Skip to main content

Cerpen 5: Berubah Siri III

                 

              Kelihatan dari cermin tingkap kereta, rumah yang orang tua Haris dikunjungi oleh ramai sanak saudara dan sahabat handai bagi meraikan Haris dan isterinya yang menjadi Raja Sehari. Saiful yang baru sampai bersama Fahmi serta Kak Nita dan anak-anak mereka mula turun dari kereta. Kelihatan semua bekas housmatenya berkumpul bersama-sama di suatu sudut. Mereka terleih dahulu sampai. Saiful berjalan menuju ke arah mereka dan menyapa mesra.

                Setelah dia berubah tiga tahun dahulu, dia mula menjadi rapat dengan teman serumahnya dan tidak janggal lagi bersama mereka. Walaupun sudah meninggalkan rumah itu setelah habis belajar dan mula bekerja, Saiful masih menghubungi mereka malah kadang-kadang dia mengambil kesempatan untuk tidur di rumah itu pada hujung minggu untuk menjalankan aktiviti bersama mereka seperti qiamullal usrah dan mendaki bukit.

                Fahmi dan Nita sibuk malayan anak-anak mereka yang kelaparan. Mereka terus menuju ke arah khemah yang disediakan untuk makan. Riang melihat gelagat anak-anak mereka yang kadang-kadang menunggu ibunya menyuapkan makanan, selepas disuap, mereka berlari berkejaran. Begitulah berulang-ulang sehingga nasi yang Nita ambil untuk mereka habis.

                Saiful kini mula bergerak untuk berjumpa dengan sahabatnya, Haris. Sedang berjalan, matanya tertumpu pada Haris yang kereorangan berada tidak jauh darinya sambil melayan tetamu yang hadir. Haris kelihatan sibuk melayan tetamu dan tidak sedar akan kehadiran Saiful.

                Liar mata Saiful mencari pengantin perempuan yang menjadi permaisuri di hati temannya itu. Sedang dia mencari, matanya tiba-tiba tertumpu pada sosok tubuh seseorang.

                'Tidak mungkin...' Hatinya menafikan apa uang dilihatnya.
               

......


                "Abang jom kita balik." Ajak Saiful kepadaFahmi.

                "Eh, kenapa cepat sangat. Dah jumpa Saiful ke? Abang dengan kak Nita belum sempat jumpa dia lagi." Terkejut Fahmi apabila mendengar suara Saiful yang tiba-tiba muncul dari belakangnya. Kelihatan di mata Saiful, dia sedang resah sekarang.

                "Jomlah. Pleasee..." Mata Saiful mula merah. Kelopak matanya mula ditakungi air. Fahmi yang melihatnya tidak jadi bertanya lebih. Diikut sahaja kehendak adiknya itu. Hajatnya ingin bertemu dengan Haris juga tidak dapat. Mereka terus menuju ke kereta.

                Ring..Ring... Ring....

                Telefon bimbit Saiful berdering. Dia melihat nama di skrin telefonnya. Kemudian dibiarkan sahaja tidak menjawab. Fahmi yang sedang memandu di sebelahnya berasa pelik dengan sikap Saiful itu. Beberapa kali telefonnya berdering, namun dibiarkan sahaja.

                Beberapa ketika, telefonnya pula berdering. Kelihatan di skrin telefon tertera nama Haris.

                "Assalamualaikum, Haris."

                Kelihatan Saiful tersentak lalu memandang Fahmi dengan wajah yang terkejut.

                "Wa'alaikummussalam. Abang Fahmi dan Saiful dimana? Fairuz cakap tadi Saiful ada beritahu yang dia ingin bertemu saya. Tapi saya mencari-cari dia tadi. Tak jumpa pun." Terang Haris panjang lebar.

                Fahmi mengerling ke arah Saiful di sebelahnya. Kelihatan Saiful terkejut dan agak terkilan. Fahmi pada mulanya menyangka bahawa adikknya itu sudah ketemu dengan Haris. Namun sangkaannya meleset.

                "Oh, maaf Haris. Kami ada hal kecemasan ni. Jadi, terpaksa pulang awal. Maaf sebab tak sempat berjumpa. Lain kali ye kita berjumpa." Jawab Fahmi tanda faham akan situasi yang berlaku. Dia tidak bertanya lebih kepada Saiful.

'Nantilah. Tunggu masa yang sesuai untuk berbincang' getus hatinya.


.....


                Indah suasana malam ini. Saiful bergerak menuju ke balkoni rumahnya. Melihat keindahan kerlipan bintang di angkasa yang luas. Badannya dibongkokkan pada pagar balkoni yang setinggi paras pinggangnya itu. Baru tadi dia mengkhatamkan bacaan al-Qurannya. Selepas solat Isyak, dia menunaikan solat sunat taubat. Dia merintih dan mengadu kepada Tuan Empunya langit dan bumi bagi mengurangkan kesedihan di hatinya. Hatinya bagaikan dihempap gunung. Hancur dan kecewa
.
                Dia cuba menafikan apa yang dilihatnya sewaktu walimah sahabatnya itu. Saiful menghembuskan nafas berat. Dia tidak tahu mahu buat apa. Dirinya cuba menafikan apa yang dilihatnya. Namun kenyataan itu lebih pedih dari angan-angannya.

                Sedang Saiful termenung, bahunya disentuh perlahan.

                "Abang!" Fahmi pada mulanya hanya memerhatikan Saiful dari belakang mula menegur adiknya itu.

                "Cantik betul langit malam ini." Fahmi menegur adiknya. Dia tidak mahu terus kepada topik yang ingin dia tanya kepada Saiful.

                "Yelah. Teringat dulu arwah ummi dan walid selalu minum teh panas waktu-waktu macam ni." Suasana malam itu membuatkan Saiful teringat akan arwah ummi dan walidnya. Mereka sering menemani ummi dan walid menjamu teh waktu malam sambil bercerita tentang apa yang mereka lakukan sehingga larut malam. Teringat juga dia waktu yang sama apabila dia mula rapat dengan Haris. Melalui perbualan mereka ketika berada di rumah sewa dulu.

                Kini ianya tinggal kenangan. Waktu itu tidak akan kembali semula. Kenangan itu membuatkan hati Saiful semakin lara. Ingin sekali dia meraung dan menangis sepuas-puasnya namun, itu bukanlah perkara yang wajar dilakukan. Dia lantas tersenyum. Mengelamun memikirkan sekiranya dia bersikap begitu di hadapan orang. Meskipun hanya di hadapan abangnya.

                "Kenapa kau tersenyum-senyum ni? Fikirkan siapa ni?" tegur Fahmi apabila dia melihat senyuman Saiful melirik di bibirnya.

                "Eh takde apa-apala bang. Teringatkan arwah ummi dan walid je. Saat kita gembira bersama mereka dulu."

                "Oh. Ingatkan pasal apa tadi." Mereka berdua mula berdiam. Fahmi tidak tahu bagaimana mahu bertanya pada Saiful apa yang sebenarnya berlaku pada pagi tadi.

                "Abang." Saiful memanggil Fahmi.

                "Apa dia?"

                "Saiful tahu abang tentu tertanya-tanya tentang kejadian tadi. Betul tak."

                Tekaan Saiful amat tepat. Tidak perlu lagi Fahmi berselindung dan memerah otak untuk berfikir cara memulakan perbualannya tentang kejadian yang berlaku di rumah Haris siang tadi.

                Fahmi mula menghadap Saiful. Dia ingin benar tahu apa yang sebenarnya berlaku tadi. Fahmi fokus kepada Saiful agar dia mendengar setiap butir perkataan yang akan Saiful sampaikan

                "Saiful harap...." katanya. Saiful berhenti lalu menghembuskan nafas berat.

                "Saiful harap abang tidak kisah sekiranya Saiful tidak beritahu abang apa yang sebenarnya berlaku." Perkataan terakhir yang dilontarkan oleh Saiful membuatkan Fahmi tercengang.

                Saiful meninggalkan Fahmi dengan tanda tanya. Perlahan-lahan Saiful bergerak masuk ke bilik. Dia menjatuhkan diri di atas katil yang empuk. Hatinya menafikan bahawa apa yang dilihatnya. Wanita yang selama ini dia cintai yang menjadi misteri di dalam hatinya telah menjadi permaisuri hati sahabatnya. Apa yang dia lihat pada majlis itu, wanita tersebut berjalan ke arah Haris yang sedang bermesra bersama sahabatnya yang lain lalu disapa oleh wanita tersebut. Baju mereka kelihatan warna yang sama. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa wanita itu telah menjadi permaisuri hati Haris.


                Saiful menutup matanya dengan lengan. Berharap bahawa air matanya akan berhenti. Matanya mula kuyu. Dia mengantuk. Air mata Saiful masih bergenang ketika dia mulai tertidur.

Comments

Popular posts from this blog

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu membawa rahmat ke seluruh alam dengan Islam ( rahmatan lil 'alamin )                 Menyelami susur galur pemerintahannya dengan lebih m

Lebuhraya Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim.... Kini sudah dua bulan aku berada di rumah. Cuti semester yang aku lalui, tidak kugunakan dengan baik. Cuti penggal semakin habis. Kini, bagi diriku, tiada alasan lagi untukku lengahkan masa dengan buat perkara yang remeh dan tidak mendatangkan  berfaedah. Bukan masanya. Untuk aku menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia. Bukan masanya untuk aku bersuka ria. Aku ada tugas yang lebih besar untuk aku capai. Aku ada impian yang lebih tinggi untuk dikejar. Aku ada amanah yang lebih berat untuk dipikul. Fikiranku mula ligat semula. Untuk mencari inspirasi yang hilang. Untuk mencari kemahiran yang kian pudar. Untuk mencari kejernihan akal yang kian keruh.  Agar masaku tidak dipersiakan. Agar kudratku digunakan sebaik mungkin. Agar usiaku dicurahkan kepada kebenaran. Agar diriku tidak menyesal di kemudian hari . Kehidupan ini kuibaratkan seperti lebuhraya. Manusia kuibaratkan seperti pemandu kenderaan yang pelbagai yang melalui lebuhraya

A Credit to ....

Assalamualaikaum wbt. Alhamdulillah this blog finally ready for me to have a writing, sharing dan delivering beneficial informations and articles.  I'm welcoming all to visit my blog and have a sharing here. A credit to my sister that spend her time to set up this blog and conributing ideas for blog address and title. 'Untaian Kasih Ilahi' have a deep mean.. . Subhanallah and thak you very much. I love you sis...