Skip to main content

Cerpen 1: Taubat

      

    Sinar cahaya matahari melalui celahan kaca jendela mula masuk ke bilik. Ruang itu yang pada mulanya gelap dek langsir yang menutupi, kini mula terang kembali pabila Lia menyingsirnya. Mata Lia meliar ke luar jendela. Kehijauan dedaunan di pohon yang rendang disimbahi dengan cahaya yang sama. Ya, cahaya matahari. Yang memberikan sinarannya kepada semua makhluk di bumi ini. Atas perintah Tuhan, ia membakar diri untuk memberi kehidupan kepada yang lain. Itulah hebatnya ciptaan Tuhan...

      Namun bagi orang yang tidak pernah memikirkan tentang kehebatan Tuhan, tidak akan pernah terlintas dihatinya akan kecantikan ciptaanNya serta tidak pernah bersyukur dengan kurniaanNya. Lia, yang dari tadi berdiri di tepi jendela, menghembuskan nafasnya secara perlahan. Keluhan kecil keluar dari mulutnya.Fikirannya celaru. Hatinya tidak tenang. Tidak tenang seperti selalu.

      Dia mengeluh Ada sesuatu yang membebankan fikirannya. Namun dia tidak tahu apa. Juga tidak mengerti. 'Apakah yang membuatkan aku rasa terbeban sangat ni' bicara fikirannya. Keluh kesah datang bertamu kembali. Memenuhi ruang hatinya. Terasa seperti ingin menangis. Namun, titisan air mata tidak pernah keluar. Tidak dapat keluar. Jauh di lubuk hatinya, ia menangis. Ingin sekali menangis sehingga keluar air mata. Dia tidak berdaya... Tidak berdaya dengan ujian yang Tuhan sediakan buat dirinya. Hatinya sangat sakit. Tidak tahu kenapa. Ingin saja dia menjerit dan menangis sekuat hati...

    Apakah perasaan ini?

    Persoalan itu sentiasa bermain dihatinya. Jiwanya kosong.. Fikirannya merawang entah kemana. Bumi mana yang Lia pijak, tidak dia ketahui.. Apa punca sebenarnya? Ditenung lama luar jendela itu... Senyap... hanya deruan angin kecil yang menari di telinganya. Tiba-tiba satu suara kecil di lubuk hatnya yang paling dalam menjawab persoalan yang bermain di fikiran...

    'Dosa..' kata hati kecil.

      Fikirannya hairan bila mendengar hatnya berkata demikian. Fikiran mula bertanya kembali,'kenapa dengan dosa?'..

     'Kerana dosa hati merana. Mungkin Tuhan ingin tunjukkan bahawa sebelum ini engkau tidak pernah bersyukur. Tidak pernah mengambil peduli... Atas perbuatan yang engkau lakukan.. Tdak pernah memikirkan baik buruk setiap perbuatan. Ya, DOSA yang bertimbun membuatkan hatimu sengsara. DOSA yang terlalu banyak membuatkan hatimu gusar... DOSA yang menggunung membuatkan hatimu tidak berdaya' terang hati.

    Emm.. Bila difikirkan kembali, DOSA... DOSA.. DOSA..

     Ya, dosalahlah yang membuatkan fikirannya celaru. Tidak silap lagi. Tiada bebanan yang paling berat dan menyusahkan melainkan dosa. Kini air matanya mula mengalir... Tidak tertahan lagi. Baru Lia tersedar puncanya... Selama ni dia mula solat lambat. Melengahkan perkara wajib. Mengetepikan perkara sunat. dirinya tidak seperti selalu. Biasanya dia akan berzikir dan berdoa panjang selepas solat. Kini tiada lagi zikir, hanya tinggal doa yang pendek. Dia dulu malah solat sunat rawatib. Kini, semua itu ditinggalkan begitu sahaja...

      Lia mula menundukkan kepalanya. Air matanya semakin deras. Pundaknya terasa berat. Tidak berapa lama kemudian, dia terus berjalan perlahan menuju kamar mandi. Air wuduk diratakan. Tadi baru saja dirinya menunaikan solat zohor. Kini, Lia kembali mencapai telekungnya kali kedua yang tersidai kemas di pintu almari. Seusai memakai telekung, dia membetulkan kedudukan sejadah yang berwarna hijau dan tiada corak langsung yang menghiasinya. Hanya kosong. Dia berdiri tegsk menghadap kiblat. Sebelum dia mula solat taubat, bibirnya mengalunkan istighfar secara perlahan. Takbir diangkat. Dia mula kusyuk menghadap Tuhannya. Hanyut dalam dunianya bersama Tuhan...


     Tidak lama kemudian, Lia memberi salam menandakan solatnya sudah sampai ke penghujungnya. Kini, hatinya lapang selapangnya.. Doa dipanjatkan kepada Ilahi supaya mengampuni dosanya. Dirinya hanya hamba yang hina. Terlalu banyak kelemahan yang dia miliki. Doa dipanjatkan lagi supaya mengampuni dosa kedua ibu bapanya yang telah melahirkan dan membesarkannya sehingga dewasa. Air matanya masih lagi mengalir. Namun kini, air matanya mengalir bukan kerana sesal tetapi rasa bersyukur dengan taufik dan hidayah yang Allah berikannya.. Bersyukur sangat...

Comments

Popular posts from this blog

SANG KOPI DAN BISKUT KERING..

Matahari terik jelas terasa. Sedang orang ramai bergegas mengejar dunia yang tidak pernah henti malah jarang sekali untuk menoleh, kelihatan seorang lelaki berusia lebih dari separuh abad yang memakai pakaian lusuh serta topi berwarna hijau tua sedang mengayuh beca tuanya secara perlahan-lahan. Matanya meliar-liar sekeliling, tercari-cari sekiranya ada insan yang sudi untuk menjadi pelanggannya, menaiki beca tuanya yang sekian hari dimamah karat. Sesekali dia mengelap air peluh dari dahinya yang mengalir jatuh ke pipi dengan sapu tangan yang di sidai di atas bahunya. Hampir separuh harinya berpusing-pusing sekitar bandaraya, menagih pelanggan yang tidak kunjung tiba. Apabila kepenatan menyinggah, lelaki tua itu berehat sebentar di bawah pepohonan teduh bagi mengembalikan semula kudrat tuanya. Apabila petang menjelma, si tua tersebut kembali semula kerumahnya. Si isteri tetap setia menunggu di balik pintu. Menyediakan air kopi panas untuk diminum berserta biskut kering me...

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu...

Si Dia, Housemateku

“Dalam dunia ni, dua perkara kau perlu pegang untuk terus hidup, pandai cari peluang dan rajin.” Nasihat housemate ku. Aku yang kusyuk makan di nasi ayam di gerai mula fokus terhadap apa yang housemate aku katakan. Kami bertiga yang sudah lama tidak duduk bersama, bercadang untuk makan bersama di kedai luar.                Ayat itu telah merasuk ke dalam jiwa batinku.Bagi aku yang berada di dalam dilema, menjadi penanam anggur yang tak bertauliah ayat itu umpama pedang yang menghunus terusan ke hati aku. Tidak cukup dengan itu, hati aku terus terasa seperti dihiris-hiris. Bagaikan tukang jual daging sedang menyiat-nyiat kulit binatang sembelihannya, lalu daging yang segar itu dihiris halus-sehalusnya. Perit sekali.                “Kalau kau pegang dua perkara ni, takkan susah untuk kau senang.” Sambungnya lagi. Walaupun pada masa itu hous...