Skip to main content

TIPS MENCAPAI KESENANGAN DAN MENGHINDARI KERESAHAN



 Umar r.a pernah berkata :
  • siapa yang meninggalkan calap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kebijaksanaan
  • siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan, dikurniakan kepadanya kekusyukan hati.
  • siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan. dianugerahi kepadanya kehebatan dalam dirinya.
  • siapa yang meninggalkan makan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kelazatan beribadah.
  • siapa yang meninggalkan gurauan, dianugerahi kepadanya keindahan budi bahasanya.
  • siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, dianugerahi kepadanya cinta kepada akhirat.
  • siapa yang meninggalakn kesibukan menghitung aib orang lain, dianugerahi kepadanya kesempatan untuk memperbaiki dirinya sendiri.
  • siapa yang meninggalkan menyelidiki tentang bagaimana keadaan Allah SWT, maka dia akan dianugerahi keselamatan dari iktikad orang munafik..
Wallahu'alam....

Comments

Popular posts from this blog

SANG KOPI DAN BISKUT KERING..

Matahari terik jelas terasa. Sedang orang ramai bergegas mengejar dunia yang tidak pernah henti malah jarang sekali untuk menoleh, kelihatan seorang lelaki berusia lebih dari separuh abad yang memakai pakaian lusuh serta topi berwarna hijau tua sedang mengayuh beca tuanya secara perlahan-lahan. Matanya meliar-liar sekeliling, tercari-cari sekiranya ada insan yang sudi untuk menjadi pelanggannya, menaiki beca tuanya yang sekian hari dimamah karat. Sesekali dia mengelap air peluh dari dahinya yang mengalir jatuh ke pipi dengan sapu tangan yang di sidai di atas bahunya. Hampir separuh harinya berpusing-pusing sekitar bandaraya, menagih pelanggan yang tidak kunjung tiba. Apabila kepenatan menyinggah, lelaki tua itu berehat sebentar di bawah pepohonan teduh bagi mengembalikan semula kudrat tuanya. Apabila petang menjelma, si tua tersebut kembali semula kerumahnya. Si isteri tetap setia menunggu di balik pintu. Menyediakan air kopi panas untuk diminum berserta biskut kering me...

Islam dan Sains: Belajar dari Pepatung

Sumber utama: Berfikirlah Sejak Anda Bangun Tidur Karya:          Harun Yahya       Topik ini sangat menarik untuk dikupas. Al-kisahnya sendiri disebut dalam al-Quran. Perumpamaannya adalah seperti lalat. Mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.      “Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah” (QS. Al-Hajj, 22: 73)      Kenapa dikatakan hampir sama?      Persoalan yang memang sepatutnya kita tanya pada diri sendiri. Kalau tiada rasa ingin tahu dalam diri maka tidak bergunalah akal yang Allah berikan kepada manusia. ...

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu...