Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Ramadhan...

Kau... kau datang setahun sekali Membawa rahmat dan barakah, Buat umat yang selalu leka, Kau.. Hadirmu menjadi penyeri, Dinanti-nanti oleh semua mukmin,, Kau dihiasi dengan pahal yang berganda, Dek ibadat yang hanya khusus pada waktumu, Kau... Aku mencintaimu, Sering membuat jiwaku teruja, Untuk meniti hari bersamamu, Kau... Pabila kau hadir, Seluruh pintu neraka ditutup serapatnya, Segala iblis, jin dan syaitan dikurung, Dan Allah membuka pintu syurga seluas-luasnya buat hambanya. Kau... Kehadiranmu membuatkan hatiku teruja,  meningkatkan amal buat menambah pahala, Memudahkan hati menyingkir amalan mungkar, Sungguh bertambah takwa bagi hati yang tidak pernah menyiakanmu. Jangan kau pergi, Kerna pergi bererti satu rahmat yang besar hilang, Pergimu memudahkan hatiku goyah dek hasutan, Imanku menjjadi pasang surut dan berombak, Dek hasutan nafsu dan syaitan yang sering menggangu, Harapanku..  Agar kau kembali

Untukmu Sahabat...

Sahabat1: Sifat Umar al Khattab

Rujukan: Belajar Dari Dua Umar    Ali lelaki yang penuh ilmu dengan pemahaman mendalam, sekaligus periang dan penuh kelakar.    Demikianlah Umar Al-Khattab menyifatkan Ali. Umar, meskipun memiliki firasat yang tajam, bukanlah orang yang sekilas lalu memberikan penilaian. Umar memiliki tiga ukuran untuk mengenali sifat sebenar seseorang.    Satu saat ketika seseorang memuji kawannya dalam persaksian sebagai orang baik, Umar bertanya kepadanya, "Apakah engkau pernah memiliki hubungan dagang atau hutang-piutang dengannya sehingga engkau mengetahui sifat jujur dan amanahnya?”    “Belum,” jawabnya ragu.    “Pernahkah engkau berselisih perkara dan bertengkar dengannya sehingga tahu dia tidak fajir kala berbantahan?”    “Emm, juga belum…”    “Pernahkah engkau berpergian dengannya selama sepuluh hari sehingga telah habis kesabarannya untuk berpura-pura lalu kamu mengenali watak-watak aslinya?”    “Itu, itu juga belum”    “Kalau begitu pergilah engkau,

Cerpen 4: Kencang

Rujukan: Surah Al-'Adiyat                 "Sofea, jom kita pergi solat tarawih sama-sama." ajak Aliaa. Sofea yang dari tadi tekun menekan butang-butang di komputer ribanya. Berkerut-kerut dahinya menyiapkan laporan yang perlu dihantar kepada majikannya esok pagi. Matanya merah menandakan Sofea dari tadi menahan rasa mengantuk. Air nescafedalam mug kesayangannya yang berada di sisi komputer riba diambil lalu diteguk perlahan-lahan. Panas..                 " Kau pergilah. Aku nak siapkan laporan ni. Esok mesti ada atas meja bos aku ni." jawabnya tanpa menoleh ke arah Aliaa.                 Mereka berdua baru selesai solat isyak berjemaah. Begitulah kehidupan seharian mereka. Kalau berkelapangan, mereka akan solat berjemaah dan sering memberi tazkirah antara satu sama lain. Aliaa pada awalnya bersedia solat tarawih hanya berdiri memandang Sofea. Dia mula bergerak dan duduk di samping Sofea buat beberapa ketika.                 "E

Cerpen 3: Dunia Baru

                   "Encik Ali, ada apa-apa yang perlu saya lakukan?" ujar Lia kepada penyelianya.                 "Setakat ni masih belm ada lagi. Kamu duduk dulu.Biasakan diri dengan tempat dan berkenalan dengan pekerja-pekerja di sini dulu. Kalau ada tugasan saya akan beri." jawab Encik Ali.                 Rasa janggal menyelinap dalam diri. Lia dudk di meja yang telah disediakan untuknya. Melihat keadaan sekeliling yang agak sibuk Lia merasa dirinya seperti tunggul dan batu yang tidak boleh buat apa-apa dan membatu di tempatnya.                     'Tak tahu nak buat apa...' fikirnya.                 Tidak lama kemudian, Lia mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya. Buku nota yang dibaluti dengan kulit yang berwarna hijau susu. Dia membuka butang yang terdapat di sisi buku tersebut lalu mengeluarkan sebatang pen biru dari sisi bukunya itu. Buku itu dibawa kemana-mana sahaja bagi menjadi peringatan bagi pengurusan yang penting buat