Skip to main content

Islam dan Sains: Belajar dari Pepatung




Sumber utama: Berfikirlah Sejak Anda Bangun Tidur
Karya:          Harun Yahya

      Topik ini sangat menarik untuk dikupas. Al-kisahnya sendiri disebut dalam al-Quran. Perumpamaannya adalah seperti lalat. Mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.

     “Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah”

(QS. Al-Hajj, 22: 73)

     Kenapa dikatakan hampir sama?

     Persoalan yang memang sepatutnya kita tanya pada diri sendiri. Kalau tiada rasa ingin tahu dalam diri maka tidak bergunalah akal yang Allah berikan kepada manusia.

     Pepatung merupakan serangga yang kecil yng mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan lalat. Ianya diciptakan Allah untuk menjadi pengajaran yang sangat besar kepada manusia. Mengapa demikian?

     Ianya hanyalah serangga yang kecil yang tidak memberi impak pun akan kewujudannya... SAPE KATA???

     Teringat kata-kata sang sahabat: Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu tanpa ada hikmahnya.

     Kalam Allah dipetik:

    "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami tidaklah Engkau menciptkan semua ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau lindungilah kami dari azab neraka."

(Surah Al-Imran:190-191)


Kecanggihan yang lebih Hebat

    Penciptaan yang Allah jadikan adalah semata-mata untuk manusia supaya manusia merenung dan mendalami penciptaan Allah supaya manusia lebih tuduk dan patuh kepada Allah penciptanya. Pepatung sangatlah hebat ciptaannya dari segenap teknologi yang manusia ciptakan. Malah manusia tidak akan pernah menandingi teknologi yang telah Allah ciptakan.


Lebih Hebat Dari Helikopter

     Penciptaan helikopter yang mempunyai kemampuan manuver yang tinggi adalah bertujuan untuk menjadikan helikopter tersebut terbang pada posisi yang sama dan berlepas secara menegak tidak seperti kapal terbang.

     Fakta yang semua orang perlu tahu bahawa teknologi helikopter masih terlalu jauh ketinggalan berbanding dengan pepatung, satu penciptaan Tuhan yang kebanyakan manusia ambil ringan akan kejadiannya.


Fakta Sains


     Kejadian pepatung merupakan inspirasi bagi penciptaan helikopter. Design terkhir helikopter Sikorsky, pengeluar helikopter tercanggih di dunia adalah dari ribuan ilustrasi pelbgai jenis pepatung yang akhirnya mengeluarkan design helikopter yang terbaru. Teknologi yang ad pada patung yang tidak boleh ditandingi oleh manusia adalah pepatung mempunyai dua pasang sayap yang diagonal pada badannya yang memungkinkan ianya terbang pada kelajuan mencapai lima puluh kilometer per jam. Sangat luar biasa. Kita manusia masih tidak dapat menandingi kelajuan pepatung. Dicatatkan kelajuan yang paling tinggi dari catatan atlit olimpik dunia, ialah sebanyak tiga puluh kilometer per jam.

     Penerbangan yang baik didokong oleh penglihatan yang sangat baik. Pepatung mempunyai sistem visual yang sangat canggih. Mata mikro yang mencecah hingga tiga puluh ribu dan setiap mata mengarah kepada titik yang berbeza menjadikan pepatung menyampaikan maklumat kepada otaknya seperti sistem di dalam kommputer yang tersusun secara sistematik. Dengan kemampuannya pepatung dapat menghindar bahaya dari dua arah yang berbeza dalam masa yang sangat singkat dengan mengubah arah penerbangannya ke arah yang berbeza pada saat-saat terakhir.


Menyangkal Revolusi Darwin

     Semua kita tahu bahawa revolusi Darwin adalah perkaitan dengan perubahan bentuk secara bertahap demi tahap secara kebetulan demi meneruskan kehidupan.

     Penciptaan pepatung ini sudah cukup untuk menyangkal Revolusi Darwin yang tidak percaya tentang kewujudan Tuhan. Buktinya dicatatkan bahawa penemuan fosil pertama pepatung yang berusia tiga ratus dua puluh juta tahun yang lepas mempunyai ciri-ciri yang sama dengan pepatung sekarang dan catatan fosil tidak langsung mengalami perubahan.

     Kenyataan ini sekaligus membuktikan kekeliruan teori Revolusi yang dinyatakan oleh Darwin.


Pengajaran

     Sungguh Allah jadikan segala sesuatu itu adalah supaya manusia mengambil pengajaran dan iktibar darinya. Tidak ada satupun yang diciptakan oleh Allah tanpa ada tujuan hatta kuman sekalipun mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mengimbangi alam.

Wallahu'alam...



Comments

Popular posts from this blog

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu...

IQRA'

        “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, yang mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak ia ketahui”. (surah al-‘Alaq, 96:1-5).          Turunnya (surah) ini sebagai surah yang pertama diturunkan dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW sebagai tanda bahawa Nabi SAW akan dilantik sebagai Rasul melalui perantaraan malaikat Jibrail as. Wahyu sulung ini menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca yang menjadi kunci kepada segala ilmu pengetahuan. Dengan sebab ini juga saya ingin mengemukakan isu ini sebagai isu pertama yang saya sentuh dalam artikel dalam blog saya ini untuk menyeru semua ummat manusia untuk membaca.             Satu persoalan yang ingin saya kemukakan dan persoala ini juga ...