Skip to main content

NASIHAT SEORANG ULAMA'


Nasihat Yahya bin Mu;adz :
    Dalam diri anak Adam terdapat seribu keburukan. Syaitan amat suka pada keburukan itu. Oleh itu, apabila seseorang itu melaparkan perutnya, mengeringkan tekaknya dan menjinakkan hawa nafsunya, menjadi keringlah tiap anggotanya kerana terbakar api kelaparan dan syaitan pun lari daripada naungannya. Akan tetapi, apabila perutnya kenyang dan dia membiarkan dirinya berenang dalam kesenangan syahwatnya, sesungguhnya angggota-anggota tubuhnya menjadi basah dan syaitan dapat menguasainya.
    Apabila seseorang diuji dengan banyak makan, para malaikat menangisinya kerana kasihan kepadanya, barangsiapa yang diuji dengan senang makan, maka sesungguhnya dia telah menyalakan api syahwatnya.
    Rasa kenyang bagaikan sungai dalam tubuh manusia yang suka didatangi syaitan dan rasa lapar bagaikan sungai dalam roh manusia yang suka didatangi para malaikat. Syaitan kalah dengan orang yang lapar lagi tidir, maka terlebih lagi kalahnya oleh orang lapar yang bangun. Syaitan memeluk orang yang kenyang lagi bangun, maka terlebih lagi orang kenyang yang tidur. Sebenarnya kalbu murid (yang menempuh jalan akhirat) yang menjerit meminta tolong kepada Allah dari bahaya makan dan minum. Wallahu’alam….

Comments

Popular posts from this blog

SANG KOPI DAN BISKUT KERING..

Matahari terik jelas terasa. Sedang orang ramai bergegas mengejar dunia yang tidak pernah henti malah jarang sekali untuk menoleh, kelihatan seorang lelaki berusia lebih dari separuh abad yang memakai pakaian lusuh serta topi berwarna hijau tua sedang mengayuh beca tuanya secara perlahan-lahan. Matanya meliar-liar sekeliling, tercari-cari sekiranya ada insan yang sudi untuk menjadi pelanggannya, menaiki beca tuanya yang sekian hari dimamah karat. Sesekali dia mengelap air peluh dari dahinya yang mengalir jatuh ke pipi dengan sapu tangan yang di sidai di atas bahunya. Hampir separuh harinya berpusing-pusing sekitar bandaraya, menagih pelanggan yang tidak kunjung tiba. Apabila kepenatan menyinggah, lelaki tua itu berehat sebentar di bawah pepohonan teduh bagi mengembalikan semula kudrat tuanya. Apabila petang menjelma, si tua tersebut kembali semula kerumahnya. Si isteri tetap setia menunggu di balik pintu. Menyediakan air kopi panas untuk diminum berserta biskut kering me...

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu...

Si Dia, Housemateku

“Dalam dunia ni, dua perkara kau perlu pegang untuk terus hidup, pandai cari peluang dan rajin.” Nasihat housemate ku. Aku yang kusyuk makan di nasi ayam di gerai mula fokus terhadap apa yang housemate aku katakan. Kami bertiga yang sudah lama tidak duduk bersama, bercadang untuk makan bersama di kedai luar.                Ayat itu telah merasuk ke dalam jiwa batinku.Bagi aku yang berada di dalam dilema, menjadi penanam anggur yang tak bertauliah ayat itu umpama pedang yang menghunus terusan ke hati aku. Tidak cukup dengan itu, hati aku terus terasa seperti dihiris-hiris. Bagaikan tukang jual daging sedang menyiat-nyiat kulit binatang sembelihannya, lalu daging yang segar itu dihiris halus-sehalusnya. Perit sekali.                “Kalau kau pegang dua perkara ni, takkan susah untuk kau senang.” Sambungnya lagi. Walaupun pada masa itu hous...