Skip to main content

IQRA'



        “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, yang mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak ia ketahui”. (surah al-‘Alaq, 96:1-5).
         Turunnya (surah) ini sebagai surah yang pertama diturunkan dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW sebagai tanda bahawa Nabi SAW akan dilantik sebagai Rasul melalui perantaraan malaikat Jibrail as. Wahyu sulung ini menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca yang menjadi kunci kepada segala ilmu pengetahuan. Dengan sebab ini juga saya ingin mengemukakan isu ini sebagai isu pertama yang saya sentuh dalam artikel dalam blog saya ini untuk menyeru semua ummat manusia untuk membaca.
            Satu persoalan yang ingin saya kemukakan dan persoala ini juga merupakan satu persoalan yang sering bermain di minda kita. Persoalannya alah kenapa Allah turunkan surah al-‘Alaq ini sebagai surah yang pertama? Kenapa tidak Allah menyeru kepada kita supaya berpuasa atau sembahyang? Sedangkan solat itu adalah amalan yang pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Dari penyusunan penurunan surah yang Allah atukan, kita dapat lihat bukti kebijaksanaan Allah dalam mengaturkan segala sesuatu.
                Perintah Allah menyuruh manusia supaya membaca merupakan satu cara pengenalan Allah kepada manusia. Allah berfirman dalam surah ini : “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan..”. Surah ini telah diturunkan ketika semua ummat manusia berada dalam kejahilan dan kegelapan. Permulaan turunnya ayat al-Quran secara beransur-ansur dan perlantikan Muhammad sebagai Rasul Allah maka bermulalah kebangkitan Tamadun-tamadun Islam disebabkan berkembangnya ilmu pengetahuan dari al-Quran. Ketika ini masyarakat jahiliah mula berlumba-lumba untuk menuntut ilmu dan berpusu-pusu mengejar kemajuan.
              Realiti hidup hari ini, kita dapat lihat bahawa ummat Islam semakin kebelakang. Kata-kata orang bijak pandai :” when you stop learnng, you stop leading”. Begitulah orang Islam yang dahulunya mementingkan ilmu sehingga dapat membina tamadun yang agung, dan kini kurangnya budaya membaca dan menuntut ilmu menyebabkan umat Islam kini dikawal oleh bangsa lain. Malah telah dikawal oleh musuh sendiri, Yahudi dan Nasrani. Umat Islam kini telah disogokkan dengan budaya hedonisme (hiburan) melalui media elektronik sehaingga mereka mempercayai 100 peratus akan berita yang dipaparkan oleh media tanpa menyelidiki dahulu maklumat yang diterima sekaligus membunuh sikap ingin tahu kebenarannya dengan menyelidik maklumat dari beberapa sumber. Tanpa kita sedari, kita telah diperdayakan oleh musuh kita yang telah merosakkan kita secara halus tanpa kita ketahui. Mereka telah berjaya memperkotak-katikkan kita serta melemahkan iman kita sehingga kita berjaya dikawal dan dihancurkan.
             Kesimpulannya, untuk membina semula umat Islam yang kuat haruslah dengan ilmu. Membina semula tamadun yang agung haruslah dengan ilmu, menuntut ilmu pua haruslah dimulakan dengan membaca. Dan membaca pula hruslah dari sumberyang benar dan disertai dengan niat yang betul semata-mata karana Allah. Wallahu’alam….. 

Comments

Popular posts from this blog

SANG KOPI DAN BISKUT KERING..

Matahari terik jelas terasa. Sedang orang ramai bergegas mengejar dunia yang tidak pernah henti malah jarang sekali untuk menoleh, kelihatan seorang lelaki berusia lebih dari separuh abad yang memakai pakaian lusuh serta topi berwarna hijau tua sedang mengayuh beca tuanya secara perlahan-lahan. Matanya meliar-liar sekeliling, tercari-cari sekiranya ada insan yang sudi untuk menjadi pelanggannya, menaiki beca tuanya yang sekian hari dimamah karat. Sesekali dia mengelap air peluh dari dahinya yang mengalir jatuh ke pipi dengan sapu tangan yang di sidai di atas bahunya. Hampir separuh harinya berpusing-pusing sekitar bandaraya, menagih pelanggan yang tidak kunjung tiba. Apabila kepenatan menyinggah, lelaki tua itu berehat sebentar di bawah pepohonan teduh bagi mengembalikan semula kudrat tuanya. Apabila petang menjelma, si tua tersebut kembali semula kerumahnya. Si isteri tetap setia menunggu di balik pintu. Menyediakan air kopi panas untuk diminum berserta biskut kering me...

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu...

Si Dia, Housemateku

“Dalam dunia ni, dua perkara kau perlu pegang untuk terus hidup, pandai cari peluang dan rajin.” Nasihat housemate ku. Aku yang kusyuk makan di nasi ayam di gerai mula fokus terhadap apa yang housemate aku katakan. Kami bertiga yang sudah lama tidak duduk bersama, bercadang untuk makan bersama di kedai luar.                Ayat itu telah merasuk ke dalam jiwa batinku.Bagi aku yang berada di dalam dilema, menjadi penanam anggur yang tak bertauliah ayat itu umpama pedang yang menghunus terusan ke hati aku. Tidak cukup dengan itu, hati aku terus terasa seperti dihiris-hiris. Bagaikan tukang jual daging sedang menyiat-nyiat kulit binatang sembelihannya, lalu daging yang segar itu dihiris halus-sehalusnya. Perit sekali.                “Kalau kau pegang dua perkara ni, takkan susah untuk kau senang.” Sambungnya lagi. Walaupun pada masa itu hous...