Skip to main content

Cerpen 2: Syukur

                 "Nia, cepatlah sikit, kita dah lambat ni!" gesa Mila kepada Nia yang sedang bersiap.

                "Ala, ada lagi 40 minit lagi sebelum kelas. Sabarlah." jawab Nia sambil melihat jam tangannya yang menunjukkan masa sekarang baru 7.20 pagi. Kelas mereka mula pada pukul 8.00 pagi.

 'Masih sempat lagi walaupun bersiap 10 minit sebelum kelas' fikir Nia kerana hostel mahasiswi sangat dekat dengan bangunan kampus. Hanya sekitar sepuluh minit sahaja sampai ke kampus dengan berjalan kaki. Langkahnya lengah. Mila merasa sedikit geram dengan Nia kerana dia sangat mementingkan masa. Mila merupakan orang yang sangat berdisiplin. Dia sangat benci menunggu dan ditunggu oleh orang lain. Itu bukan sikapnya.

                Hari ni hari pertama kuliah selepas naik dari cuti semester. Tahun ni merupakan tahun akhir bagi Nia dan Mila di pengajian tinggi. Semua perasaan bercampur baur. Rasa gembira pun ada.. Rasa sedih pun ada untuk meninggalkan kampus yang tercinta ini.

                Sementara menunggu Nia untuk bersiap  , Mila yang dari tadi menunggu mula duduk semula di sisi katilnya. Nia dan Mila merupakan teman sebilik. Mereka juga adalah teman satu kos. Mila yang dari tadi memerhatikan gelagat Nia yang sedang memperbetulkan lipatan selendangnya, mula mengeluarkan sesuatu dari beg galas yang berwarna merah hati dan krim di sisinya.

                ' Masa tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja.' getus hatinya.

                 Mila memandang senaskah al-Quran sederhana kecil yang berwarna pink pekat dan berbaldu yang baru sahaja dikeluarkan dari beg galasnya.  Naskah itu sering dibawa kemana sahaja. Tidak pernah ditinggalkannya kecuali ke tandas . Naskah itu telah menjadi teman rapatnya, menemani di waktu lapang, gusar dan lelah. Helaian demi helaian di selak perlahan-lahan. Dia membaca surah Ar-Rahman dengan perlahan-lahan.

                "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan"

                Ayat ini diulang berkali-kali di dalam surah ini menunjukkan bahawa betapa banyaknya nikmat yang Allah beri didustakan oleh hambaNya yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang diberi. Terlalu banyak nikmat yang Allah beri. Cuma, kita ni manusia kurang sedar dengan kenikmatan yang Allah beri. Asyik dengan dunia. Kurang menghargai. Itulah makhluk yang bergelar manusia. Bila susah baru nak cari Tuhan.... Sukar sekali untuk bersyukur walaupun dengan nikmat yang paling besar Allah berikan. Inikan pula yang kecil.

                Hati kecil berbicara, 'Begitu mudah manusia lupa.'

                Mila tidak mahu jadi hamba yang begitu. Tidak bersyukur dengan Tuhannya. Dia mahu menjadi golongan yang sedikit yang telah disebut Allah dalam FirmanNya dalam, surah As-Saba ayat 13:

                "... sedikit sekali hamba-hambaKu yang bersyukur"

                Dia berazam untuk menjadi hamba yang bersyukur dengan patuh segala arahan Tuhannya dan menjauhi laranganNya. Azamnya adalah untuk menjadi muslimah sejati.. Contoh dan teladan buat ummah. Al-Quran ditutup dengan rapi. Ditenung naskah yang berada ditangannya. Al-Quran itu kemudiannya dirapatkan ke dadanya. Dipeluk naskah itu sekuat-kuatnya tanda sayang akan kalam Allah yang diutuskan kepada Nabi buat Ummat. Fikirannya, inilah salah satu penghubung antara dia dan Rasul selain sunnah dan ulama.
                "Mila.. Mila.. Milaa!"

                Namanya yang dari tadi sayup-sayuo kedengaran, kini mulai jelas di telinganya. Mila menoleh pandangannya. Matanya meliar mencari tubuh itu. Tidak dijumpai.

                "Mila, kau ni! Aku punyalah dari tadi panggil kau. Aku dah siap ni pastu terus keluar. Aku ingat kau perasan aku keluar dan ikut aku. Rupanya kau sempat lagi termenung. Tadi kau jugak yang suruh cepat. Sekrang ni kau pulak yang lambat. Tula, berangan tak bertempat..." bebelan Nia menghangatkan telinga Mila. Dia tidak marah dengan kawannya yang sorang tu. Lagipun dia juga bersalah sebab termenung tak bertempat.

                Mila berdiri. Kakinya laju melangkah menuju Nia yang sudah berada di luar bilik sambil bercekak pinggang dek rasa geram dengannya. Ditutup suis kipas yang dari tadi ligat berpusing. Ditutup pintu bilik dan dikunci tanda berjaga-jaga. Dia mengerling ke arah jam tangannya. Masih ada lima belas minit lagi sebelum kelas bermula. Hatinya lega. Sempat mereka datang sebelum pensyarah datang dahulu.

                Mereka berdua melangkah menuju ke kampus untuk sesi pembelajaran pada semester yang baru ini. Hati Mila berbunga-bunga.


                'Sesi pembelajaran bermula. Masih banyak mutiara-mutiara ilmu baru yang boleh dikutip.' getus hatinya.


Comments

Popular posts from this blog

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu...

Jiranku.. oh.. Jiranku

Petang itu, sewaktu aku masih lagi kecil, aku duduk di atas pangkin di halaman rumahku. Sepohon pokok manga merendang meneduhiku. Sesekali aku merasa dingin angin menerpa di badanku. Dedaun keguguran setiap kali angin sejuk itu menerpa. Pohon juga mengikut rentak angin, bagaikan menari tarian riang dan mesra mendamaikan hati setiap insan yang melihat. Ibu duduk disampingku sambil mengupas mangga muda dan di potong isinya, dimasukkan ke dalam pinggan di hadapannya. Sedikit kicap, gula dan hirisan lada pula dihidang bersebelahan pinggan mangga. Aku mencicah potongan mangga dengan sambal kicap disebelahnya. Enak sekali. Ianya menjadi lebih enak apabila jiran tetangga turut serta. Riang sekali suasana petang itu. Beginilah rutin petangku bersama ibu di kampung. Pelbagai aktiviti yang kami lakukan bersama jiran tetangga. Kadang-kadang kami menjalankan latihan nasyid, kadang-kadang tarian piring. Ada juga masa kami lakukan aktiviti membuat kraf seperti bunga sabun, bunga dari botol plas...

Islam dan Sains: Belajar dari Pepatung

Sumber utama: Berfikirlah Sejak Anda Bangun Tidur Karya:          Harun Yahya       Topik ini sangat menarik untuk dikupas. Al-kisahnya sendiri disebut dalam al-Quran. Perumpamaannya adalah seperti lalat. Mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.      “Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah” (QS. Al-Hajj, 22: 73)      Kenapa dikatakan hampir sama?      Persoalan yang memang sepatutnya kita tanya pada diri sendiri. Kalau tiada rasa ingin tahu dalam diri maka tidak bergunalah akal yang Allah berikan kepada manusia. ...