Skip to main content

Pengajaran Tentang Kebenaran



Bismillahirrahmanirrahim...

     Hari ini saya belajar satu perkara. Perkara yang mungkin menjadikan diri saya lebih matang dalam membuat keputusan. Perkara yang menjadikan diri ini berfikiran jauh dalam menilai sesuatu perkara.
     
     Kini bagi diri saya, saya lihat kebenaran itu seperti ikan yang berada di dalam air yang jernih. Ada TIGA golongan yang akan melihat ikan tersebut dari penglihatan yang berbeza iaitu salah satunya ialah golongan manusia yang melihat kedudukan ikan itu dari permukaan air dengan hanya mengandaikan bahawa ianya adalah kedudukan sebenar ikan tersebut.

     Golongan kedua ialah golongan yang mengetahui bahawa kedudukan ikan yang dilihat pada permukaan air itu hanyalah akibat dari pembiasan cahaya yang memasuki ke tempat yang berbeza medium iaitu udara ke dalam air tetapi tidak pernah ingin mengetahui kedudukannya yang sebenarnya.

     Dan akhir sekali, golongan ketiga iaitu golongan yang mengetahui bahawa apa yang dilihat melalui permukaan air itu bukanlah kedudukan sebenar ikan yang berada dalam air tersebut dan ia mengetahui bahawa itu berlaku disebabkan oleh pembiasan cahaya dan ia menyelidik kenapa itu berlaku dimanakah kedudukan sebenar ikan tersebut. (Maaflah cerita tentang fizik pulak…)
  
     Jelas ke tentang apa yang ingin saya katakan???
  
     Masih bingung??
     
     Macam ni.. (berlagak jadi agen peneranganlah pulak. hehehe…)

    Apa yang saya maksudkan dengan golongan pertama, yakni yang melihat ikan hanya pada permukaannya tanpa ketahui kedudukan ikan tersebut secara benar adalah golongan yang melihat sesuatu perkara itu tanpa melihat apa yang tersirat di sebalik kejadian tersebut. Golongan ini adalah golongan yang menerima apa sahaja tanpa menyelidik terlebih dahulu. Sikap seperti ini sangat bahaya lagi-lagi bagi seorang Muslim kerana setiap ilmu yang diterima tanpa kaji terlebih dahulu boleh merosakkan fikiran. Contohnya… Jika saya dalam golongan ini, saya akan menerima seratus peratus teori Revolusi Darwin mengenai revolusi tentang manusia yang dikatakan berasal dari beruk. Saya boleh katakan golongan ini adalah golongan yang hanya melihat sesuatu perkara tanpa di kaji lalu membuat penilaian sendiri tanpa tahu kebenaran yang nyata.

     Bagi golongan kedua pula ialah golongan yang ketahui tentang kebenaran itu namun ianya hanya diam dan membiarkan orang lain keliru terhadap kebenaran tersebut. Contoh yang sama saya bagi: Golongan ini mengetahui bahawa Revolusi Darwin adalah satu penipuan yang besar, namun mereka hanya  mendiamkan. Tidak berupaya menjelaskan dan hanya mendiamkan diri, membisukan mulut. Dengan pembisuan ini maka ramai orang dari golongan yang pertama tidak akan tahu kerana tiada sesiapa yang akan menjelaskan tentang teori tersebut. Maka berlakulah orang yang tidak tahu, berlagak tahu, orang yang tahu meriyakkan diri dengan pengetahuan yang mereka ada.

     Dan golongan yang terakhir adalah golongan yang adalah golongan yang terbaik. Golongan yang mencintai ilmu dan golongan orang yang mencintai kebenaran. Mereka ini adalah golongan yang sangat berhati-hati dalam mengeluarkan kesimpulan @ fatwa hati terhadap sesuatu perkara tanpa diselidik. Golongan inilah yang patut dicontohi dalam membuat sebarang keputusan dan menghukum sesuatu. Jika ilmu yang mereka perolehi itu bermanfaat, maka mereka ini tidak lokek dalam memberi ilmu dan mencurahkan segala yang  mereka tahu kepada orang lain.

Mari kita muhasabah diri, dalam menerima dan menyampaikan sesuatu maklumat, kita dalam golongan yang mana satu. Pilihan adalah di tangan anda sendiri (ceewaaahhh.. mcm promote untuk undian akademi fantasia pulak)
Wallahu'alam

Comments

Popular posts from this blog

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu...

Jiranku.. oh.. Jiranku

Petang itu, sewaktu aku masih lagi kecil, aku duduk di atas pangkin di halaman rumahku. Sepohon pokok manga merendang meneduhiku. Sesekali aku merasa dingin angin menerpa di badanku. Dedaun keguguran setiap kali angin sejuk itu menerpa. Pohon juga mengikut rentak angin, bagaikan menari tarian riang dan mesra mendamaikan hati setiap insan yang melihat. Ibu duduk disampingku sambil mengupas mangga muda dan di potong isinya, dimasukkan ke dalam pinggan di hadapannya. Sedikit kicap, gula dan hirisan lada pula dihidang bersebelahan pinggan mangga. Aku mencicah potongan mangga dengan sambal kicap disebelahnya. Enak sekali. Ianya menjadi lebih enak apabila jiran tetangga turut serta. Riang sekali suasana petang itu. Beginilah rutin petangku bersama ibu di kampung. Pelbagai aktiviti yang kami lakukan bersama jiran tetangga. Kadang-kadang kami menjalankan latihan nasyid, kadang-kadang tarian piring. Ada juga masa kami lakukan aktiviti membuat kraf seperti bunga sabun, bunga dari botol plas...

Islam dan Sains: Belajar dari Pepatung

Sumber utama: Berfikirlah Sejak Anda Bangun Tidur Karya:          Harun Yahya       Topik ini sangat menarik untuk dikupas. Al-kisahnya sendiri disebut dalam al-Quran. Perumpamaannya adalah seperti lalat. Mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.      “Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah” (QS. Al-Hajj, 22: 73)      Kenapa dikatakan hampir sama?      Persoalan yang memang sepatutnya kita tanya pada diri sendiri. Kalau tiada rasa ingin tahu dalam diri maka tidak bergunalah akal yang Allah berikan kepada manusia. ...