Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

NASIHAT SEORANG ULAMA'

Nasihat Yahya bin Mu;adz :     Dalam diri anak Adam terdapat seribu keburukan. Syaitan amat suka pada keburukan itu. Oleh itu, apabila seseorang itu melaparkan perutnya, mengeringkan tekaknya dan menjinakkan hawa nafsunya, menjadi keringlah tiap anggotanya kerana terbakar api kelaparan dan syaitan pun lari daripada naungannya. Akan tetapi, apabila perutnya kenyang dan dia membiarkan dirinya berenang dalam kesenangan syahwatnya, sesungguhnya angggota-anggota tubuhnya menjadi basah dan syaitan dapat menguasainya.     Apabila seseorang diuji dengan banyak makan, para malaikat menangisinya kerana kasihan kepadanya, barangsiapa yang diuji dengan senang makan, maka sesungguhnya dia telah menyalakan api syahwatnya.     Rasa kenyang bagaikan sungai dalam tubuh manusia yang suka didatangi syaitan dan rasa lapar bagaikan sungai dalam roh manusia yang suka didatangi para malaikat. Syaitan kalah dengan orang yang lapar lagi tidir, maka terlebih lagi kalahnya oleh orang lapar yang bangun.

TIPS MENCAPAI KESENANGAN DAN MENGHINDARI KERESAHAN

 Umar r.a pernah berkata : siapa yang meninggalkan calap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kebijaksanaan siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan, dikurniakan kepadanya kekusyukan hati. siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan. dianugerahi kepadanya kehebatan dalam dirinya. siapa yang meninggalkan makan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kelazatan beribadah. siapa yang meninggalkan gurauan, dianugerahi kepadanya keindahan budi bahasanya. siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, dianugerahi kepadanya cinta kepada akhirat. siapa yang meninggalakn kesibukan menghitung aib orang lain, dianugerahi kepadanya kesempatan untuk memperbaiki dirinya sendiri. siapa yang meninggalkan menyelidiki tentang bagaimana keadaan Allah SWT, maka dia akan dianugerahi keselamatan dari iktikad orang munafik.. Wallahu'alam....

INDAHNYA BERSAHABAT

      Teringat saya ketika di Matrikulasi. Sebelum menduduki kertas exam yang terakhir,kami telah merancang mengadakan rehlah yang terakhir sebelum kami berpisah. Sangat sayu ketika itu mengingatkan bahawa kami akan berpisah setelah setahun bersama. Dalam rehlah ini, sahabat saya, Mubsirah telah menyampaikan pengisian berkaitan dengan ukhwah antara Nabi SAW dan para sahabat. Penyampaiannya sangat santai, namun dapat menyentuh hati-hati yang hadir ketika itu. Pengisian tersebut telah diselangi dengan bergurau senda, tetapi apa yang disampaikan kami dapat menyelami dengan baik. Sungguh saya cemburu akan sahabat saya yang seorang itu. Dia pandai berkata-kata sehingga tiada sesiapa pun yang akan mencelah bila dia mula berucap. Semuanya kusyuk mendengar. Bagi saya dia adalah seorang murobbiah yang baik.          Ketika itu dia telah menceritakan tentang kasihnya para sahabat kepada Nabi sehingga mereka sanggup mengorbankan nyawa mereka demi orang yang disayangi. Itulah orang yang me

IQRA'

        “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, yang mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak ia ketahui”. (surah al-‘Alaq, 96:1-5).          Turunnya (surah) ini sebagai surah yang pertama diturunkan dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW sebagai tanda bahawa Nabi SAW akan dilantik sebagai Rasul melalui perantaraan malaikat Jibrail as. Wahyu sulung ini menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca yang menjadi kunci kepada segala ilmu pengetahuan. Dengan sebab ini juga saya ingin mengemukakan isu ini sebagai isu pertama yang saya sentuh dalam artikel dalam blog saya ini untuk menyeru semua ummat manusia untuk membaca.             Satu persoalan yang ingin saya kemukakan dan persoala ini juga merupakan satu persoalan yang sering bermain di minda kita. Persoalannya alah kenapa Allah turunkan surah al-‘Alaq ini sebagai su