“Dalam dunia ni, dua perkara kau perlu pegang untuk terus hidup, pandai cari peluang dan rajin.” Nasihat housemate ku. Aku yang kusyuk makan di nasi ayam di gerai mula fokus terhadap apa yang housemate aku katakan. Kami bertiga yang sudah lama tidak duduk bersama, bercadang untuk makan bersama di kedai luar. Ayat itu telah merasuk ke dalam jiwa batinku.Bagi aku yang berada di dalam dilema, menjadi penanam anggur yang tak bertauliah ayat itu umpama pedang yang menghunus terusan ke hati aku. Tidak cukup dengan itu, hati aku terus terasa seperti dihiris-hiris. Bagaikan tukang jual daging sedang menyiat-nyiat kulit binatang sembelihannya, lalu daging yang segar itu dihiris halus-sehalusnya. Perit sekali. “Kalau kau pegang dua perkara ni, takkan susah untuk kau senang.” Sambungnya lagi. Walaupun pada masa itu housemate aku bercakap pada kami dua orang, namun aku merasai bahawa ayat itu benar-benar ditujukan kepadaku. Bukan aku merasai bahawa dia sen
Meratib nama Allah setiap hela nafas, setiap detik waktu. Tidak pernah putus untaian kasih dariMu Ilahi.....