Skip to main content

Rintihan Hatiku




Bismillahirrahmanirrahim…

Permulaan wadah bicara dengan memuja dan memuji kebesaran Tuhan Pencipta langit dan bumi juga diantara kedua-duanya.

    Dan tiadalah sesuatu pun tempatku bergantung hanyalah kepadaMu ya Allah. Yang menjadikan kami daripada air yang hina dan mengangkat kami menjadi makhluk yang paling mulia jika kami taat kepadaMu.

    Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya dugaanMu sangat berat bagi diriku.. tak sanggup rasanya menanggung rasa duka dan dugaan yang ku lalui ini. Namun aku berpegang pada janjiMu syurga bagi orang-orang yang bersabar.

    Ya Allah ya Rabbi, sesungguhnya sukar bagi diriku untuk manampung segala dugaan yang Kau berikan, namun ku pasti, setiap dugaan yang Kau berikan kepada kami adalah yang mampu kami menanggungnya. Walaupun begitu, ku pohon pada Mu agar Kau berikan kekuatan kepadaku untuk meneruskan langkah agar dapatku gagahi kaki ini  untuk berdiri tegak, juga dapat tersenyum walaupun  hatiku terluka, dan hanya Engkau ya Tuhanku yang mengetahui apa yang ada dalam hati kami. Dan tiada apa pun yang terselindung dari pengetahuanMu.

    Ya Allah, ya Tuhanku, engkau Tuhan yang Maha Agung. Jadikanlah kami dalam kalangan orang-orang yang bertakwa, apabila ditimpakan kepada kami ujian yang amat berat. Jadikanlah kami dalam kalangan orang yang bersyukur dengan dugaan yang Engkau berikan keranaku tahu bahawa ianya adalah peringatan bagi diriku yang sering leka dan alpa.

    Ya Allah yang Maha mengetahui segala sesuatu, aku amat bersyukur padaMu atas segala yang engkau berikan kepadaku. Kesenangan, kehidupan, persahabatan, kasih sayang, ukhwah juga kesusahan.
Aku akui bahawa sukar bagi diriku untuk mensyukuri atas segala kesusahan yang Engkau berikan kepadaku, juga atas segala kesempitan yang aku rasai. Namun ku percaya, dengan kesusahan itu, juga tangisan yang lahir dari kesempitan itu membuatkan aku lebih gagah dalam meneruskan perjuangan hidup ini.

Sungguh kesusahan itu lebih ku syukuri jika ianya akan membuatkan aku kembali kepada fitrahMu.
Amin ya Rabbal 'Alamin...

Comments

Popular posts from this blog

SANG KOPI DAN BISKUT KERING..

Matahari terik jelas terasa. Sedang orang ramai bergegas mengejar dunia yang tidak pernah henti malah jarang sekali untuk menoleh, kelihatan seorang lelaki berusia lebih dari separuh abad yang memakai pakaian lusuh serta topi berwarna hijau tua sedang mengayuh beca tuanya secara perlahan-lahan. Matanya meliar-liar sekeliling, tercari-cari sekiranya ada insan yang sudi untuk menjadi pelanggannya, menaiki beca tuanya yang sekian hari dimamah karat. Sesekali dia mengelap air peluh dari dahinya yang mengalir jatuh ke pipi dengan sapu tangan yang di sidai di atas bahunya. Hampir separuh harinya berpusing-pusing sekitar bandaraya, menagih pelanggan yang tidak kunjung tiba. Apabila kepenatan menyinggah, lelaki tua itu berehat sebentar di bawah pepohonan teduh bagi mengembalikan semula kudrat tuanya. Apabila petang menjelma, si tua tersebut kembali semula kerumahnya. Si isteri tetap setia menunggu di balik pintu. Menyediakan air kopi panas untuk diminum berserta biskut kering me...

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu...

Si Dia, Housemateku

“Dalam dunia ni, dua perkara kau perlu pegang untuk terus hidup, pandai cari peluang dan rajin.” Nasihat housemate ku. Aku yang kusyuk makan di nasi ayam di gerai mula fokus terhadap apa yang housemate aku katakan. Kami bertiga yang sudah lama tidak duduk bersama, bercadang untuk makan bersama di kedai luar.                Ayat itu telah merasuk ke dalam jiwa batinku.Bagi aku yang berada di dalam dilema, menjadi penanam anggur yang tak bertauliah ayat itu umpama pedang yang menghunus terusan ke hati aku. Tidak cukup dengan itu, hati aku terus terasa seperti dihiris-hiris. Bagaikan tukang jual daging sedang menyiat-nyiat kulit binatang sembelihannya, lalu daging yang segar itu dihiris halus-sehalusnya. Perit sekali.                “Kalau kau pegang dua perkara ni, takkan susah untuk kau senang.” Sambungnya lagi. Walaupun pada masa itu hous...