Skip to main content

Peribadi Diri Cermin Islam

Apa yang anda rasa kalau meja study anda macam ni ketika sedang belajar???


                   Aduh... sakit kepala saya tengok walaupun meja sendiri. Nampak sangat x konsisten dalam menjaga kekemasan dan kebersihan. Teringat apa yang sahabat saya cakap sewaktu di matrik: "Kita ni orang Islam, perlu tunjuk contoh dan teladan yang baik. Kebersihan dan kekemasan perlu dijaga. Juga dari segi semua aspek.

                 Dari segi akademik juga perlu berterampilan baik untuk mengekalkan rasa izzah (bangga berada dalam Islam) pada non-Muslim. Menunjukkan Islam adalah agama yang terbaik." Apa yang sahabat saya cakap memang betul. Setiap Muslim itu mem"publish"kan Islam di mata orang lain. Non-Muslim biasanya akan menilai Islam itu melalui perbuatan dan tingkah laku orang Islam, meskipun bagi kita Islam itu bukan pada orang namun pada ajaran agamanya.
 
                 Seringkali Islam ini disalahtafsir oleh Non-Muslim disebabkan sikap orang Islam itu sendiri yang tidak menjadikan agama sebagai pedoman hidupnya. Juga tidak ingin menjadikan Islam sebagai cermin peribadi dan akhlaknya. Di negara-negara luar, terutamanya di negara yang terdiri daripada orang bukan Islam telah mengamalkan Islam yang sebenar walaupun dari segi akidahnya tidak. Malu pada diri sendiri kerana menganuti Islam namun kurang mengamalkannya. Orang non-Muslim pun takkan tertarik dengan Islam disebabkan sikap orang Islam yang acuh tak acuh dalam mengamalkan Islam itu sendiri.

                 Well, the lesson from this is.... Sentiasalah menjaga akhlak dan adab dalam semua segi kehidupan agar kita dipandang sebagai model yang layak membawa Islam. Because, Islam is the best way of life..

Comments

Popular posts from this blog

SANG KOPI DAN BISKUT KERING..

Matahari terik jelas terasa. Sedang orang ramai bergegas mengejar dunia yang tidak pernah henti malah jarang sekali untuk menoleh, kelihatan seorang lelaki berusia lebih dari separuh abad yang memakai pakaian lusuh serta topi berwarna hijau tua sedang mengayuh beca tuanya secara perlahan-lahan. Matanya meliar-liar sekeliling, tercari-cari sekiranya ada insan yang sudi untuk menjadi pelanggannya, menaiki beca tuanya yang sekian hari dimamah karat. Sesekali dia mengelap air peluh dari dahinya yang mengalir jatuh ke pipi dengan sapu tangan yang di sidai di atas bahunya. Hampir separuh harinya berpusing-pusing sekitar bandaraya, menagih pelanggan yang tidak kunjung tiba. Apabila kepenatan menyinggah, lelaki tua itu berehat sebentar di bawah pepohonan teduh bagi mengembalikan semula kudrat tuanya. Apabila petang menjelma, si tua tersebut kembali semula kerumahnya. Si isteri tetap setia menunggu di balik pintu. Menyediakan air kopi panas untuk diminum berserta biskut kering me...

Islam dan Sains: Belajar dari Pepatung

Sumber utama: Berfikirlah Sejak Anda Bangun Tidur Karya:          Harun Yahya       Topik ini sangat menarik untuk dikupas. Al-kisahnya sendiri disebut dalam al-Quran. Perumpamaannya adalah seperti lalat. Mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.      “Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah” (QS. Al-Hajj, 22: 73)      Kenapa dikatakan hampir sama?      Persoalan yang memang sepatutnya kita tanya pada diri sendiri. Kalau tiada rasa ingin tahu dalam diri maka tidak bergunalah akal yang Allah berikan kepada manusia. ...

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu...