Skip to main content

Motivasi 1: Focal Point


Al-Kisah

     Pernah suatu ketika, timbul masalah teknikal yang serius di salah sebuah logi kuasa nuklear. masalah itu menyebabkan janaan kuasa menjadi perlahan dan menyusutkan keefisienan seluruh operasi.

       Walaupun sudah mencuba sedaya upaya, jurutera-jurutera ligi tidak berjaya mengenal pasti dan menyelesaikan masalah teknikal tersebut. Oleh itu, mereka bersepakat untuk mendapatkan bantuan konsultan termuka dalam bidang pembinaan dan kejuruteraan logi kuasa nuklear bagi memeriksa di mana punca masalahnya. Konsultan itu tiba lantas memakai kot putihnya bagi memulakan kerja. Selama dua hari beliau berjalan merata-rata di bahagian logi dan meneliti beratus-ratus dail dan tolok di bilik kawalan lalu membuat catatan dan kiraan.

       Pada penghujung hari kedua, beliau mengambil sebatang pen dari poketnya, langsung memnjat tangga dan meletakkan tanda pangkah "X" besar-besar pada salah satu tolok yang ada disitu.

      "Ini adalah punca masalahnya." kata beliau. "Baiki dan gantikan alat yang bersambung pada meter ini dan masalah akan selesai."

      Beliau pun menanggalkan baju lindungnya, memandu kereta menuju lapangan terbang  dan berlepas pulang. Jurutera-jurutera membuka tolok itu dan mendapati, mmang batul alat itu yang menjadi punca masalah. Ia terus dibaiki dan logi itu kembaloi beroperasi pada kapasiti penuh.

      Kira-kira seminggu kemudian, pengurus logi itu menerima bil daripada konsutan berumlah RM40,000 bagi "perkhidmatan yang diberikan."

         Pengurus logi terkeut dengan jumlah bil itu meskipun logi ini bernilai jutaan dolar dan masalah teknikal itu menyebabkan kerugian besar dari segi kapasiti penjanaan tenaga Lagipun fikirnya konsultan itu datang , berdiri tercegat-cegat di situ selama dua hari , meletakkan tanda 'X' hitam pada salah satu tolok disitu kemudian pulang. Bayaran sebanyak RM40,000 nampaknya melampau bagi umlah sekecil ini.

        Bebrapa hari kemudian, pengurus logi menerima invois baru daripada konsultan itu Pada invois itu tertulis "Kera memangkah 'X' pada tolok=RM4 Tahu tolok mana yang patut dipangkah 'X'= RM39,996"


Kesimpulan

      'X' yang dibicarakan ini diibaratkan seperti titik fokus kita.  Ibaratnya apabila kita meletakkan sedaya upaya dalam menyelesaikan masalah dengan mencari punca utama masalah tersebut, membolehkan kita menyelesaikan masalah dengan mudah dan lebih cekap. Dalam hidup setiap insan yang ada di muka bumi ini mempunyai titik fokus yang boleh mencorakkan diri kita menadi apa yang kita inginkan Sekiranya kita tahu meletakkan tanda 'X' dalam hidup kita bagi mencari permasalahan yang menambat diri dari berjaya,, maka tidak ada perkara yang boleh menghalang kemaraan kita dengan kuasa Allah

        Bukankah Allah telah berfirman bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaun itu sendiri yang tidak mahu mangubahnya..

       Carilah titik fokus dalam diri kita yang membolehkan diri kita mengawal diri untuk menuju kearah kejayaan. Hati kita yang perlu mengawal tindakan, bukan tindakan yang mengawal kehidupan kita. fikir-fikirkanlah..

Wallahu'alam....

Comments

Popular posts from this blog

SANG KOPI DAN BISKUT KERING..

Matahari terik jelas terasa. Sedang orang ramai bergegas mengejar dunia yang tidak pernah henti malah jarang sekali untuk menoleh, kelihatan seorang lelaki berusia lebih dari separuh abad yang memakai pakaian lusuh serta topi berwarna hijau tua sedang mengayuh beca tuanya secara perlahan-lahan. Matanya meliar-liar sekeliling, tercari-cari sekiranya ada insan yang sudi untuk menjadi pelanggannya, menaiki beca tuanya yang sekian hari dimamah karat. Sesekali dia mengelap air peluh dari dahinya yang mengalir jatuh ke pipi dengan sapu tangan yang di sidai di atas bahunya. Hampir separuh harinya berpusing-pusing sekitar bandaraya, menagih pelanggan yang tidak kunjung tiba. Apabila kepenatan menyinggah, lelaki tua itu berehat sebentar di bawah pepohonan teduh bagi mengembalikan semula kudrat tuanya. Apabila petang menjelma, si tua tersebut kembali semula kerumahnya. Si isteri tetap setia menunggu di balik pintu. Menyediakan air kopi panas untuk diminum berserta biskut kering me...

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu...

Si Dia, Housemateku

“Dalam dunia ni, dua perkara kau perlu pegang untuk terus hidup, pandai cari peluang dan rajin.” Nasihat housemate ku. Aku yang kusyuk makan di nasi ayam di gerai mula fokus terhadap apa yang housemate aku katakan. Kami bertiga yang sudah lama tidak duduk bersama, bercadang untuk makan bersama di kedai luar.                Ayat itu telah merasuk ke dalam jiwa batinku.Bagi aku yang berada di dalam dilema, menjadi penanam anggur yang tak bertauliah ayat itu umpama pedang yang menghunus terusan ke hati aku. Tidak cukup dengan itu, hati aku terus terasa seperti dihiris-hiris. Bagaikan tukang jual daging sedang menyiat-nyiat kulit binatang sembelihannya, lalu daging yang segar itu dihiris halus-sehalusnya. Perit sekali.                “Kalau kau pegang dua perkara ni, takkan susah untuk kau senang.” Sambungnya lagi. Walaupun pada masa itu hous...