Skip to main content

KUDRAT SEORANG AYAH

Dah lama rasanya x upload artikel. Waktu terasa semakin terhad. Anyway, dapat juga siapkan beberapa artikel pada sem ni. Alhamdulillah...




  Kepanasan di Labuan sangat menyengat badan. Terasa bagai di bakar. Sangat perit. ‘Ish, bila bas ni nak bergerak. Tak faham ke orang tengah panas ni,’ monolog hatiku meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap pemandu bas yang masih menunggu penumpang lain untuk memenuhi  basnya. Dalam keadaan berpeluh aku melihat keadaan sekelilingku. Bas mini yang aku naiki hampir penuh dengan penumpang. Hanya tinggal dua tiga kerusi lagi yang kosong. Kini badanku bermandikan peluh. Rasa kurang selesa menjengah diriku.

   Aku lihat penumpang sebelah kiriku, sahabat aku yang seorang itu hanya duduk dalam keadaan senyap dan tidak terlalu banyak bergerak. Riak mukanya kelihatan tenang.  Kepanasan yang menyengat seperti tidak mengganggu dirinya langsung. Mataku meliar melihat gelagat manusia sekeliling. Ada yang berkipas menggunakan tudung. Ada juga yang terpaksa menunggu bas di luar kerana tidak tahan dengan kepanasan di dalam bas.
     Selepas beberapa ketika, muncul seorang lelaki yang berusia lebih dari setengah abad di hadapan  bas. Kelihatan lelaki tua itu mundar- mandir sambil menunggu penumpang yang terakhir untuk masuk ke dalam bas. Hatiku geram melihat lelaki tersebut. ‘Ish, itupun nak tunggu bas sampai penuh. Setakat satu tempat duduk pun nak berkira’, hatiku mula dipenuhi amarah. Syaitan melompat-lompat kegirangan kerana satu lagi anak Adam terpedaya.
   Bas mula bergerak. Hatiku tenang semula apabila dapat merasai  angin laut. Sedang aku asyik melayan fikiranku yang telah melayang entah kemana, aku dikejutkan oleh beberapa suara yang datangnya dari bahagian depan bas tersebut. Rupa-rupanya suara tersebut datang dari pemandu bas dengan penumpang di sebelahnya. Hatiku tertarik untuk mengetahui apa yang mereka perbualkan. Aku mendengar pemandu tersebut bercerita tentang kepahitan hidupnya sebagai seorang pemandu bas. Beliau terpaksa  bekerja keras untuk menyara keluarga yang besar. Bagi dirinya, seorang penumpang yang menjadi tamu bagi basnya sangat berharga untuk menyara keluarga.
   Rasa bersalah mula menjengah hatiku.  Besarnya pengorbanan dia sebagai seorang ayah. Mataku mula membayangkan wajah ayah di rumah. Memikirkan apakah yang dilakukannya sekarang ini. Sihat atau tidak. Selama ini tidak pernah aku membayangkan akan keletihannya dalam mencari rezeki untuk kami. Sewaktu kecil dahulu, aku sering melihat ayahku pulang dari ladang dengan keadaan yang sangat letih. Dalam keadaannya yang berpeluh, aku tidak mahu mendekatinya. Dalam penat bekerja, dia tidak pernah mengeluh di hadapanku. Segala kemahuanku cuba dipenuhinya. Semenjak dewasa, aku kurang memerhatikannya. Keperluannya, makan minumnya, segalanya disediakan oleh ibuku. walaupun ibuku juga bekerja.

Kini, setelah berjauhan dengan mereka, aku mula memikirkan kembali apakah pernah aku mengorbankan sesuatu demi mereka? Benakku bertanya kembali, apa yang diriku beri kepada mereka setelah mereka bersusah payah membesarkanku. Cukupkah sekadar bertanya khabar? Cukupkah sekadar memberi segulung sijil? Apa yang kurang aku lakukan demi mereka?
   Masa... ya, masa. Jarang sekali aku meluangkan masa bersama mereka berbanding masa bersama sahabatku. Jarang sungguh aku berbual dengan mereka. seringkali juga aku menyakiti hati kedua orang tuaku. Bukan sekali dua, namun sudah berjuta kali diriku menyakiti perasaan mereka.

Ya Allah, ampunkan diriku wahai ya Allah. Sesungguhnya, aku hanyalah hambaMu yang lemah. Seringkali aku melakukan kesilapan  sama ada aku sedar atau tidak. Ya Allah, sesungguhnya aku hanyalah insan yang biasa. Yang diberikan sifat ketidaksempurnaan olehMu. Kerana, hanya Engkau yang memiliki sifat-sifat yang Sempurna. Dengan rahmatMu, ampunilah hambaMu ini. Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah kedua orang tuaku. Dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku. Lapangkanlah dada mereka, juga lapangkanlah dadaku. Hanya kepada Engkau aku berserah dan hanya kepada Engkau ku pohon keampunan.

 Amiinn...

Comments

Popular posts from this blog

SANG KOPI DAN BISKUT KERING..

Matahari terik jelas terasa. Sedang orang ramai bergegas mengejar dunia yang tidak pernah henti malah jarang sekali untuk menoleh, kelihatan seorang lelaki berusia lebih dari separuh abad yang memakai pakaian lusuh serta topi berwarna hijau tua sedang mengayuh beca tuanya secara perlahan-lahan. Matanya meliar-liar sekeliling, tercari-cari sekiranya ada insan yang sudi untuk menjadi pelanggannya, menaiki beca tuanya yang sekian hari dimamah karat. Sesekali dia mengelap air peluh dari dahinya yang mengalir jatuh ke pipi dengan sapu tangan yang di sidai di atas bahunya. Hampir separuh harinya berpusing-pusing sekitar bandaraya, menagih pelanggan yang tidak kunjung tiba. Apabila kepenatan menyinggah, lelaki tua itu berehat sebentar di bawah pepohonan teduh bagi mengembalikan semula kudrat tuanya. Apabila petang menjelma, si tua tersebut kembali semula kerumahnya. Si isteri tetap setia menunggu di balik pintu. Menyediakan air kopi panas untuk diminum berserta biskut kering me...

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu...

Si Dia, Housemateku

“Dalam dunia ni, dua perkara kau perlu pegang untuk terus hidup, pandai cari peluang dan rajin.” Nasihat housemate ku. Aku yang kusyuk makan di nasi ayam di gerai mula fokus terhadap apa yang housemate aku katakan. Kami bertiga yang sudah lama tidak duduk bersama, bercadang untuk makan bersama di kedai luar.                Ayat itu telah merasuk ke dalam jiwa batinku.Bagi aku yang berada di dalam dilema, menjadi penanam anggur yang tak bertauliah ayat itu umpama pedang yang menghunus terusan ke hati aku. Tidak cukup dengan itu, hati aku terus terasa seperti dihiris-hiris. Bagaikan tukang jual daging sedang menyiat-nyiat kulit binatang sembelihannya, lalu daging yang segar itu dihiris halus-sehalusnya. Perit sekali.                “Kalau kau pegang dua perkara ni, takkan susah untuk kau senang.” Sambungnya lagi. Walaupun pada masa itu hous...