Skip to main content

Cerpen 5: Berubah Siri II

                  

               Malam ini dirasakan indah dimata Saiful. Diamati bintang-bintang di langit. Berkerlipan menghiasi langit malam. Sebelum ini tidak pernah dia merasakan keindahan langit malam. Apa yang dirasai hanyalah keindahan berpesta di club malam bersama-sama rakannya.

                Dia termenung. Tanpa disedari, terukir senyuman di bibirnya. mengingatkan peristiwa siang tadi. Sekali lagi dia terserempak dengan perempuan itu.

                Hatinya berbunga-bunga apabila dapat bertemu dengan perempuan itu semula. Kejadian yang berlaku siang tadi sangat pantas. Baru sahaja dia ingin berdiri dan bergerak ke arah perempuan tersebut. Namun ktika hatinya melonjak kegembiraan untuk menyapa, tiba-tiba dia dihalangi oleh satu bayangan yang muncul dihadapannya.    

                     "Kak Nita!"

                "Assalamualaikum, Maaf Saiful akak lambat. Baru habis diskusi dengan pelajar akak." Ucap kak Nita yang juga merupakan pensyarah di universiti yang sama dengan Saiful belajar.

                "Wa'alikummussalam." ucap Saiful. Pandangannya mula mencari bayangan perempuan itu semula. Tidak jumpa. Kesal hatinya. Tanpa disedari keluhan berat meniti di bibirnya.

                "Saiful.... Saiful... Saiful!!"

             Suara yang memanggil namanya semakin kuat. Dia terjaga dari lamunan.

                "Saifu kenapa?  Tiba-tiba je mengelamun ni."

                "Eh, takde apa-apa kak. Oh ya... Akak nak jumpa Saiful ni kenapa?"

                "Ni. Abang long kamu kirimkan ole-ole dari Manchester United."

                "Apa ni?" Tanyanya sambil membuka bungkusan plastik yang diberi oleh kakak iparnya itu.

                "Barang yang Saiful suka." Jawab kak Nita sambil mengukir senyuman.

                "Wah... Baju MU." Matanya terpegun dengan baju t-shirt yang dibelikan oleh Fahmi, abangnya itu. Walaupun seringkali mereka bergaduh seusai bertemu, Saiful tidak pernah merendah-rendahkan Fahmi. Dia hormati abangnya kerana selepas kematian kedua orang tuanya di dalam satu kemalangan, abangnyalah yang bersusah payah mendirikan perniagaan peninggalan mereka dan membesarkan dia sehingga sekarang.

                Dulu, Fahmi terpaksa bersusah payah untuk meyakinkan semula pelabur-pelabur di dalam syarikat orang tuanya supaya tidak menarik semula pelaburan mereka kerana tidak yakin dengan keupayaannya untuk menguruskan syarikat yang besar pada usia yang muda. Kini, berkat usaha abangnya yang telah dibantu oleh sahabat ayah membuatkan dia dapat bangunkan semula syarikat itu. Abang bertemu jodoh dengan kak Nita yang merupakan anak kepada Datuk Razali, sahabat ayah yang telah membantunya dalam membangunkan semula legasi peninggalan arwah ibu dan ayah. Kini dia bahagia dengan kak Nita dan dikurniakan tiga orang anak yang comel.

                Fikirannya masih lagi memikirkan perempuan yang ditemuinya itu. Pernah sekali dia terlanggar perempuan itu di hadapan kafe berdekatan shopping mall di pusat bandar. Habis segala buku yang dipegangnya berselerakan.  Kelihatan si 'dia' tergesa-gesa mengejar waktu menolong dia mengangkat semula buku yang berselerakan lalu memohon maaf berkali-kali sebelum pergi.

                Belum sempat Saiful memarahi perempuan itu, namun apabila melihat wajahnya, dia terpegun tanpa berkata apa-apa. Pelik... Perempuan itu sebenarnya berpurdah. Namun, apa yang membuatkannya betul-betul tertarik dengan perempuan itu. Kini, dia tertidur sambil teringatkan wajah si 'dia' yang berpurdah.


......


                "Saiful. termenungkan apa itu?"

                Terkejut dia mendengar teguran itu. Suara dari belakangnya itu rupa-rupanya milik Haris. Saiful memandangnya dengan pandangan kosong, lalu memeruskan 'aktiviti' termenungnya itu tanpa mempedulikan Haris.

                Haris mengambil tempat di sisi Saiful yang kelihatan termenung. Sebenarnya dia dari tadi melihat Saiful termenung lalu mengambil keputusan untuk menegur housematenya itu. Di dalam rumah itu tiada sesiapa pun yang berani untuk menegur Saiful kerana sifat barannya itu kecuali Haris kerana Haris merupakan orang yang diberi amanah utnuk menjadi ketua di dalam rumah itu dan merupakan orang yang paling tua dan bersifat matang di dalam rumah tersebut. Segala keputusan yang dilakukan di dalam rumah itu perlulah dibincangkan terlebih dahulu dengannya.

                Haris meletakkan kedua-dua biji mug yang dipenuhi dengan kopi Radix itu di atas meja di hadapan mereka. Satu untuknya dan satu lagi dibuat khas buat Saiful. Suasana di perkarangan rumah yang tenang dan redup  mendamaikan hati sesiapa sahaja yang bertamu di meja luar itu. Aroma kopi yang dibuat haris menusuk kedalam hidung mereka berdua.

                'Sangat sedap menjamu minum petang di luar sambil menghayati pandangan sekeliling' fikir Haris. Haris masih menunggu tindak balas dari Saiful.

                Saiful seperti memikirkan sesuatu. Selang beberapa minit kemudian, Saiful mula mengangkat mug yang disediakan oleh Haris lalu menghirupnya perlahan-lahan.

                Haris mula tersenyum.

                'Perubahan yang baik' kata hatinya apabila melihat tindakan Saiful. Saiful sebelum ini tidak pernah cuba untuk bergaul dengan ahli di dalam rumah itu dan mengambil apa yang diberi oleh mereka mula terlihat berubah.

                "Haris..."

                "Ya. Ada apa?"

                "Kau pernah jatuh cinta?"

                Berkerut dahinya seketika mendengar persoalan Saiful. Wajahnya mula tenang.

                "Emm.. Pernah."

                Saiful memandang Haris dengan tanpa berkedip menandakan dia rasa tidak percaya.

                "Kau biar betul. orang alim pun boleh jatuh cinta ke?"

                Hampir tersembur air panas yang dia minum sebentar tadi. Soalan apakah ini... Haris tergelak dengan persoalan Saiful. Lucu rasanya.

                "Kenapa? Enta fikir orang alim tidak boleh bercinta ke?"

                "Bukan macam tu ke?"

                "Kenapa pulak tidak boleh? Cinta itu kan fitrah. Kenapa kita perlu menghalangnya?"

                "Takdelah. aku tengok orang alim ni tak boleh buat itulah, inilah, kena jaga ikhtilatlah.. Malah pandang perempuan pun tak boleh. So, macam mana boleh jatuh cinta?"

                "Untuk persoalan itu, Islam bukannya tidak membenarkan hambaNya untuk memandang perempuan. Malah itu mustahil dilakukan kerana setiap hari kita berhadapan dengan perempuan. Tetapi Islam hanya menyuruh kita untuk menundukkan pandangan bermaksud menghadkan pandangan kita terhadap perempuan agar kita tidak terdorong oleh nafsu dalam melihat perempuan dan berfikiran bukan-bukan.

                Islam membenarkan kita untuk melihat perempuan apabila kita ingin mengkhitbah mereka tetapi dengan syarat hanya melihat kepada tempat yang bukan menjadi aurat mereka iaitu muka dan telapak tangan. Ikhtilat itu perlu dijaga untuk mengelakkan perkara yang mengundang ke arah zina.

                                Jatuh cinta pula adalah sesuatu yang lumrah. Cumanya ia memerlukan kawalan diri kita sendiri supaya cinta itu tidak menjadi fitnah." jawab Haris panjang lebar.

                "Fitnah? Macam mana cinta tu boleh jadi fitnah pula?" Berkerut dahi Saiful sambil menunggu jawapan dari Haris. Dia tidak beberapa faham.

                Haris memandang Saiful. Senyumannya makin melebar apabila melihat dirinya dan Saiful semakin rancak berbicara.

                "Ramai orang yang terlanjur ke dalam penzinaan disebabkan rasa cinta yang terburu-buru. Apabila ditanya apa itu cinta? Katanya cinta itu buta. Rasa macam nak gelak mendengar orang menjawab persoalan itu dengan jawapan macam tu. Bagi pendapat ana, bukan cinta itu yang buta, tetapi orang yang bercinta itu yang buta sehingga terdorong melakukan perkara yang buruk.

                Kita boleh bercinta. Malah cinta itu juga adalah asas yang penting dalam mendekatkan diri kepada tuhan. Mana taknye. Sekiranya kita tidak merasakan cinta, maka macam mana kita boleh mengatakan bahawa kita sayang kepada Allah?

                Cinta itu suci. Tetapi manusialah yang menodai kesucian cinta. Cinta itu sepatutnya menyembuhkan. Bukannya menjatuhkan. Persoalan kedua pula cinta itu boleh mnjadi fitnah disebabkan kita tidak pandai mengurus perasaan. Bagus untuk jatuh cinta. Kalau dah jatuh cinta, kenapa tidak terus masuk minang. Kahwin cepat-cepat. Takdelah nanti kita bercintan-cintun, berpegangan tangan dengan bukan muhrim dan mengundang ke arah zina. "

                "Ooo.. " Jawab Saiful ringkas sambil mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.


.....



                Buat  pertama kalinya Saiful menunaikan solat setelah sekian lama dia meninggalkan amalan wajib itu. Malah dia bukan keseorangan. Dia malah solat berjemaah bersama-sama Haris dan rakan serumahnya yang lain. Hubungan mereka kebelakangan ini semakin rapat. Perbualan dia dengan Haris tiga hari lepas membuatkan Saiful banyak berfikir.

                "Kesian tengok anak-anak luar nikah yang dilahirkan di dunia ini. Disebabkan dosa ynag ibu bapa mereka buat, mereka yang terkena balasannya. Dicemuh malah dipinggirkan oleh masyarakat. Malah kelahiran anak hasil dari penzinaan tidak menjamin keturunan yang bersih menyebabkan masyarakat menjadi pincang. Nak ke kita lahirkan anak dan anak kita dicemuh oleh sebab dosa kita? Malah tiada jaminan untuk mereka ini dapat menjadi anak yang soleh atau solehah kerana mereka adalah dari hasil benih yang haram. Bukan tiada kalangan mereka yang menjadi soleh dan solehah, namun sangat tipis."

                Persoalan yang dilontarkan oleh Haris membuatkan Saiful berfikir banyak kali.

                "Oleh itu, untuk mendapat anak yang soleh dan solehah yang dapat menjamin kita diakhirat nanti dengan doa mereka kita perlulah cari jodoh yang baik. Untuk mencari jodoh yang baik, kita terlebih dahulu kena jadi baik. Berusaha menjadi soleh."

                Bila pendengar penjelasan dari Haris tentang jodoh yang baik, Saiful teringatkan wanita yang dijumpainya di perpustakaan pada beberapa hari lalu. Sukar betul dia melupakan perempuan itu. Kini dia akui, dia benar-benar jatuh cinta kepada perempuan itu.  Azamnya kuat. Sekiranya dia menemui gadis itu, maka dia akan segera meminangnya. Namun dia khuatir adakah sekiranya dirinya masih akan diterima kerana sikapnya yang sangat bersosial.


......



                Tiga tahun sudah berlalu. Kini Saiful bergelar graduan. Dia sedia membantu abangnya dalam menjayakan perusahaan yang dibina oelh ayahnya dengan hasil titik peluh sendiri. Dirinya yang dahulu dan sekarang sangat berbeza. Teringat dia kisah perubahan dirinya yang membuatkan orang di sekelilingnya terkejut terutama sekali abangnya. Namun, dia berasa syukur apabila melihat Saiful menjadi semakin matang dan merubah sikapnya.

                Tok..Tok.. Tok..

                "Ya, masuk..." Ujar Saiful tanpa menoleh.

                "Amboi, busy nampak. Sampai tak mahu pandang orang yang datang."

                "Eh abang. Masuklah. Maaf, banyak kertas kerja yang perlu disiapkan. Kenapa datang ni?"

                "Saje ajak kau makan. Jomlah."

                "Eh, pukul berapa sekarang? Ya, Allah. Dah pukul satu petang rupanya." Saiful menjawab pertanyaannya sendiri selepas mengerling ke arah jam tangannya.

                "Ish apalah adik abang ni. Nak kerja pun janganlah sampai tak ingat dunia. Kerja memang amanah tapi badan pun ada hak juga untuk rehat."

                ”Sorylah bang. Tunggu kejap ye. Lagi sikit ni nak siap. Duduk dulu."

                Fahmi bergerak perlahan dari pintu bilik pejabat adiknya itu menuju ke hadapan meja Saiful. Dia memerhatikan gelagat Saiful yang dari tadi menaip di komputer sambil merujuk bahan-bahan di atas mejanya. Berselerak. Meja Saiful penuh dengan blueprint kertas kerja yang dijadikan rujukan buatnya. Macam dah tidak terurus dilihat Saiful dengan tali leher yang dilonggarkan serta rambut yang kurang kemas. Sejak dari tadi dia memerhatikan adiknya itu. Baru dia perasan, Saiful memakai baju semalam.

                'Ni mesti tak pulang ke rumah ni' getus hatinya.

                "Bang, kau nak ikut aku tak hujung minggu ni?" Tanya Saiful kepada Fahmi sambil menaip kertas kerjanya. Matanya masih tidak beralih dari komputernya itu.

                "Kemana?"

                "Kenduri kahwin Haris."

                "Oh, dia dah nak kahwin dah? Ok. Nanti abang bagitau Kak Nita. Siapa lagi yang ikut kita ni."

                "Semua exhousemate aku. Kitorang buat Konvoi beramai-ramai."

                "Ok. Set."

                Suasana menjadi sepi semula.

                "Yang kau Saiful. Bila mahu kahwin?."

                Tersembur sedikit air mineral yang Saiful minum. Elok-elok je dia tengah meneguk air mineral dari botol di hadapannya itu, waktu itu juga Fahmi tanya soalan cepu emas. Saiful terdiam.

                Ingatannya kembali teringat kepada wanita pernah dia cintai tiga tahun lepas. Walaupun hanya sempat terserempak dan bertentangan mata seketika, namun hatinya bagaikan telah dicuri. Selepas kejadian itu, dia langsung tidak menjumpai perempuan itu. Dia masih mengharap bahawa dia akan bertemu wanita itu dan menjadikan wanita itu sabagai permaisuri hatinya.


                Persoalan Fahmi tidak dijawabnya. Biarlah masa dan jodoh yang menentukannya.



Bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu membawa rahmat ke seluruh alam dengan Islam ( rahmatan lil 'alamin )                 Menyelami susur galur pemerintahannya dengan lebih m

Lebuhraya Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim.... Kini sudah dua bulan aku berada di rumah. Cuti semester yang aku lalui, tidak kugunakan dengan baik. Cuti penggal semakin habis. Kini, bagi diriku, tiada alasan lagi untukku lengahkan masa dengan buat perkara yang remeh dan tidak mendatangkan  berfaedah. Bukan masanya. Untuk aku menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia. Bukan masanya untuk aku bersuka ria. Aku ada tugas yang lebih besar untuk aku capai. Aku ada impian yang lebih tinggi untuk dikejar. Aku ada amanah yang lebih berat untuk dipikul. Fikiranku mula ligat semula. Untuk mencari inspirasi yang hilang. Untuk mencari kemahiran yang kian pudar. Untuk mencari kejernihan akal yang kian keruh.  Agar masaku tidak dipersiakan. Agar kudratku digunakan sebaik mungkin. Agar usiaku dicurahkan kepada kebenaran. Agar diriku tidak menyesal di kemudian hari . Kehidupan ini kuibaratkan seperti lebuhraya. Manusia kuibaratkan seperti pemandu kenderaan yang pelbagai yang melalui lebuhraya

A Credit to ....

Assalamualaikaum wbt. Alhamdulillah this blog finally ready for me to have a writing, sharing dan delivering beneficial informations and articles.  I'm welcoming all to visit my blog and have a sharing here. A credit to my sister that spend her time to set up this blog and conributing ideas for blog address and title. 'Untaian Kasih Ilahi' have a deep mean.. . Subhanallah and thak you very much. I love you sis...