Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Membina Generasi acuan Quran

7 November 2013 Malam ni aku pergi ke ceramah Ustaz Syed Noor Hisyam Tuan Padang di masjid Al-Muttakin, Kerupang Labuan. Tajuknye pasal Maal Hijrah. Tapi, itu bukan topik yang aku nak citekan. Topik yang the best adalah pasal masyarakat yang datang ke majlis ilmu ni. Aku boleh pujila for certain ibu bapa yang bawa anak-anak mereka untuk datang ke majlis ilmu ni. Anak yang dari kecil-sekecil bayi hinggalah besar sebesar gajah (hehehe.. sory hiperbola ckit). Anyway, bukan mudah nak ajar anak-anak sekarang untuk mencaintai majlis ilmu. Ya, kebiasaan. itulah kunci bagi ibu bapa untuk mendidik anak-anak supaya biasa ke majlis ilmu. Bila tengok anak-anak kecil ni yang comel n tembam ni, hati aku berbunga-bunga. Mulai berangan, jika aku ada anak suatu hari nanti aku akan biasakan mereka dengan majlis-majlis ilmu seperti ni. Aku akan biasakan mereka dengan selalu singgah di kedai-kedai buku agar mereka biasa dengan pembacaan. Sungguh nak melahirkan generasi Quran pada zaman ni bukan m

Fitrah Manusia...

Bismillahirrahmanirrahim... Melihat berita dari dada-dada akhbar, dalam tv malah dalam laman sosial menyebabkan aku tersentak. Parahnya dunia sekarang. Berita tentang perang, pembunuhan, perebutan harta, penindasan. Segalanya berlaku setiap hari. Tiada hari yang aku lalui tanpa mendengar berita-berita yang mengerikan seperti pembunuhan. Sehinggakan berita-berita ini menjadi biasa dalam norma masyarakat yang semakin parah. Sudah hilangkah segala sifat keperimanusiaan dan sifat berlemah lembut dalam diri manusia. Begitu kejamkah dunia sekarang menyebabkan tiada lagi tempat yang selamat untuk didiami... Dalam hatiku bertanya, kenapa dunia seakan tidak mengambil peduli akan perkara yaqng berlaku di sekeliling? Sudah tiada lagikah suara kebenaran yang dilaungkan? Sudah tiadakah umat yang bangkit menegakkan kebenaran dan Islam. Akibat dari Dosa Dunia yang aku yakin semua orang inginkan ialah dunia yang aman dan tenteram. Senang didiami dan terasa selamat berada di atasnya. Namun,

Inilah Saya, Anda Siapa?

Teringat satu kisah tokoh yang sangat disegani pada zamannya. Tokoh ini telah membuka mata semua umat Islam yang sedang lena setelah dijajah oleh musuh dengan jajahan tanahair, pemikiran dan cara hidup. As-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Seorang tokoh yang sangat disegani sama ada oleh teman atau lawan. Mempunyai peribadi yang sangat mulia.  Lihatlah pada prinsip hidupnya. Apabila dirinya (Hasan) diminta untuk memperkenalkan diri oleh seorang wartawan, lalu ia menjawab: "Saya adalah pemngembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni dibawah naungan Islam yang murni. Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya." Justeru dia berseru: "Sembahnyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutukanNya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya sal

Pengajaran Tentang Kebenaran

Bismillahirrahmanirrahim...      Hari ini saya belajar satu perkara. Perkara yang mungkin menjadikan diri saya lebih matang dalam membuat keputusan. Perkara yang menjadikan diri ini berfikiran jauh dalam menilai sesuatu perkara.            Kini bagi diri saya, saya lihat kebenaran itu seperti ikan yang berada di dalam air yang jernih. Ada TIGA golongan yang akan melihat ikan tersebut dari penglihatan yang berbeza iaitu salah satunya ialah golongan manusia yang melihat kedudukan ikan itu dari permukaan air dengan hanya mengandaikan bahawa ianya adalah kedudukan sebenar ikan tersebut.      Golongan kedua ialah golongan yang mengetahui bahawa kedudukan ikan yang dilihat pada permukaan air itu hanyalah akibat dari pembiasan cahaya yang memasuki ke tempat yang berbeza medium iaitu udara ke dalam air tetapi tidak pernah ingin mengetahui kedudukannya yang sebenarnya.      Dan akhir sekali, golongan ketiga iaitu golongan yang mengetahui bahawa apa yang dilihat melalui pe