Skip to main content

Cerpen 4: Kencang



Rujukan: Surah Al-'Adiyat

                "Sofea, jom kita pergi solat tarawih sama-sama." ajak Aliaa.

Sofea yang dari tadi tekun menekan butang-butang di komputer ribanya. Berkerut-kerut dahinya menyiapkan laporan yang perlu dihantar kepada majikannya esok pagi. Matanya merah menandakan Sofea dari tadi menahan rasa mengantuk. Air nescafedalam mug kesayangannya yang berada di sisi komputer riba diambil lalu diteguk perlahan-lahan. Panas..

                " Kau pergilah. Aku nak siapkan laporan ni. Esok mesti ada atas meja bos aku ni." jawabnya tanpa menoleh ke arah Aliaa.

                Mereka berdua baru selesai solat isyak berjemaah. Begitulah kehidupan seharian mereka. Kalau berkelapangan, mereka akan solat berjemaah dan sering memberi tazkirah antara satu sama lain.

Aliaa pada awalnya bersedia solat tarawih hanya berdiri memandang Sofea. Dia mula bergerak dan duduk di samping Sofea buat beberapa ketika.

                "Eh, bukan kau nak solat tarawih ke tadi? Kenapa tenung aku ni. Cantik sangat ke aku ni sampai kau tak nak solat tarawih ni?" kata Sofea kepada Aliaa. Dirinya terkejut bila menoleh dan puff, Aliaa di sebelahnya, perhatikan dia yang sedang fokus menaip laporan.

                Aliaa tergelak kecil melihat Sofea yang terkejut dengan tindakannya. Dia memang berniat begitu supaya dapat membantu Sofea menghilangkan stressnya.

                "Saja je. Aku nak tengok jugak 'berapa' cantik kau ni." gurau Aliaa.

                Sofea melihat Aliaa lalu tersenyum. Beberapa ketika dia menoleh semula ke arah komputer ribanya. Mukanya kembali serius.

                "Hah.. Apa dia?" tanya Sofea.

                "Apa dia apa?" balas Aliaa. Dia hairan dengan soalan Sofea.

                "Yela... Kau kalau dah macam tu mesti nak cakap sesuatu kat aku. So, aku tanyalah apa yang kau nak cakap." Masak dengan perangai Aliaa. Mereka berdua bukannya baru kenal sehari dua. Hampir setahun duduk bersama.

                "Hehehe.. Kau ni macam tau-tau je."

                "Aku dah cukup masak dah dengan perangai kau. Bukan setakat masak malah dah hangit dah pun."

                "Aku... Akuuu....."

                "Apa aku-aku?" Sofea meninggikan suaranya.

                "O mak. Terkezut oden"

                "Cakap je la. Kau ni berbunga-bunga pulak.. Kali ni tazkirah pasal apa?"

                "Eh.. Macam mana tahu nak bagi tazkirah ni?" tanya Aliaa.

                "Alaa kau ni, kita ni..."

                "...bukan kenal sehari dua. Dah setahun dah bersama. Betul tak sambungan aku?" Aliaa menyambung ayat Sofea. Sofea memandang Aliaa sambil membulatkan matanya. Bukan dia tidak tahu Aliaa memang suka menyakatnya. Lagipun itu dah memang jadi trade mark dia kebelakangan ni. Aliaa cuma bergurau. Ceriakan suasanalah katakan.

                Suasana kembali sunyi. Aliaa memulakan bicaranya.

                "Kau tahu tak tentang surah al-'Adiyat?" tanya Aliaa.

                "Yang aku tahu surah al-'Adiyat tentang kuda yang meyerbu kepada musuh. Means waktu perang. Betul ke?"

                "Yup."

                "Kenapa dengan surah tu?"

                "Kau tahu surah ini diturunkan dimana?"

                "Mekah"

                "Dan kau tahu apa perbezaan ayat yang turun dari di Mekah dan Madinah?"

                Sofea berhenti menaip laporannya sebentar. Berfikir tentang persoalan yang dilontarkan oleh Aliaa.

                "Emm.. Setahu akulakan... Ayat yang turun kat Mekah ni merupakan ayat yang berkait rapat dengan akidah dan keimanan manakala di Madinah mostly adalah ayat yang berkaitan dengan hukum hakam yang Allah tetapkan. Betul tak?"

                "Betull.... 10 markah aku bagi kat kau. Hehehe"

                "Eleh. Kau bagi markah pun bukan boleh buat apa pun. Bukan boleh kenyang pun perut aku ni."

                "Hehehe.. At least persoalan aku akan membuatkan kau review balik apa yang kau dapat dari baca buku atau pergi majlis ilmu. Bagusla jugak aku bagi persoalan tu kan."

                "Emm.. Yela.." ringkas jawapan Sofea sambil buat muka. Kini, dia mula menghadapkan dirinya betul-betul berhadapan dengan Aliaa. Dia fokus. Tidak mahu terlepas dari apa yang akan Aliaa katakan. Baginya, apa yang Aliaa akan sampaikan bagaikan mutiara-mutiara ilmu yang perlu dikutip buat bekalan dirinya kelak.

                "Ok. Back to the main topic. Pasal surah Al-'Adiyat. Perumpamaan yan g Allah letak di dalam surahnyai ini adalah berkaitan dengan kuda.

  "Demi kuda perang yang berlari kencang terengah-engah. Dan kuda yang memercikkan bunga api (dengan pukulan kakinya). Dan kuda yang menyerang (dengan tiba-tiba) pada waktu pagi. Sehingga menerbangkan debu. Lalu menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh. Sungguh, manusia itu sangat ingkar, (tidak bersyukur) kepada Tuhannya. dan sesungguhnya dia (manusia) menyaksikan (mengakui) keingkarannya. Dan sesungguhnya cintanya pada harta benar-benar berlebihan. Maka tidaklah dia mengetahui apabila apa yang di dalam kubur dikeluarkan. Dan yang tersimpan di dalam dada dilahirkan. Sungguh Tuhan mereka pada hari itu Maha teliti terhadap keadaan mereka."
(Al-'Adiyat:1-11)
                Perumpamaan yang Allah beri adalah kuda. Kenapa kuda?"

                "Sebab perang?" Sofea mengagak.

                "Ok. Lagi?"

                "Emm.. Apa ye? Entah."

                Aliaa tersenyum dengan jawapan sahabatnya itu. Dia meneruskan perbicaraan.

                "Yang lebih tepat Allah meletakkan perumpaan menggunakan kuda adalah supaya manusia belajar dari sifatnya. Apa sifat yang kita boleh elajari dari kuda?" soal Aliaa kepada Sofea.

                "Well, yang aku tahula, kuda ni jenis sangat sayang kepada tuan dia. Dia sangat setia dan sentiasa menunjukkan perasaan dia kepada tuan dia."

                "Ada lagi?"

                "Emm.. Banyaaakkkk... Tapi tu je yang aku tahu. Hehehe.. Apa yang kau cerita sebenarnye?"

                "Satu sifat yang perlu kita contohi dari kuda melalui surah ini adalah sikapnya yang menggunakan sepenuh tenaga dalam berlari. Kita hidup dalam dunia ni hanya dalam masa yang singkat. Malah amanah yang Allah beri kepada kita di dunia ni tak setanding dengan masa yang kita ada. Apa yang Allah nak gambarkan dalam surah ni adalah supaya manusia berlumba-lumba dengan sepenuh hati dan tenaga dalam melakukan ibadat. Kita lihat dalam ayat yang pertama Allah mengatakan bahawa kuda itu berlari terengah-engah. Maksudnya, kuda berlari sekuat tenaga sehingga dia termengah-mengah. Allah menambah lagi sifat bersungguh-sungguh kuda ini dengan ayat yang kedua. Iaitu kuda berlari sehingga ladam di kakinya berhasil mengeluarkan percikan api. Kita tahu bukan mudah untuk geseran besi mengeluarkan percikan api kecuali dengan menggunakan tenaga yang kuat. Jadi, memang sesuailah perumpamaan yang Allah berikan ni supaya kita belajar darinya. Oleh itu, kita juga  perlu mencontohi kuda dalam menggunakan seluruh tenaga dalam melakukan apa jua perkara yang bermanfaat selagi kita masih hidup. Waktu hidup nilah kita nak berbakti. Dah mati mana boleh dah.

Sifat kedua adalah berani. Salah satu sifat yang ada pada kuda adalah berani membawa penunggangnya masuk kedalam perkumpulan musuh. Dia tidak gentar sekalipun dalam membantu tuannya masuk ke tempat yang bahaya. Sifat taatnya kepada tuannya membuatkan dia sanggup mati bersama dengan tuannya. Ibrahnya, kita sebagai hamba sepatutnya sanggup mengorbankan apa jua yang ada pada kita demi Tuhan kita. Hatta dalam mengorbankan jiwa dan nyawa sekalipun.

Tapi itulah. Manusia... Allah gambarkan bahawa manusia ni sangat-sangat tidak bersyukur kepada Allah. Manusia lebih sayang hartanya dari Tuhan yang menciptakan hartanya itu malah menciptakan diri mereka menjadi wujud di dunia ni. Dan akhir sekali Allah memberi peringatan kepada hambaNya yang tidak bersyukur ni. Allah menjanjikan bahawa apabila mereka ini dibangkitkan dari kubur kelak, mereka akan melihat sendiri kesalahan yang telah mereka lakukan dan mereka akan menyesali dengan apa yang mereka pernah perbuat. Allah tunujkkan semuanya secara teliti. Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara." Jelas Aliaa secara penjang lebar.

                "Alhamdulillah. Dapat juga aku pengisian hati malam ni. Tapi apa point kau sebenarnya berkatian dengan aku?" Soal Sofea yang merasa runsing. Kebiasaannya, apa yang Aliaa ingin sampaikan adalah perkara yang ada kaitannya dengan perbuatan Sofea. Memberi penjelasan terhadap sesuatu atau bercerita adalah cara Aliaa untuk menegur Sofea.

                "Takdelah, aku tengok kau ni terlalu fokus kepada laporan kau sampai tak mahu iktu aku solat tarawih. Padahal kau juga tahu yang bulan Ramadhan bukannya sepanjang tahun. Hanya sebulan dalam setahun. Rugi kalau kita tidak buat amal pada bulan ni sedangkan Allah dah janjikan pahala yang berlipat ganda pada bulan ni. Lagipun kita belum tentu dapat menghadapi bulan Ramadhan pada tahun hadapan."

                "Oooo..." Ringkas jawapan Sofea tanda mengerti.

                Sofea mula mengemaskini laporan dalam dokumennya dan menyimpan dalam komputer.

                "Jom." ajak Sofea.

                "Pergi mana?"

                "Tarawih."


                Aliaa memandang Sofea. Kedua-duanya tersenyum lalu bergerak menuju surau yang berdekatan dengan rumah mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu membawa rahmat ke seluruh alam dengan Islam ( rahmatan lil 'alamin )                 Menyelami susur galur pemerintahannya dengan lebih m

Lebuhraya Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim.... Kini sudah dua bulan aku berada di rumah. Cuti semester yang aku lalui, tidak kugunakan dengan baik. Cuti penggal semakin habis. Kini, bagi diriku, tiada alasan lagi untukku lengahkan masa dengan buat perkara yang remeh dan tidak mendatangkan  berfaedah. Bukan masanya. Untuk aku menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia. Bukan masanya untuk aku bersuka ria. Aku ada tugas yang lebih besar untuk aku capai. Aku ada impian yang lebih tinggi untuk dikejar. Aku ada amanah yang lebih berat untuk dipikul. Fikiranku mula ligat semula. Untuk mencari inspirasi yang hilang. Untuk mencari kemahiran yang kian pudar. Untuk mencari kejernihan akal yang kian keruh.  Agar masaku tidak dipersiakan. Agar kudratku digunakan sebaik mungkin. Agar usiaku dicurahkan kepada kebenaran. Agar diriku tidak menyesal di kemudian hari . Kehidupan ini kuibaratkan seperti lebuhraya. Manusia kuibaratkan seperti pemandu kenderaan yang pelbagai yang melalui lebuhraya

A Credit to ....

Assalamualaikaum wbt. Alhamdulillah this blog finally ready for me to have a writing, sharing dan delivering beneficial informations and articles.  I'm welcoming all to visit my blog and have a sharing here. A credit to my sister that spend her time to set up this blog and conributing ideas for blog address and title. 'Untaian Kasih Ilahi' have a deep mean.. . Subhanallah and thak you very much. I love you sis...