Skip to main content

Cerpen 5: Berubah siri I




Tuk.. tuk... Tuk..

                "Aduh... Sape pulak pagi-pagi ni ketuk pintu. Kacau orang tidur je." Omel Saiful apabila tidurnya dikacau oleh orang yang mengetuk pintu biliknya.

                Tuk.. Tuk.. Tuk... "Assalamualaikum, Saiful." Kedengaran suara memanggil namanya di balik pintu tersebut.

                "Ish... Mesti dia lagi ni." Dengan gaya malas Saiful bangun dari katil perlahan-lahan. Hatinya membara mengenangkan orang yang mengetuk pintu biliknya. Sambil berjalan ke arah pintu, dirinya mengomel sendirian dengan kata-kata sumpah kepada empunya diri yang berani mengacaunya tidur.

                "Apa!!!" Suara Saiful ditinggikan kepada orang yang berada di hadapannya itu.

                Orang itu kemudiannya senyum dengan senyuman yang paling manis. Buat sahabatnya. Hatinya tidak tegar melihat sahabatnya kecundang.

                "Jom solat. Dah azan Subuh ni." Jawab suara itu dengan nada lembut dan berhati-hati. Senyuman masih lagi tidak lekang dari bibirnya.

                "Woi lelaki! Kalau kau nak solat, solatlah sendiri. Tak payah nak susah-susah kejutkan aku segala bagai. Pandai-pandailah aku hidup." balas Saiful dengan kasar. Namun,, kemarahan Saiful langsung tidak menggugatkan senyuman pada bibir lelaki tersebut. Sabar... Itu sahaja yang mampu dia lakukan bila berhadapan dengan sahabatnya itu.

                Pintu ditutup kasar. Saiful berdengus. Dirinya kembali berjalan menuju ke katil. Dia menyambung semula tidurnya yang telah terganggu tadi.  Penat semalam akibat berparti dengan kawan-kawannya di sebuah kelab malam yang terkemuka di Kuala Lumpur masih belum hilang sepenuhnya lagi.

                Terpinga-pinga lelaki tersebut berada di hadapan bilik Saiful. Namun, dia bukan jenis yang cepat melatah. Dia sudah menjangkakan bahawa perkara itu akan berlaku kerana dia sering melaluinya.

                "Haris, tak payahlah kau nak kejutkan malaun tu. Kau tahukan apa yang dia akan cakap dan buat. Kalau aku, hari pertama dah berputus asa untuk ajak orang macam tu untuk solat bersama kita." ujar  Nazril apabila melihat sahabatnya diperlakukan sedemikian. Dia agak marah dengan sikap Saiful melayan sahabatnya begitu. 'Ingat kawan aku tu tunggul ke nak marah-marah macam tu' luah hatinya. Menyirap darah bila sahabat baiknya itu diperlakukan seperti itu.

                "Ish kau ni Nazril. Ada pulak cakap macam tu. Walau apa pun, kita semua adalah sahabat. Tinggal bawah satu bumbung. Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan semua ahli dalam rumah ni menjalankan perintah Allah."

                "Mm..aku bukan apa. Sakit tau hati aku bila tengok kau dilayan macam tu. Bukan sekali dua. Malah setiap hari macam tu. Kau tak jemu ke?"

                "Nazril, kalau dahulu Nabi Muhammad berputus asa untuk menjalankan dakwah, maka kita tidak akan merasai nikmat iman tau hari ni."

                "Emm... Yelah... Kalau macam tu aku panggil yang lain untuk solat berjemaah sekali."
                "Ok. Aku mahu solat rawatib dulu. Pagi ni siapa yang jadi imam?"

                "Amran." Jawab Nazril sebaik sahaja dia melihat jadual yang di tampal di dinding di ruang tamu mereka. Kebiasaan di rumah sewa mereka adalah mereka sudah menyusun jadual untuk semua aktiviti dan jadual seharian termasuk mengemas rumah dan memasak. Rumah bujanglah katakan. Keseluruhan mereka yang tinggal di rumah tersebut adalah seramai 10 orang.


.......


                Air peluh merembes keluar dari muka dan badan Saiful.  Sudah dua pusingan dia round taman rekreasi tersebut. Jogging adalah salah satu rutinnya pada setiap hujung minggu. Baginya jogging merupakan aktiviti yang boleh melepaskan dirinya dari tekanan.

                Sudah tiga minggu dia duduk di rumah sewanya itu. Dia terpaksa. Disebabkan dia hanyalah mahasiswa dan tidak mempunyai sebarang pendapatan,dia terpaksa akur dengan keputusan abangnya yang membiayai perbelanjaan seluruh pelajaran dengan syarat mengikut arahannya. Dia tidak menyangka bahawa abangnya sampai tahap memberi keputusan bahawa dia perlu tinggal bersama Haris dan yang lain untuk mengekang kebebasannya. Keputusan abangnya itu semata-mata adalah untuk dirinya berubah ke arah yang lebih baik.

                Kalau diikutkan, bukan abangnya tidak mampu untuk menyewakan sebuah kondominium mewah buat dirinya. Namun, dia tidak mahu lagi memanjakan adiknya itu yang semakin hari semakin teruk akhlaknya. Sekiranya dia keluar dari rumah itu, nescaya abangnya akan menarik semula elaun bulanannya.

                'Ish.. Menyusahkan betul. Dahlah aku terpaksa duduk dengan orang yang berlagak alim, Zack dan yang lain pulak tidak mahu tolong aku. Apa punya kawan dah.' kesal hatinya.

                "Tak payah lah kau keluar dari rumah tu. Tahan jelah selama tiga tahun." ujar Zack sambil menahan gelak.

                "Betul tu. Kalau kau keluar, kau nak dapat duit dari mana pulak untuk tanggung hidup kau. Nak kerja? Hahaha... Aku tak boleh bayangkan kalau kau kena buat part-time." Kali ini Wan pula bersuara.

                "Hoi. Hoi... Akukan ada korang. Lagipun selama ni aku yang belanja korang. Bila aku susah macam ni, korang pulaklah yang kena bantu aku." Ujar Saiful.

                "Bro, takkanlah kami nak tanggung kau selama tiga tahun. Agak-agaklah bro.  Kami bukannyha kaya macam kau. Boleh belanja orang satu club setiap malam." Sindir Kamal. Mereka semua ketawa.

                Saiful teringat waktu mereka bersama-sama lepak di sebuah gerai mamak setelah abangnya membuat keputusan tersebut.

                'Tak guna punya kawan. Waktu aku senang, bolehlah diorang dekat-dekat dengan aku. Bila dah aku susah macam ni, batang hidung diorang pun tak nampak.' 

                Dia tahu bahawa Zack dan kawan-kawannya yang lain berkawan dengannya semata-mata kerana duit. Hampir setiap kali mereka pergi clubbing, Saifullah yang akan belanja mereka. Dia tidak lokek dengan kawan-kawannya. Baginya walaupun mereka hanya nakkan duitnya dia tidak kisah kerana dia ingin mempunyai teman untuk bersuka ria.


......


                Angin lembut menyapa muka Saiful. Dia kini berada di luar perpustakaan kampus, menunggu kakak iparnya. Dia baru sahaja mendapat mesej dari kakak iparnya itu untuk bertemu di kafe berhadapan perpustakaan tersebut.

                Assalamualaikum Saiful. Akak mahu jumpa Saiful di Kafe City sekejap boleh? Akak mahu bagi sesuatu.-Kak Nita

                'Apa ye yang kakak aku mahu bagi?' Hatinya tertanya-tanya.

                Lima minit berlalu. Dia masih menunggu. Penyedut minuman yang berada di dalam gelasnya itu dimain-main oleh Saiful.

                'Ish. Bosan betul menunggu orang ni.'  Meskipun dia merupakan orang yang suka berhibur dan berfoya-foya, namun satu sifat yang bagus dalam dirinya ialah tepati waktu. Itulah satu-satunya sifat yang dia warisi dari arwah ibu dan ayahnya.

                Sedang dia menyedut minumannya itu, matanya meliar melihat sekeliling. Tiba-tiba matanya tertumpu pada seseorang.

                'Perempuan itu...'


          


Bersambung.....

Comments

  1. nantikan sambungan siri yang entsh keberapa kali ntah aku nak buat. hehehe...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu membawa rahmat ke seluruh alam dengan Islam ( rahmatan lil 'alamin )                 Menyelami susur galur pemerintahannya dengan lebih m

Lebuhraya Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim.... Kini sudah dua bulan aku berada di rumah. Cuti semester yang aku lalui, tidak kugunakan dengan baik. Cuti penggal semakin habis. Kini, bagi diriku, tiada alasan lagi untukku lengahkan masa dengan buat perkara yang remeh dan tidak mendatangkan  berfaedah. Bukan masanya. Untuk aku menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia. Bukan masanya untuk aku bersuka ria. Aku ada tugas yang lebih besar untuk aku capai. Aku ada impian yang lebih tinggi untuk dikejar. Aku ada amanah yang lebih berat untuk dipikul. Fikiranku mula ligat semula. Untuk mencari inspirasi yang hilang. Untuk mencari kemahiran yang kian pudar. Untuk mencari kejernihan akal yang kian keruh.  Agar masaku tidak dipersiakan. Agar kudratku digunakan sebaik mungkin. Agar usiaku dicurahkan kepada kebenaran. Agar diriku tidak menyesal di kemudian hari . Kehidupan ini kuibaratkan seperti lebuhraya. Manusia kuibaratkan seperti pemandu kenderaan yang pelbagai yang melalui lebuhraya

A Credit to ....

Assalamualaikaum wbt. Alhamdulillah this blog finally ready for me to have a writing, sharing dan delivering beneficial informations and articles.  I'm welcoming all to visit my blog and have a sharing here. A credit to my sister that spend her time to set up this blog and conributing ideas for blog address and title. 'Untaian Kasih Ilahi' have a deep mean.. . Subhanallah and thak you very much. I love you sis...