Bismillahirrahmanirrahim.... Kini sudah dua bulan aku berada di rumah. Cuti semester yang aku lalui, tidak kugunakan dengan baik. Cuti penggal semakin habis. Kini, bagi diriku, tiada alasan lagi untukku lengahkan masa dengan buat perkara yang remeh dan tidak mendatangkan berfaedah. Bukan masanya. Untuk aku menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia. Bukan masanya untuk aku bersuka ria. Aku ada tugas yang lebih besar untuk aku capai. Aku ada impian yang lebih tinggi untuk dikejar. Aku ada amanah yang lebih berat untuk dipikul. Fikiranku mula ligat semula. Untuk mencari inspirasi yang hilang. Untuk mencari kemahiran yang kian pudar. Untuk mencari kejernihan akal yang kian keruh. Agar masaku tidak dipersiakan. Agar kudratku digunakan sebaik mungkin. Agar usiaku dicurahkan kepada kebenaran. Agar diriku tidak menyesal di kemudian hari . Kehidupan ini kuibaratkan seperti lebuhraya. Manusia kuibaratkan seperti pemandu kenderaan yang pelbagai yang melalui lebuhraya
Meratib nama Allah setiap hela nafas, setiap detik waktu. Tidak pernah putus untaian kasih dariMu Ilahi.....