Skip to main content

Kenangan




Di kala malam yang kelam. Hujan merintik-rintik gugur ke bumi. Membasahi setiap makhluk yang berada di dalamnya. Memberi kehidupan kepada yang mati. Memberi kesegaran kepada yang layu. Memberi kelegaan pada yang haus. 

Sungguh nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?

Namun, kekadang hujan itu datang membawa kenangan. Kenangan yang indah berbaur kesedihan. Kenangan yang tidak pernah akan ku lupakan selama-lamanya. Ya.. Selama-lamanya.. 

Yang mengisahkan kehidupan kepada kematian. Kegembiraan kepada kesedihan. Dalam hidup ini, kematian itu sukar dijangka. 

Sungguh, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati...

Yang datang menjelma dengan tiba-tiba. Tidak kira umur, jantina dan latar belakang. Tidak kira sedia atau tidak. Semuanya sudah tersurat di Luh Mahfuz. Tanggal, hari, jam, minit dan detik... Tidak pernah lewat walau sesaat. Tidak pernah cepat  walau sesaat.

Kematianmu duhai sahabat, mengejutkan semua orang. Datangmu dalam hati kami memberi kegembiraan dan harapan. Pergimu memberikan ketabahan dan keredhaan dalam hati-hati yang pernah engkau sentuh. Aku tidak pernah menyangka. Engkau duhai sahabat selalu bergurau. Namun, dalam gurauanmu terselit seribu makna dan pengajaran. Bagi insan yang mengambil peduli. 

Aku tidak pernah menyangka engkau akan pergi dahulu. Dalam hati kami, engkau merupakan insan yang istiqamah dalam perjuanganmu. Ikhlas dalam gerakanmu. Meskipun ada unsur kelakar dalam dirimu, tidak pernah pun engkau bermain-main dalam perjuanganmu.. Demi Islam.. Ya Demi Islam.. Yang sering kita laungkan... Bersama-sama..

Benarlah kata-kata Kak Yana (Liyana Zafira): "Allah telah ambil insan yang paling tepat."

Kerana kehadiranmu menyentuh hati bagi setiap insan yang engkau kenali. Gurauanmu terngiang-ngiang di telinga kami. Kengkadang ketika bergerak kerja bersama-sama sahabat, berlaku keadaan yang agak tegang walau dengan sahabat sendiri. Namun, engkau... pengubat kepada hati-hati ini. Memberi ketenangan, meleraikan perselisihan, mendamaikan ikatan.

Pemergianmu, membuatkan kami semua berfikir kembali. Apa tujuan hidup ini? Berapa lama lagi masa yang kami ada? Berapa lama lagi Allah beri penjam nikmat di dunia ini? Sediakah kami untuk menghadapi mati? Kalau begitu, bagaimana pula dengan amal yang kami lakukan? Cukup atau tidak untuk berhadapan dengan Tuhan? 

Persoalan demi persoalan datang bertubi-tubi. Bertanya kepada hati. Namun engkau, Allah muliakan dengan kematianmu dalam keadaan engkau masih lagi tidur. Sungguh, aku sangat cemburu pada dirimu. Kerna bagiku, aku sendiri masih tidak tahu bagaimana pula pengakhiranku... 

Moga engkau tenang disana duhai sahabat. Berehatlah... Sesungguhnya masamu sudah tiba.. Tinggal lagi aku di belakang. Cuba berusaha sedaya upaya dalam perjuangan.. Moga kita jumpa lagi di syurga kelak... InsyaAllah


Al-Fatihah kepada:
Allahyarham Mohammad Shahfieq Bin Sabdin (1992-2014)
Mantan Presiden Sekreteriat Masjid 2012/2013
Universiti Malaysia Sabah,
Kampus Antarabangsa Labuan.







Comments

Popular posts from this blog

SANG KOPI DAN BISKUT KERING..

Matahari terik jelas terasa. Sedang orang ramai bergegas mengejar dunia yang tidak pernah henti malah jarang sekali untuk menoleh, kelihatan seorang lelaki berusia lebih dari separuh abad yang memakai pakaian lusuh serta topi berwarna hijau tua sedang mengayuh beca tuanya secara perlahan-lahan. Matanya meliar-liar sekeliling, tercari-cari sekiranya ada insan yang sudi untuk menjadi pelanggannya, menaiki beca tuanya yang sekian hari dimamah karat. Sesekali dia mengelap air peluh dari dahinya yang mengalir jatuh ke pipi dengan sapu tangan yang di sidai di atas bahunya. Hampir separuh harinya berpusing-pusing sekitar bandaraya, menagih pelanggan yang tidak kunjung tiba. Apabila kepenatan menyinggah, lelaki tua itu berehat sebentar di bawah pepohonan teduh bagi mengembalikan semula kudrat tuanya. Apabila petang menjelma, si tua tersebut kembali semula kerumahnya. Si isteri tetap setia menunggu di balik pintu. Menyediakan air kopi panas untuk diminum berserta biskut kering me...

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu...

Si Dia, Housemateku

“Dalam dunia ni, dua perkara kau perlu pegang untuk terus hidup, pandai cari peluang dan rajin.” Nasihat housemate ku. Aku yang kusyuk makan di nasi ayam di gerai mula fokus terhadap apa yang housemate aku katakan. Kami bertiga yang sudah lama tidak duduk bersama, bercadang untuk makan bersama di kedai luar.                Ayat itu telah merasuk ke dalam jiwa batinku.Bagi aku yang berada di dalam dilema, menjadi penanam anggur yang tak bertauliah ayat itu umpama pedang yang menghunus terusan ke hati aku. Tidak cukup dengan itu, hati aku terus terasa seperti dihiris-hiris. Bagaikan tukang jual daging sedang menyiat-nyiat kulit binatang sembelihannya, lalu daging yang segar itu dihiris halus-sehalusnya. Perit sekali.                “Kalau kau pegang dua perkara ni, takkan susah untuk kau senang.” Sambungnya lagi. Walaupun pada masa itu hous...