Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Cerpen 2: Syukur

                 "Nia, cepatlah sikit, kita dah lambat ni!" gesa Mila kepada Nia yang sedang bersiap.                 "Ala, ada lagi 40 minit lagi sebelum kelas. Sabarlah." jawab Nia sambil melihat jam tangannya yang menunjukkan masa sekarang baru 7.20 pagi. Kelas mereka mula pada pukul 8.00 pagi.  'Masih sempat lagi walaupun bersiap 10 minit sebelum kelas' fikir Nia kerana hostel mahasiswi sangat dekat dengan bangunan kampus. Hanya sekitar sepuluh minit sahaja sampai ke kampus dengan berjalan kaki. Langkahnya lengah. Mila merasa sedikit geram dengan Nia kerana dia sangat mementingkan masa. Mila merupakan orang yang sangat berdisiplin. Dia sangat benci menunggu dan ditunggu oleh orang lain. Itu bukan sikapnya.                 Hari ni hari pertama kuliah selepas naik dari cuti semester. Tahun ni merupakan tahun akhir bagi Nia dan Mila di pengajian tinggi. Semua perasaan bercampur baur. Rasa gembira pun ada.. Rasa sedih pun ada untuk meninggalkan

Cerpen 1: Taubat

           Sinar cahaya matahari melalui celahan kaca jendela mula masuk ke bilik. Ruang itu yang pada mulanya gelap dek langsir yang menutupi, kini mula terang kembali pabila Lia menyingsirnya . Mata Lia meliar ke luar jendela. Kehijauan dedaunan di pohon yang rendang disimbahi dengan cahaya yang sama. Ya, cahaya matahari. Yang memberikan sinarannya kepada semua makhluk di bumi ini. Atas perintah Tuhan, ia membakar diri untuk memberi kehidupan kepada yang lain. Itulah hebatnya ciptaan Tuhan...       Namun bagi orang yang tidak pernah memikirkan tentang kehebatan Tuhan, tidak akan pernah terlintas dihatinya akan kecantikan ciptaanNya serta tidak pernah bersyukur dengan kurniaanNya. Lia, yang dari tadi berdiri di tepi jendela, menghembuskan nafasnya secara perlahan. Keluhan kecil keluar dari mulutnya.Fikirannya celaru. Hatinya tidak tenang. Tidak tenang seperti selalu.       Dia mengeluh Ada sesuatu yang membebankan fikirannya. Namun dia tidak tahu apa. Juga tidak mengert

Hobi

Jiwa aku sangat teringin nak jadi penulis...  Tapi, biasalah.. nak tulis satu bari ayat pun berfikir satu jam... Bukan apa. Aku fikir banyak faedah yang boleh aku dapat melalui penulisan.. Nak tau apa dia? First, kalau aku fikir aku nak menulis, aku perlu banyak membaca. Ya.. mungkin cita-cita aku ni boleh jadi pemangkin supaya aku dapat minat membaca dan menimba ilmu dengan membaca. Second, nak menulis ni kene kreatif... Aku kena tulis bait-bait yang menyenangkan dan membuatkan orang ingin terus membaca. This is one of the way to attract people. Maksudnya, mudah untuk aku menarik perhatian manusia dengan tulisan aku... Hahaha... rasa macam celebrity la pulak.   (Belum apa-apa dah berangan lebih) Sekiranya aku boleh menulis, maka dengan senangnya aku boleh berdakwah melalui penulisan. Banyak betul faedah kan... Lagi pun aku fikir bolehla aku mengisi masa lapang dengan buat duit melalui penulisan..(Betul x?2x).. Well, anyway its the best way for me to