Skip to main content

Lebuhraya Kehidupan


Bismillahirrahmanirrahim....

Kini sudah dua bulan aku berada di rumah. Cuti semester yang aku lalui, tidak kugunakan dengan baik. Cuti penggal semakin habis. Kini, bagi diriku, tiada alasan lagi untukku lengahkan masa dengan buat perkara yang remeh dan tidak mendatangkan  berfaedah.

Bukan masanya. Untuk aku menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia. Bukan masanya untuk aku bersuka ria. Aku ada tugas yang lebih besar untuk aku capai. Aku ada impian yang lebih tinggi untuk dikejar. Aku ada amanah yang lebih berat untuk dipikul.

Fikiranku mula ligat semula. Untuk mencari inspirasi yang hilang. Untuk mencari kemahiran yang kian pudar. Untuk mencari kejernihan akal yang kian keruh.

 Agar masaku tidak dipersiakan. Agar kudratku digunakan sebaik mungkin. Agar usiaku dicurahkan kepada kebenaran. Agar diriku tidak menyesal di kemudian hari
.
Kehidupan ini kuibaratkan seperti lebuhraya. Manusia kuibaratkan seperti pemandu kenderaan yang pelbagai yang melalui lebuhraya kehidupan. Antara kepelbagaian kenderaan, yang mana satu akan aku pilih?
Pilihanku adalah menjadi pemandu lori yang penuh muatannya. Persoalan yang mungkin ditanya oleh sahabat sekalian.

" Kenapa memilih menjadi pemandu lori yang penuh muatannya? Kenapa tidak seperti kereta mewah. Yang mempunyai daya tahan yang tinggi. Boleh saja untuk diriku memecut laju dan sampai ke destinasi dengan cepat."

Bagiku kehidupan bukan hanya untuk tujuan menuju ke destinasi dengan segera. Tetapi kehidupan ini adalah untuk mengutip hikmah dalam kehidupan untuk mencapai ke destinasi dengan lebih selamat.
Aku lebih memilih untuk menjadi pemandu lori kerana bagi diriku, muatan yang dibawa oleh lori itu diibaratkan sebagai ilmu dan amalan bagi persiapan diriku untuk sampai ke destinasi (akhirat).

Muatan yang ku bawa (ilmu & amal) juga tidak hanya berfaedah kepada diriku, namun berfaedah kepada orang lain juga jika ianya ku kongsikan bersama dan mereka memanfaatkannya untuk kehidupan mereka.
Walaupun terkadang memandu lori amatlah lambat untuk sampai ke destinasi, malah seringkali dipintas oleh kenderaan lain yang lebih laju di lebuhraya, namun jalan yang ku pilih adalah untuk lebih selamat bagi diriku dan juga orang lain. Kerana seorang Mukmin itu perlu mempunyai sifat berhati-hati dan tidak terburu-buru.

Bagiku menjadi seorang pemandu lori yang amat beretika akan memberi manfaat yang banyak kepada diriku dan orang lain malah menjadi jalan untuk membina Khilafah Islamiyah. Namun begitu, ada juga dalam kalangan orang yang mempunyai ilmu, memudaratkan orang lain kerana menyalahgunakan ilmunya kepada jalan yang buruk seperti lori yang penuh muatannya memudaratkan orang lain kerana pemandunya tidak berhati-hati ketika memandu di jalan raya.

Di atas lebuhraya kehidupan aku memandu. Untuk mencapai impianku. Seperti orang lain yang mengharapkan redha Tuhannya. Begitu juga aku. Oleh itu, pilihanku adalah yang terbaik buat diriku. Anda pula bagaimana?




Comments

Popular posts from this blog

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu membawa rahmat ke seluruh alam dengan Islam ( rahmatan lil 'alamin )                 Menyelami susur galur pemerintahannya dengan lebih m

A Credit to ....

Assalamualaikaum wbt. Alhamdulillah this blog finally ready for me to have a writing, sharing dan delivering beneficial informations and articles.  I'm welcoming all to visit my blog and have a sharing here. A credit to my sister that spend her time to set up this blog and conributing ideas for blog address and title. 'Untaian Kasih Ilahi' have a deep mean.. . Subhanallah and thak you very much. I love you sis...