita dapat lihat kini bahawa bukan hanya golongan yang belajar agama sahaja yang mempunyai kesedaran untuk mendalami Islam, malah golongan professional seperti doktor dan engineering juga sedar akan keberadaan mereka sebagai seorang hamb

Nukilan

30 jan 2014/ 1.30 am                 "Lia, tolong ayah jap!" Dari kejauhan Encik Din memanggil nama anak bongsunya.                 Aiyoo.. Baru je nak melayan koleksi movies yang berada dalam laptop ni ha. Ayah yang kini berada di atas tangga besi bersedia untuk menyemen batu-bata untuk membina dinding yang tinggi menunggu aku untuk menghulurkn simen yang berada di atas tanah. Satu persatu batu bata yang berada dihadapannya disapu simen dan dicantumkan menjadi dinding. Itulah kebiasaan ayah setiap kali mempunyai waktu yang lapang. Rumahku dari dulu sampai sekarang tak pernah nak siap-siap pun. Nama je ayah kerja sebagai tukang rumah. Bina rumah orang lain punyalah cepat je siap. Time kene kat rumah sendiri, haru biru.                 Bukan apa. Ayah aku ni jenis yang buat rumah sendiri. Tak mau upah orang. Membazirlah katakan. Lagipun kami ni bukannya datang dari keluarga yang senang. Ayah mengumpulkan duit sedikit demi sedikit untuk melapangkan rumah kam

Untukmu Gaza

"Seronokkan dapat membantu saudara kita dari jauh?" Aku mengiyakan persoalan yang ditanya. Selepas kutipan derma untuk Gaza di sekitar Labuan waktu bulan ramadhan lepas, aku sekali lagi menyertai sahabat dalam mengutip derma untuk Gaza. Sahabat yang aku kenal sejak kampus sehingga sekarang. Aku masih bersama-sama dengan mereka. Praktikal sama-sama di RTM Labuan.                 Isu yang berlaku di Palestin membuatkan banyak pihak kini mulai membuka mata. Sedikit demi sedikit menyedarkan masyarakat sekeliling terhadap kekejaman Israel yang membunuh warga Palestine yang tidak berdosa. Mereka tanpa segan silu membunuh dengan alasan keselamatan yang tidak masuk dek akal manusia.                 Aku dan sahabat merasakan bahawa kami perlu menyumbangkan sesuatu. Walaupun tidak banyak, sedikit pun perlu. Bukan apa, jika kami ingin menyumbang dari segi kewangan, alahai... kami ni hanyalah practical student.. Takdok duit....                     Jadi kami pun mem

Solatlah Duhai Anakku

Rujukan:       Rancangan Tanyalah Ustazah Oleh:              Ustazah NorHafizah Muda                         Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia             Suruhlah anak-anakmu bersambahyang. Tajuk ini sangat penting untuk dibicarakan dan diketengahkan oleh semua lapisan masyarakat. Sedih kadang-kadang memikirkan bahawa sesetengah orang menyempitkan pandangan mereka dengan mengatakan bahawa topik ini hanya sesuai untuk orang yang mempunyai anak sahaja atau mungkin orang yang bakal ada anak. Pendapat peribadi penulis, ilmu itu selagi ia bermanfaat pada diri malah pada orang lain perlu diambil.             Seperti yang penulis katakan, penulis sendiri hanyalah seorang mahasiswa yang insyaAllah akan graduate tidak lama lagi. Masih lagi bujang. Tapi tidak bermakna penulis tidak boleh membincangkan tentang topik berkaitan anak-anak kecil. Penulis sendiri dikelilingi oleh kanak-kanak kecil (anak saudara) yang comel-comel dan bersih fitrahnya. Mereka ini bukan hany