Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Cerpen 5: Berubah Siri II

                                  Malam ini dirasakan indah dimata Saiful. Diamati bintang-bintang di langit. Berkerlipan menghiasi langit malam. Sebelum ini tidak pernah dia merasakan keindahan langit malam. Apa yang dirasai hanyalah keindahan berpesta di club malam bersama-sama rakannya.                 Dia termenung. Tanpa disedari, terukir senyuman di bibirnya. mengingatkan peristiwa siang tadi. Sekali lagi dia terserempak dengan perempuan itu.                 Hatinya berbunga-bunga apabila dapat bertemu dengan perempuan itu semula. Kejadian yang berlaku siang tadi sangat pantas. Baru sahaja dia ingin berdiri dan bergerak ke arah perempuan tersebut. Namun ktika hatinya melonjak kegembiraan untuk menyapa, tiba-tiba dia dihalangi oleh satu bayangan yang muncul dihadapannya.                          "Kak Nita!"                 "Assalamualaikum, Maaf Saiful akak lambat. Baru habis diskusi dengan pelajar akak." Ucap kak Nita yang juga merupakan

Ketika si 'Dia' datang Meminang.....

Ketika si Dia datang meminang, Aku terkesima, Segala perasaan bercampur baur. Ketika si 'Dia' datang meminang.... Aku tidak tahu ingin berbuat apa, Aku takut aku tidak bersedia,  apabila dia menjemputku. Ketika si 'Dia' datang memanggil, Air mataku tidak dapat membayangkan, Adakah aku akan bahagia, Atau sengsara. Keputusan itu bukan ditanganku, Sama ada mahu menerima atau menolak, Pinangan dari si 'Dia', Semua itu keputusan Tuhanku, Secara paksa atau rela, Aku terpaksa menerima. Cepat atau lambat, Masanya sudah ditulis. Telah dituliskan, Oleh Tuhanku di Luh Mahfuz, Detik aku dipinang. Namun, Aku memohon, Dengan belas ehsan dari Tuhanku, Agar diberikan masa, Untuk aku bersedia menerima pinangannya, Ya... Dialah.... Kematian.....

Cerpen 5: Berubah siri I

Tuk.. tuk... Tuk..                 "Aduh... Sape pulak pagi-pagi ni ketuk pintu. Kacau orang tidur je." Omel Saiful apabila tidurnya dikacau oleh orang yang mengetuk pintu biliknya.                 Tuk.. Tuk.. Tuk... "Assalamualaikum, Saiful." Kedengaran suara memanggil namanya di balik pintu tersebut.                 "Ish... Mesti dia lagi ni." Dengan gaya malas Saiful bangun dari katil perlahan-lahan. Hatinya membara mengenangkan orang yang mengetuk pintu biliknya. Sambil berjalan ke arah pintu, dirinya mengomel sendirian dengan kata-kata sumpah kepada empunya diri yang berani mengacaunya tidur.                 "Apa!!!" Suara Saiful ditinggikan kepada orang yang berada di hadapannya itu.                 Orang itu kemudiannya senyum dengan senyuman yang paling manis. Buat sahabatnya. Hatinya tidak tegar melihat sahabatnya kecundang.                 "Jom solat. Dah azan Subuh ni." Jawab suara itu dengan nad