Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

Jiranku.. oh.. Jiranku

Petang itu, sewaktu aku masih lagi kecil, aku duduk di atas pangkin di halaman rumahku. Sepohon pokok manga merendang meneduhiku. Sesekali aku merasa dingin angin menerpa di badanku. Dedaun keguguran setiap kali angin sejuk itu menerpa. Pohon juga mengikut rentak angin, bagaikan menari tarian riang dan mesra mendamaikan hati setiap insan yang melihat. Ibu duduk disampingku sambil mengupas mangga muda dan di potong isinya, dimasukkan ke dalam pinggan di hadapannya. Sedikit kicap, gula dan hirisan lada pula dihidang bersebelahan pinggan mangga. Aku mencicah potongan mangga dengan sambal kicap disebelahnya. Enak sekali. Ianya menjadi lebih enak apabila jiran tetangga turut serta. Riang sekali suasana petang itu. Beginilah rutin petangku bersama ibu di kampung. Pelbagai aktiviti yang kami lakukan bersama jiran tetangga. Kadang-kadang kami menjalankan latihan nasyid, kadang-kadang tarian piring. Ada juga masa kami lakukan aktiviti membuat kraf seperti bunga sabun, bunga dari botol plas