Skip to main content

Fitrah Manusia...


Bismillahirrahmanirrahim...

Melihat berita dari dada-dada akhbar, dalam tv malah dalam laman sosial menyebabkan aku tersentak. Parahnya dunia sekarang. Berita tentang perang, pembunuhan, perebutan harta, penindasan. Segalanya berlaku setiap hari. Tiada hari yang aku lalui tanpa mendengar berita-berita yang mengerikan seperti pembunuhan. Sehinggakan berita-berita ini menjadi biasa dalam norma masyarakat yang semakin parah.

Sudah hilangkah segala sifat keperimanusiaan dan sifat berlemah lembut dalam diri manusia. Begitu kejamkah dunia sekarang menyebabkan tiada lagi tempat yang selamat untuk didiami... Dalam hatiku bertanya, kenapa dunia seakan tidak mengambil peduli akan perkara yaqng berlaku di sekeliling? Sudah tiada lagikah suara kebenaran yang dilaungkan? Sudah tiadakah umat yang bangkit menegakkan kebenaran dan Islam.

Akibat dari Dosa

Dunia yang aku yakin semua orang inginkan ialah dunia yang aman dan tenteram. Senang didiami dan terasa selamat berada di atasnya. Namun, yang menjadikan impian ini pelik di mata aku ialah semua orang inginkanya begitu, namun hanya segelintir yang berusaha ke arah memberi ketenangan kepada dunia dan cuba mencegah kerosakan daripada berlaku.

Mengapa hal seperti ini berlaku? DOSA... Ya dosa yang menyelubungi hati setiap makhluk yang bernama insan. Kita tidak akan dapat lari dari membuat kesilapan, namun kita ada pilihan dalam mencegah diri dari jatuh ke lembah kemaksiatan dan jika terjatuh pun masih sempat untuk kita megucapkan kata-kata taubat dan berusaha ke arah menjauhkan diri dari terjatuh ke lubang yang sama berulang kali. Selagi mana manusia itu tidak sedar akan kesilapan yang mereka lakukan, selagi itulah mereka berada dalam gelumang maksiat tanpa taubat. Itulah penyebab utama kemaksiatan semakin berleluasa dan bumi semakin parah.

What You Gives is What You Get

Fitrahnya semua makhluk Allah dimuka bumi ni bertindak balas dengan apa yang manusia lakukan. Contohnya, makhluk Allah yang bernama kucing, dari sifat kucing yang ganas dengan cakarannya yang mampu melukakan kulit sesiapa sahaja yang cuba manyakitinya, menjadi lembut dan manja dengan orang yang mengusapnya. Begitu juga dunia, apa yang berlaku di atas dunia ini berpunca dari tangan manusia sendiri. Akibatnya manusia sendiri terpaksa menanggung derita dari apa yang mereka lakukan. Dunia tidak pernah bertindak kejam terhadap manusia, manusia sendirilah yang mencari 'penyakit'.

Solusi Terbaik

Tidak dinafikan, bukan semua manusia yang melakukan kerosakan, namun kadangkala, manusia yang 'tidak bersalah' ini terpaksa menerima nasib yang buruk akibat dari tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab.Bagaimanapun, setiap masalah di dunia ini ada jalan penyelesaiannya. Setiap 'penyakit' ada 'ubatnya'. Ubat yang paling mujarab bagi masalah yang sangat meruncing ummat ini adalah kembali kepada al-Quran dan Sunnah. Ya... Itulah solusi yang tebaik bagi ummat, ubat yang paling mujarab untuk semua jenis penyakit kecuali mati.

Masih belum terlambat untuk kita umat Islam kembali kepada fitrah 'BerTuhan"...

Wallahu'alam..


Comments

Popular posts from this blog

SANG KOPI DAN BISKUT KERING..

Matahari terik jelas terasa. Sedang orang ramai bergegas mengejar dunia yang tidak pernah henti malah jarang sekali untuk menoleh, kelihatan seorang lelaki berusia lebih dari separuh abad yang memakai pakaian lusuh serta topi berwarna hijau tua sedang mengayuh beca tuanya secara perlahan-lahan. Matanya meliar-liar sekeliling, tercari-cari sekiranya ada insan yang sudi untuk menjadi pelanggannya, menaiki beca tuanya yang sekian hari dimamah karat. Sesekali dia mengelap air peluh dari dahinya yang mengalir jatuh ke pipi dengan sapu tangan yang di sidai di atas bahunya. Hampir separuh harinya berpusing-pusing sekitar bandaraya, menagih pelanggan yang tidak kunjung tiba. Apabila kepenatan menyinggah, lelaki tua itu berehat sebentar di bawah pepohonan teduh bagi mengembalikan semula kudrat tuanya. Apabila petang menjelma, si tua tersebut kembali semula kerumahnya. Si isteri tetap setia menunggu di balik pintu. Menyediakan air kopi panas untuk diminum berserta biskut kering me...

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu...

Si Dia, Housemateku

“Dalam dunia ni, dua perkara kau perlu pegang untuk terus hidup, pandai cari peluang dan rajin.” Nasihat housemate ku. Aku yang kusyuk makan di nasi ayam di gerai mula fokus terhadap apa yang housemate aku katakan. Kami bertiga yang sudah lama tidak duduk bersama, bercadang untuk makan bersama di kedai luar.                Ayat itu telah merasuk ke dalam jiwa batinku.Bagi aku yang berada di dalam dilema, menjadi penanam anggur yang tak bertauliah ayat itu umpama pedang yang menghunus terusan ke hati aku. Tidak cukup dengan itu, hati aku terus terasa seperti dihiris-hiris. Bagaikan tukang jual daging sedang menyiat-nyiat kulit binatang sembelihannya, lalu daging yang segar itu dihiris halus-sehalusnya. Perit sekali.                “Kalau kau pegang dua perkara ni, takkan susah untuk kau senang.” Sambungnya lagi. Walaupun pada masa itu hous...