Bagaimana ingin mengingkatkan motivasi dalam apa jua yang kita lakukan? Pelbagai cara yang diambil oleh individu yang berbeza berdasarkan kecenderungan dan minat serta metod bagi meningkatkan motivasi dalam melakukan apa jua perkara. Bagi saya, banyak cara yang boleh diambil bagi menjadi pemangkin kepada motivasi diri. Namun, cara yang paling berkesan buat diri saya adalah dengan memperdengarkan kisah kejayaan atau kegagalan seseorang tokoh dalam bidang yang berbeza. Bagi diri saya yang mempunyai banyak minat dan kecenderungan amat memerlukan cara yang lebih baik dalam menguruskan minat serta meningkatkan motivasi buat melakukan aktiviti yang diminati. Mungkin juga minat yang dipupuk boleh membawa kepada kerjaya atau menjadi salah satu dana alternatif dalam kehidupan. Kecenderungan yang saya miliki sekarang adalah ingin menjadi penulis bebas. Saya sangat termotivasi dengan kisah seorang tokoh penulis bebas yang terkenal di Am
Meratib nama Allah setiap hela nafas, setiap detik waktu. Tidak pernah putus untaian kasih dariMu Ilahi.....