Skip to main content

INDAHNYA BERSAHABAT



      Teringat saya ketika di Matrikulasi. Sebelum menduduki kertas exam yang terakhir,kami telah merancang mengadakan rehlah yang terakhir sebelum kami berpisah. Sangat sayu ketika itu mengingatkan bahawa kami akan berpisah setelah setahun bersama. Dalam rehlah ini, sahabat saya, Mubsirah telah menyampaikan pengisian berkaitan dengan ukhwah antara Nabi SAW dan para sahabat. Penyampaiannya sangat santai, namun dapat menyentuh hati-hati yang hadir ketika itu. Pengisian tersebut telah diselangi dengan bergurau senda, tetapi apa yang disampaikan kami dapat menyelami dengan baik. Sungguh saya cemburu akan sahabat saya yang seorang itu. Dia pandai berkata-kata sehingga tiada sesiapa pun yang akan mencelah bila dia mula berucap. Semuanya kusyuk mendengar. Bagi saya dia adalah seorang murobbiah yang baik.
         Ketika itu dia telah menceritakan tentang kasihnya para sahabat kepada Nabi sehingga mereka sanggup mengorbankan nyawa mereka demi orang yang disayangi. Itulah orang yang mempunyai iman yang mantap. Antara sahabat yang disentuh dalam pengisianny adalah kisah Tholhah yang telah menyelamatkan Nabi SAW ketika Baginda dihujani dengan pedang-pedang musuh sehingga Baginda cedera dalam perang Uhud. Tholhah telah berhasil membawa Rasulullah keluar dari tangan-tangan yang berdosa yang cuba untuk mencederakan Rasulullah SAW dengan merangkul Baginda ke dada dengan menggunakan tangan kirinya, manakala tangan kanannya menggenggam hulu pedang membuatkan kepala musuh yang dilaluinya terpelanting ke bumi setiap kali dia menghayunkan pedangnya.
         Kesan dari peperangan itu, Tholhah mendapat 70 kesan tikaman, kesan pedang, kesan nak panah serta jarinya terpotong. Abu Bakar sendiri telah mengagumi Tholhah sehingga apabila dia menceritakan tentang perang Uhud, dia akan berkata bahawa “ seluruh hari itu adalah hari Tholhah”. Dari kisah ini kita dapat pengajaran yang amat bermakna iaitu betapa sayangnya Sahabat kepada Rasulullah SAW lebih dari nyawa mereka sendiri. Itulah dasar ukhwah yang diajarkan Islam kepada kita tentang erti persahabatan yang sebenar.
         Seringkali kita salahtafsir tentang sahabat sejati. Kita sering ingat bahawa sahabat yang sejati itu hanyalah seseorang yang bersama dengan kita ketika susah dan senang sahaja. Kita tidak memikirkan tentang satu ciri yang amat penting dalam bersahabat iaitu [ ….saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. (surah al-‘asr, 103:3)]. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:” seorang Muslim itu adalah saudara kepada Muslim yang lain, ia tidak akan menganiaya saudaranya itu, tidak mengkianatinya  orang yang menjad sasaran hajat kepada saudaranya aalah ia dihajati oleh Allah. Sesiapa yang menyelesaikan satu kesusahan kepada Muslim, Allah akan menyelesaikan satu dari kesusahan-kesusahannya di hari kiamat dan barangsiapa yang menutup keaiban seseorang Muslim, maka Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat”. Sesiapa yang telah mengikut hadis ini, maka dia benar-benar sahabat yang sejati.
      Seorang sahabat yang sejati itu adalah orang yang hidupnya sentiasa mengingati Allah. Kata-katanya sering mengingatkan kita kepada Allah, seiring perilakunya yang mengamalkan seluruh ajaran Islam dan peribadinya yang lembut, sopan namun tegas dan tetap pendirian dalam menetapkan  hala tuju hidupnya agar diredhai Allah SWT. Dia juga tidak bersendirian dalam mendekatkan dirinya kepada Allah malah akan megajak orang disekelilingnya untuk turut merasai nikmatnya berada dalam agama yag diredhai oleh Tuhan Pencipta seluruh alam. Akhir kalam, renungilah kata-kata yang diilhamkan dalam novel islamik yang bertajuk Sinergi karya Hilal Asyraf iaitu "sahabat, kalau kau terjun ke neraka, aku akan tarik kau untuk naik semula, berpimpin dengan kau ke syurga”. Wallahu’alam…

Comments

  1. kak zaila sangat touchg..kisah tentang Tholhah tu menyentuh..saya fateahah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu...

Islam dan Sains: Belajar dari Pepatung

Sumber utama: Berfikirlah Sejak Anda Bangun Tidur Karya:          Harun Yahya       Topik ini sangat menarik untuk dikupas. Al-kisahnya sendiri disebut dalam al-Quran. Perumpamaannya adalah seperti lalat. Mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.      “Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah” (QS. Al-Hajj, 22: 73)      Kenapa dikatakan hampir sama?      Persoalan yang memang sepatutnya kita tanya pada diri sendiri. Kalau tiada rasa ingin tahu dalam diri maka tidak bergunalah akal yang Allah berikan kepada manusia. ...

IQRA'

        “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, yang mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak ia ketahui”. (surah al-‘Alaq, 96:1-5).          Turunnya (surah) ini sebagai surah yang pertama diturunkan dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW sebagai tanda bahawa Nabi SAW akan dilantik sebagai Rasul melalui perantaraan malaikat Jibrail as. Wahyu sulung ini menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca yang menjadi kunci kepada segala ilmu pengetahuan. Dengan sebab ini juga saya ingin mengemukakan isu ini sebagai isu pertama yang saya sentuh dalam artikel dalam blog saya ini untuk menyeru semua ummat manusia untuk membaca.             Satu persoalan yang ingin saya kemukakan dan persoala ini juga ...