Skip to main content

REVOLUSI TRUMP KEPADA AMERIKA


               Seperti kisah-kisah dongeng yang ditayangkan di kaca televisyen, Donald Trump berlagak seperti hero yang menyelamatkan rakyat jelata dari serangan musuh yang ganas dan tidak berperikemanusiaan dengan memberi cadangan bahawa Muslim tidak akan dibenarkan untuk memasuki mana-mana wilayah Amerika.


               Malah lebih mengejutkan bahawa beberapa tindakan beliau yang turut menghalau beberapa orang yang ‘tidak sekufu’ dengannya keluar dari dewan perucapan beliau jelas sekali menunjukkan tahap racist beliau terhadap non-white skin dan Muslim.

               Tidak cukup dengan itu, Donald Trump yang terkenal dengan kejayaannya dalam bidang perniagaan mulai masuk ke arena  politik pada tahun lalu telah menunjukkan satu sikap yang tidak sepatutnya ada dalam diri seorang pemimpin. Memberi kenyataan-kenyataan yang berbaur racist malah menunjukkan layanan yang tidak sama terhadap sesama manusia dengan membezakan warna kulit dan agama membuatkan ramai masyarakat yang bersikap racist mula menunjukkan diri dan bertindak dengan lebih agresif terhadap orang yang diklasifikasikan sebagai ‘tidak sekufu’ dengan mereka.

               Namun, disebalik kenyataan beliau, kita boleh dapati bahawa masih ramai lagi yang bersikap terbuka mendokong Islam dan non-white skin. Malah presiden Amerika, Obama sendiri telah mengecam Donald Trump dengan mengeluarkan penyataan bahawa Donald Trump tidak layak untuk menjadi pemimpin.

               Setelah kenyataan Donald Trump dikeluarkan, ramai rakyat Amerika yang beragama Islam serta non-white skin menampilkan diri membantah calon Presiden tersebut termasuklah orang yang mempunyai pengaruh besar di Amerika sendiri seperti Allahyarham Muhammad Ali dan Will Smith.


               Dalam keadaan dunia yang semakin mencabar bagi Muslim, masih ada yang tetap teguh berdiri membela agama yang murni ini, bukan sahaja dari Muslim sendiri, malah non-Muslim juga turut sama-sama membela nasib Muslim di seluruh dunia. Dugaan itu akan sentiasa ada, namun bagi hatri-hati yang kental, kepercayaan mereka tidak akan pernah terpengaruh dengan keadaan sekeliling kerana mereka tahu bahawa janji Allah itu benar. 

Comments

Popular posts from this blog

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu...

Islam dan Sains: Belajar dari Pepatung

Sumber utama: Berfikirlah Sejak Anda Bangun Tidur Karya:          Harun Yahya       Topik ini sangat menarik untuk dikupas. Al-kisahnya sendiri disebut dalam al-Quran. Perumpamaannya adalah seperti lalat. Mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.      “Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah” (QS. Al-Hajj, 22: 73)      Kenapa dikatakan hampir sama?      Persoalan yang memang sepatutnya kita tanya pada diri sendiri. Kalau tiada rasa ingin tahu dalam diri maka tidak bergunalah akal yang Allah berikan kepada manusia. ...

IQRA'

        “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, yang mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak ia ketahui”. (surah al-‘Alaq, 96:1-5).          Turunnya (surah) ini sebagai surah yang pertama diturunkan dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW sebagai tanda bahawa Nabi SAW akan dilantik sebagai Rasul melalui perantaraan malaikat Jibrail as. Wahyu sulung ini menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca yang menjadi kunci kepada segala ilmu pengetahuan. Dengan sebab ini juga saya ingin mengemukakan isu ini sebagai isu pertama yang saya sentuh dalam artikel dalam blog saya ini untuk menyeru semua ummat manusia untuk membaca.             Satu persoalan yang ingin saya kemukakan dan persoala ini juga ...