Skip to main content

Hobi



Jiwa aku sangat teringin nak jadi penulis... 

Tapi, biasalah.. nak tulis satu bari ayat pun berfikir satu jam... Bukan apa. Aku fikir banyak faedah yang boleh aku dapat melalui penulisan..

Nak tau apa dia?

First, kalau aku fikir aku nak menulis, aku perlu banyak membaca. Ya.. mungkin cita-cita aku ni boleh jadi pemangkin supaya aku dapat minat membaca dan menimba ilmu dengan membaca.

Second, nak menulis ni kene kreatif... Aku kena tulis bait-bait yang menyenangkan dan membuatkan orang ingin terus membaca. This is one of the way to attract people. Maksudnya, mudah untuk aku menarik perhatian manusia dengan tulisan aku... Hahaha... rasa macam celebrity la pulak. 
(Belum apa-apa dah berangan lebih)

Sekiranya aku boleh menulis, maka dengan senangnya aku boleh berdakwah melalui penulisan. Banyak betul faedah kan...

Lagi pun aku fikir bolehla aku mengisi masa lapang dengan buat duit melalui penulisan..(Betul x?2x)..

Well, anyway its the best way for me to show my inspiration and also the reflection of my heart... hehehe..

Doakan aku berjaya ye...
(Saje merapu kat sini)

Comments

Popular posts from this blog

Bedah Buku 2: Prinsip-prinsip Pengurusan Pemerintahan Islam

Judul: Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz Karya: Prof. Madya Rasid Muhamad                 Siapa yang tidak kenal dengan seorang tokoh besar dalam Islam yang membawa satu perubahan yang ketara dalam pemerintahan Islam sehingga mengangkat ketamadunan Islam ke puncak kegemilangannya. Dialah Khalifah Umar Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah. Digelar sebagai Khulafa' Rasyidin yang kelima. Yang telah menghiaskan pemerintahan dengan syiar-syiar Islam dalam tempoh yang sangat singkat iaitu dua tahun lima bulan.                 Pemerintahannya yang telah mengubah sistem pemerintahan menjadi sangat adil sehingga dikatakan rakyatnya yang berada di lubuk pedalaman yang paling dalam sekalipun merasai keadilan pemerintahannya. Perubahan secara menyeluruh ini berjaya membuatkan beliau mencapai matlamat kekhalifahan yang sebenar iaitu...

SANG KOPI DAN BISKUT KERING..

Matahari terik jelas terasa. Sedang orang ramai bergegas mengejar dunia yang tidak pernah henti malah jarang sekali untuk menoleh, kelihatan seorang lelaki berusia lebih dari separuh abad yang memakai pakaian lusuh serta topi berwarna hijau tua sedang mengayuh beca tuanya secara perlahan-lahan. Matanya meliar-liar sekeliling, tercari-cari sekiranya ada insan yang sudi untuk menjadi pelanggannya, menaiki beca tuanya yang sekian hari dimamah karat. Sesekali dia mengelap air peluh dari dahinya yang mengalir jatuh ke pipi dengan sapu tangan yang di sidai di atas bahunya. Hampir separuh harinya berpusing-pusing sekitar bandaraya, menagih pelanggan yang tidak kunjung tiba. Apabila kepenatan menyinggah, lelaki tua itu berehat sebentar di bawah pepohonan teduh bagi mengembalikan semula kudrat tuanya. Apabila petang menjelma, si tua tersebut kembali semula kerumahnya. Si isteri tetap setia menunggu di balik pintu. Menyediakan air kopi panas untuk diminum berserta biskut kering me...

Jiranku.. oh.. Jiranku

Petang itu, sewaktu aku masih lagi kecil, aku duduk di atas pangkin di halaman rumahku. Sepohon pokok manga merendang meneduhiku. Sesekali aku merasa dingin angin menerpa di badanku. Dedaun keguguran setiap kali angin sejuk itu menerpa. Pohon juga mengikut rentak angin, bagaikan menari tarian riang dan mesra mendamaikan hati setiap insan yang melihat. Ibu duduk disampingku sambil mengupas mangga muda dan di potong isinya, dimasukkan ke dalam pinggan di hadapannya. Sedikit kicap, gula dan hirisan lada pula dihidang bersebelahan pinggan mangga. Aku mencicah potongan mangga dengan sambal kicap disebelahnya. Enak sekali. Ianya menjadi lebih enak apabila jiran tetangga turut serta. Riang sekali suasana petang itu. Beginilah rutin petangku bersama ibu di kampung. Pelbagai aktiviti yang kami lakukan bersama jiran tetangga. Kadang-kadang kami menjalankan latihan nasyid, kadang-kadang tarian piring. Ada juga masa kami lakukan aktiviti membuat kraf seperti bunga sabun, bunga dari botol plas...