Skip to main content

Motivasi 2: Tokoh Penulis Bebas- Lee Beadling

Bagaimana ingin mengingkatkan motivasi dalam apa jua yang kita lakukan?

                Pelbagai cara yang diambil oleh individu yang berbeza berdasarkan kecenderungan dan minat serta metod bagi meningkatkan motivasi dalam melakukan apa jua perkara. Bagi saya, banyak cara yang boleh diambil bagi menjadi pemangkin kepada motivasi diri. Namun, cara yang paling berkesan buat diri saya adalah dengan memperdengarkan kisah kejayaan atau kegagalan seseorang tokoh dalam bidang yang berbeza.

                Bagi diri saya yang mempunyai banyak minat dan kecenderungan amat memerlukan cara yang lebih baik dalam menguruskan minat serta meningkatkan motivasi buat melakukan aktiviti yang diminati. Mungkin juga minat yang dipupuk boleh membawa kepada kerjaya atau menjadi salah satu dana alternatif dalam kehidupan. Kecenderungan yang saya miliki sekarang adalah ingin menjadi penulis bebas.

                Saya sangat termotivasi dengan kisah seorang tokoh penulis bebas yang terkenal di Amerika Syarikat. Lee Beadling. Seorang penulis bebas yang terkenal di Amerika dengan karyanya "Man With The Baby". Bagaimana penulis bebas ini menjadi terkenal dengan karyanya yang berkait rapat dengan bidang perubatan dan kesihatan kursusnya dalam bidang ortopedik. Dirinya bukanlah orang yang mengambil kelulusan kedoktoran apatahlagi dikatakan sebagai pakar dalam bidang ortopedik.

                Selepas menamatkan pengajiannya di kolej, beliau bekerja sebagai penulis staf di sebuah majalah Orthopedics Today. Dia tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam bidang ortopediks malah tidak meminatinya. Apa yang diminatinya hanyalah menulis. Bagi dirinya untuk mengejar kerjaya sebagai penulis yang menulis tentang minatnya sahaja tidak cukup sekiranya ianya tidak menjamin pekerjaan terjamin kerana beliau mempunyai isteri dan juga anak sebagai tanggungan hidup. Demi memenuhi kerjayanya sebagai penulis, dia berusaha sedaya upayanya mencari ilmu dan maklumat dalam bidang ortopedik. Segala seminar, konferen yang berkaitan dengan ortopedik dia hadiri malah segala kertas kerja pakar bidang tersebut serta rujukan-rujukan lain seperti keratan akhbar, buku-buku yang berkaitan dibaca demi mencari maklumat untuk menghasilkan penulisannya.

                Dia mengkhususkan lima hari dalam seminggu hanya untuk mencari maklumat yang berkaitan kajian terbaru dan perubatan serta mencari berita-berita dari sumber kerajaan dan agensi lain yang berkaitan dengan bidang ortopedik. Dia juga memperuntukkan selama lapan jam sehari untuk menulis. Hari ini, sebagaimana digambarkan, " saya dikenali dan dihormati oleh mereka dan ada yang meminta saya menuliskan ucapan kepada mereka."

                Beadling akhirnya berhenti sebagai penulis bebas di Orthopedics Today, pada masa yang sama dia menjadi penulis di badan-badan yang memintanya menulis mengenai bidang berkenaan bagi tujuian kenyataan akhbar.

                Melihat kejayaannya dalam pengulasan tentang bidang ortopedik membuatkan penilaian saya berubah. Pada pandangan saya suatu ketika dulu, hanya memikirkan bahawa hanya orang yang mempelajari secara khusus dalam sesuatu bidang itu sahaja yang boleh jadi pakar. Pandangan saya salah kerana walaupun seseorang itu tidak pernah mempelajari sesuatu ilmu itu secara khusus dalam sesuatu bidang sehingga mendapat kelulusan dalam bidang tersebut tidak semestinya mereka tidak boleh mempelajari dan mendalami dalam bidang tersebut. Selagi ada upaya dan daya suka mengkaji sesuatu ilmu itu kita boleh jadi orang yang terbaik dalam bidang tersebut.



Comments

Popular posts from this blog

SANG KOPI DAN BISKUT KERING..

Matahari terik jelas terasa. Sedang orang ramai bergegas mengejar dunia yang tidak pernah henti malah jarang sekali untuk menoleh, kelihatan seorang lelaki berusia lebih dari separuh abad yang memakai pakaian lusuh serta topi berwarna hijau tua sedang mengayuh beca tuanya secara perlahan-lahan. Matanya meliar-liar sekeliling, tercari-cari sekiranya ada insan yang sudi untuk menjadi pelanggannya, menaiki beca tuanya yang sekian hari dimamah karat. Sesekali dia mengelap air peluh dari dahinya yang mengalir jatuh ke pipi dengan sapu tangan yang di sidai di atas bahunya. Hampir separuh harinya berpusing-pusing sekitar bandaraya, menagih pelanggan yang tidak kunjung tiba. Apabila kepenatan menyinggah, lelaki tua itu berehat sebentar di bawah pepohonan teduh bagi mengembalikan semula kudrat tuanya. Apabila petang menjelma, si tua tersebut kembali semula kerumahnya. Si isteri tetap setia menunggu di balik pintu. Menyediakan air kopi panas untuk diminum berserta biskut kering me...

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu...

Si Dia, Housemateku

“Dalam dunia ni, dua perkara kau perlu pegang untuk terus hidup, pandai cari peluang dan rajin.” Nasihat housemate ku. Aku yang kusyuk makan di nasi ayam di gerai mula fokus terhadap apa yang housemate aku katakan. Kami bertiga yang sudah lama tidak duduk bersama, bercadang untuk makan bersama di kedai luar.                Ayat itu telah merasuk ke dalam jiwa batinku.Bagi aku yang berada di dalam dilema, menjadi penanam anggur yang tak bertauliah ayat itu umpama pedang yang menghunus terusan ke hati aku. Tidak cukup dengan itu, hati aku terus terasa seperti dihiris-hiris. Bagaikan tukang jual daging sedang menyiat-nyiat kulit binatang sembelihannya, lalu daging yang segar itu dihiris halus-sehalusnya. Perit sekali.                “Kalau kau pegang dua perkara ni, takkan susah untuk kau senang.” Sambungnya lagi. Walaupun pada masa itu hous...