Skip to main content

Cerpen 3: Dunia Baru



                   "Encik Ali, ada apa-apa yang perlu saya lakukan?" ujar Lia kepada penyelianya.

                "Setakat ni masih belm ada lagi. Kamu duduk dulu.Biasakan diri dengan tempat dan berkenalan dengan pekerja-pekerja di sini dulu. Kalau ada tugasan saya akan beri." jawab Encik Ali.

                Rasa janggal menyelinap dalam diri. Lia dudk di meja yang telah disediakan untuknya. Melihat keadaan sekeliling yang agak sibuk Lia merasa dirinya seperti tunggul dan batu yang tidak boleh buat apa-apa dan membatu di tempatnya.

                    'Tak tahu nak buat apa...' fikirnya.

                Tidak lama kemudian, Lia mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya. Buku nota yang dibaluti dengan kulit yang berwarna hijau susu. Dia membuka butang yang terdapat di sisi buku tersebut lalu mengeluarkan sebatang pen biru dari sisi bukunya itu. Buku itu dibawa kemana-mana sahaja bagi menjadi peringatan bagi pengurusan yang penting buat  dirinya atau sebagai tempat coretan bagi idea yang sentiasa mencurah tanpa mengira masa dan tempat. Tidak pernah dia tinggalkan bukunya itu.

                  Beberapa ketika, Lia mula menggerakkan pennya di atas buku notanya. Bagaikan menari, gaya pen itu digerakkan. Mengikut rentak tangan si penulis. ideanya kini mencurah-curah. Dia ingin mencoret sesuatu bagi meluahkan apa yang ada dalam hatinya.

                     'At least, nampak jugak macam orang busy.. Hehehe.' fikirnya.

            Hari ini merupakan hari kedua dia menjalani latihan industri. Setelah selama tiga tahun bergelandangan dengan buku, assignment dan exam, kini dia diambang terakhir menjadi undergraduate. Bermulalah langkah awal bagi dirinya memasuki alam perkerjaan.

                Walaupun sebelum ini pernah mengalami perubahan alam, dari alam sekolah rendah kepada menengah, dari matrikulasi kepada universiti. Kali ini debaran lebih tersa kerana selama ini perubahan alam yang berlaku hanyalah dalam lingkungan pelajaran. Kali ini dia berubah dari alam pelajaran kepada alam perkrerjaan. Debaran dan resah lebih terasa dari sebelumnya. Latihan industri inilah langkah awal baginya untuk bersedia masuk ke alam pekerjaan. Moga-moga saja semuanya berjalan dengan lancar. Azamnya kuat. Di alam yang baru ini dia ingin menjadi orang yang lebih berdisiplin dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaan.

                Lia mengangkat kepalanya. Sejak dari tadi dia menunduk. Fokus kepada penulisannya sehingga matanya berbinar-binar. Rehat sekejap... Dipandang sekeliling, kelihatan suasana bilik itu mulai lengang. Tidak dia sedari sejak bila pekerja-pekerja mulai meninggalkan bilik itu. Dilihat masing-masing dengan kerja mereka. Sedangkan dia... hanya duduk dikerusi. Memusing-musingkan kerusinya. Ke kiri dan ke kanan.

                'Pengalaman mempunyai nilai-nilai yang unik dan tinggi sekiranya seseorang itu mendapat pengajaran darinya.'

                Tidak ada apa pun yang lebih berharga dari sesuatu perkara itu dapat memberi pengajaran kepada dirinya agar lebih mengenali Tuhannya dan dekat kepadaNya. Masa haruslah digunakan sebaik mungkin dengan perkara yang berfaedah. Tiada kerugian yang paling banyak melainkan dengan kerugian menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia. Setiap detik itu dikira. Jadi, perlulah kita isi dengan sesuatu yang berfaedah. Meskipun kini, seperti sudah tiada kerja yang harus dilakukan, Lia menggunakan masa yang terluang ini dengan menulis.

                Minatnya terhadap penulisan hingga mengharapkan pada suatu hari nanti dia menjadi penulis bebas yang memberi manfaat kepada orang lain. Dia berpendapat bahawa pengajaran boleh diambil dari dua cara iaitu mempelajari dari pengalaman diri sendiri atau belajar dari pengalamn orang lain.

                Harapannya agar orang lain turut mendapat pengajaran dari pengalamannya.


'Nampaknya esok akan menjadi hari yang busy' dia bermonolog bersendirian setelah mendengar taklimat dari penyelianya bahawa esok akan dilakukan penyusunan fail-fail dan dibawa ke arkib.

Comments

Popular posts from this blog

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu...

Islam dan Sains: Belajar dari Pepatung

Sumber utama: Berfikirlah Sejak Anda Bangun Tidur Karya:          Harun Yahya       Topik ini sangat menarik untuk dikupas. Al-kisahnya sendiri disebut dalam al-Quran. Perumpamaannya adalah seperti lalat. Mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.      “Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah” (QS. Al-Hajj, 22: 73)      Kenapa dikatakan hampir sama?      Persoalan yang memang sepatutnya kita tanya pada diri sendiri. Kalau tiada rasa ingin tahu dalam diri maka tidak bergunalah akal yang Allah berikan kepada manusia. ...

IQRA'

        “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, yang mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak ia ketahui”. (surah al-‘Alaq, 96:1-5).          Turunnya (surah) ini sebagai surah yang pertama diturunkan dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW sebagai tanda bahawa Nabi SAW akan dilantik sebagai Rasul melalui perantaraan malaikat Jibrail as. Wahyu sulung ini menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca yang menjadi kunci kepada segala ilmu pengetahuan. Dengan sebab ini juga saya ingin mengemukakan isu ini sebagai isu pertama yang saya sentuh dalam artikel dalam blog saya ini untuk menyeru semua ummat manusia untuk membaca.             Satu persoalan yang ingin saya kemukakan dan persoala ini juga ...