Skip to main content

Posts

Ramadhan...

Kau... kau datang setahun sekali Membawa rahmat dan barakah, Buat umat yang selalu leka, Kau.. Hadirmu menjadi penyeri, Dinanti-nanti oleh semua mukmin,, Kau dihiasi dengan pahal yang berganda, Dek ibadat yang hanya khusus pada waktumu, Kau... Aku mencintaimu, Sering membuat jiwaku teruja, Untuk meniti hari bersamamu, Kau... Pabila kau hadir, Seluruh pintu neraka ditutup serapatnya, Segala iblis, jin dan syaitan dikurung, Dan Allah membuka pintu syurga seluas-luasnya buat hambanya. Kau... Kehadiranmu membuatkan hatiku teruja,  meningkatkan amal buat menambah pahala, Memudahkan hati menyingkir amalan mungkar, Sungguh bertambah takwa bagi hati yang tidak pernah menyiakanmu. Jangan kau pergi, Kerna pergi bererti satu rahmat yang besar hilang, Pergimu memudahkan hatiku goyah dek hasutan, Imanku menjjadi pasang surut dan berombak, Dek hasutan nafsu dan syaitan yang sering menggangu, Harapanku..  Agar ka...

Untukmu Sahabat...

Sahabat1: Sifat Umar al Khattab

Rujukan: Belajar Dari Dua Umar    Ali lelaki yang penuh ilmu dengan pemahaman mendalam, sekaligus periang dan penuh kelakar.    Demikianlah Umar Al-Khattab menyifatkan Ali. Umar, meskipun memiliki firasat yang tajam, bukanlah orang yang sekilas lalu memberikan penilaian. Umar memiliki tiga ukuran untuk mengenali sifat sebenar seseorang.    Satu saat ketika seseorang memuji kawannya dalam persaksian sebagai orang baik, Umar bertanya kepadanya, "Apakah engkau pernah memiliki hubungan dagang atau hutang-piutang dengannya sehingga engkau mengetahui sifat jujur dan amanahnya?”    “Belum,” jawabnya ragu.    “Pernahkah engkau berselisih perkara dan bertengkar dengannya sehingga tahu dia tidak fajir kala berbantahan?”    “Emm, juga belum…”    “Pernahkah engkau berpergian dengannya selama sepuluh hari sehingga telah habis kesabarannya untuk berpura-pura lalu kamu mengenali watak-watak aslinya?” ...

Cerpen 4: Kencang

Rujukan: Surah Al-'Adiyat                 "Sofea, jom kita pergi solat tarawih sama-sama." ajak Aliaa. Sofea yang dari tadi tekun menekan butang-butang di komputer ribanya. Berkerut-kerut dahinya menyiapkan laporan yang perlu dihantar kepada majikannya esok pagi. Matanya merah menandakan Sofea dari tadi menahan rasa mengantuk. Air nescafedalam mug kesayangannya yang berada di sisi komputer riba diambil lalu diteguk perlahan-lahan. Panas..                 " Kau pergilah. Aku nak siapkan laporan ni. Esok mesti ada atas meja bos aku ni." jawabnya tanpa menoleh ke arah Aliaa.                 Mereka berdua baru selesai solat isyak berjemaah. Begitulah kehidupan seharian mereka. Kalau berkelapangan, mereka akan solat berjemaah dan sering memberi taz...

Cerpen 3: Dunia Baru

                   "Encik Ali, ada apa-apa yang perlu saya lakukan?" ujar Lia kepada penyelianya.                 "Setakat ni masih belm ada lagi. Kamu duduk dulu.Biasakan diri dengan tempat dan berkenalan dengan pekerja-pekerja di sini dulu. Kalau ada tugasan saya akan beri." jawab Encik Ali.                 Rasa janggal menyelinap dalam diri. Lia dudk di meja yang telah disediakan untuknya. Melihat keadaan sekeliling yang agak sibuk Lia merasa dirinya seperti tunggul dan batu yang tidak boleh buat apa-apa dan membatu di tempatnya.                     'Tak tahu nak buat apa...' fikirnya.                 Tidak lama kemudian, Lia mengeluarkan ses...

Motivasi 2: Tokoh Penulis Bebas- Lee Beadling

Bagaimana ingin mengingkatkan motivasi dalam apa jua yang kita lakukan?                 Pelbagai cara yang diambil oleh individu yang berbeza berdasarkan kecenderungan dan minat serta metod bagi meningkatkan motivasi dalam melakukan apa jua perkara. Bagi saya, banyak cara yang boleh diambil bagi menjadi pemangkin kepada motivasi diri. Namun, cara yang paling berkesan buat diri saya adalah dengan memperdengarkan kisah kejayaan atau kegagalan seseorang tokoh dalam bidang yang berbeza.                 Bagi diri saya yang mempunyai banyak minat dan kecenderungan amat memerlukan cara yang lebih baik dalam menguruskan minat serta meningkatkan motivasi buat melakukan aktiviti yang diminati. Mungkin juga minat yang dipupuk boleh membawa kepada kerjaya atau menjadi salah satu dana alternatif dalam kehidupan. Kecenderungan yang saya miliki ...

Islam dan Sains: Belajar dari Pepatung

Sumber utama: Berfikirlah Sejak Anda Bangun Tidur Karya:          Harun Yahya       Topik ini sangat menarik untuk dikupas. Al-kisahnya sendiri disebut dalam al-Quran. Perumpamaannya adalah seperti lalat. Mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.      “Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah” (QS. Al-Hajj, 22: 73)      Kenapa dikatakan hampir sama?      Persoalan yang memang sepatutnya kita tanya pada diri sendiri. Kalau tiada rasa ingin tahu dalam diri maka tidak bergunalah akal yang Allah berikan kepada manusia. ...