Skip to main content

Membina Generasi acuan Quran

7 November 2013

Malam ni aku pergi ke ceramah Ustaz Syed Noor Hisyam Tuan Padang di masjid Al-Muttakin, Kerupang Labuan. Tajuknye pasal Maal Hijrah. Tapi, itu bukan topik yang aku nak citekan.


Topik yang the best adalah pasal masyarakat yang datang ke majlis ilmu ni. Aku boleh pujila for certain ibu bapa yang bawa anak-anak mereka untuk datang ke majlis ilmu ni. Anak yang dari kecil-sekecil bayi hinggalah besar sebesar gajah (hehehe.. sory hiperbola ckit). Anyway, bukan mudah nak ajar anak-anak sekarang untuk mencaintai majlis ilmu.

Ya, kebiasaan. itulah kunci bagi ibu bapa untuk mendidik anak-anak supaya biasa ke majlis ilmu. Bila tengok anak-anak kecil ni yang comel n tembam ni, hati aku berbunga-bunga. Mulai berangan, jika aku ada anak suatu hari nanti aku akan biasakan mereka dengan majlis-majlis ilmu seperti ni. Aku akan biasakan mereka dengan selalu singgah di kedai-kedai buku agar mereka biasa dengan pembacaan. Sungguh nak melahirkan generasi Quran pada zaman ni bukan mudah sebab akhir zaman no adalah zaman yang paling mencabar buat ummat. Moga saja aku, kau dan kita semua buat yang terbaik untuk mendidik anak-anak dengan acuan Al-Quran. Amiinnn...

Comments

Popular posts from this blog

SANG KOPI DAN BISKUT KERING..

Matahari terik jelas terasa. Sedang orang ramai bergegas mengejar dunia yang tidak pernah henti malah jarang sekali untuk menoleh, kelihatan seorang lelaki berusia lebih dari separuh abad yang memakai pakaian lusuh serta topi berwarna hijau tua sedang mengayuh beca tuanya secara perlahan-lahan. Matanya meliar-liar sekeliling, tercari-cari sekiranya ada insan yang sudi untuk menjadi pelanggannya, menaiki beca tuanya yang sekian hari dimamah karat. Sesekali dia mengelap air peluh dari dahinya yang mengalir jatuh ke pipi dengan sapu tangan yang di sidai di atas bahunya. Hampir separuh harinya berpusing-pusing sekitar bandaraya, menagih pelanggan yang tidak kunjung tiba. Apabila kepenatan menyinggah, lelaki tua itu berehat sebentar di bawah pepohonan teduh bagi mengembalikan semula kudrat tuanya. Apabila petang menjelma, si tua tersebut kembali semula kerumahnya. Si isteri tetap setia menunggu di balik pintu. Menyediakan air kopi panas untuk diminum berserta biskut kering me...

Islam dan Sains: Belajar dari Pepatung

Sumber utama: Berfikirlah Sejak Anda Bangun Tidur Karya:          Harun Yahya       Topik ini sangat menarik untuk dikupas. Al-kisahnya sendiri disebut dalam al-Quran. Perumpamaannya adalah seperti lalat. Mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.      “Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah” (QS. Al-Hajj, 22: 73)      Kenapa dikatakan hampir sama?      Persoalan yang memang sepatutnya kita tanya pada diri sendiri. Kalau tiada rasa ingin tahu dalam diri maka tidak bergunalah akal yang Allah berikan kepada manusia. ...

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu...