Skip to main content

Posts

Motivasi 2: Tokoh Penulis Bebas- Lee Beadling

Bagaimana ingin mengingkatkan motivasi dalam apa jua yang kita lakukan?                 Pelbagai cara yang diambil oleh individu yang berbeza berdasarkan kecenderungan dan minat serta metod bagi meningkatkan motivasi dalam melakukan apa jua perkara. Bagi saya, banyak cara yang boleh diambil bagi menjadi pemangkin kepada motivasi diri. Namun, cara yang paling berkesan buat diri saya adalah dengan memperdengarkan kisah kejayaan atau kegagalan seseorang tokoh dalam bidang yang berbeza.                 Bagi diri saya yang mempunyai banyak minat dan kecenderungan amat memerlukan cara yang lebih baik dalam menguruskan minat serta meningkatkan motivasi buat melakukan aktiviti yang diminati. Mungkin juga minat yang dipupuk boleh membawa kepada kerjaya atau menjadi salah satu dana alternatif dalam kehidupan. Kecenderungan yang saya miliki ...

Islam dan Sains: Belajar dari Pepatung

Sumber utama: Berfikirlah Sejak Anda Bangun Tidur Karya:          Harun Yahya       Topik ini sangat menarik untuk dikupas. Al-kisahnya sendiri disebut dalam al-Quran. Perumpamaannya adalah seperti lalat. Mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.      “Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah” (QS. Al-Hajj, 22: 73)      Kenapa dikatakan hampir sama?      Persoalan yang memang sepatutnya kita tanya pada diri sendiri. Kalau tiada rasa ingin tahu dalam diri maka tidak bergunalah akal yang Allah berikan kepada manusia. ...

Tinker Bell

                  Me right now is trying to learn in writing English article. If there have some grammar mistake or what so ever you may allowed to give me an advice on how to write  proper English article.      Well, right now I'm just watch the  3D movie by Walt Disney is about Tinker Bell, a fairies who tried finding her talent in helping the spring to bloom after the winter. It's really enjoy for a people who really to watch movies especially in 3D animation. I'm the one who learn how to make  3D animation. It's not easy unless you are really have a talent, patient and interest in making it.       Back to the main purpose for what I want to talk about.... actually write about..       What am I really interest about this story is how the tinker bell tried her hard to find her own way of talent. From the optimist value, we can say that she never give up. E...

Motivasi 1: Focal Point

Al-Kisah      Pernah suatu ketika, timbul masalah teknikal yang serius di salah sebuah logi kuasa nuklear. masalah itu menyebabkan janaan kuasa menjadi perlahan dan menyusutkan keefisienan seluruh operasi.        Walaupun sudah mencuba sedaya upaya, jurutera-jurutera ligi tidak berjaya mengenal pasti dan menyelesaikan masalah teknikal tersebut. Oleh itu, mereka bersepakat untuk mendapatkan bantuan konsultan termuka dalam bidang pembinaan dan kejuruteraan logi kuasa nuklear bagi memeriksa di mana punca masalahnya. Konsultan itu tiba lantas memakai kot putihnya bagi memulakan kerja. Selama dua hari beliau berjalan merata-rata di bahagian logi dan meneliti beratus-ratus dail dan tolok di bilik kawalan lalu membuat catatan dan kiraan.        Pada penghujung hari kedua, beliau mengambil sebatang pen dari poketnya, langsung memnjat tangga dan meletakkan tanda pangkah "X" besar-besar pada salah satu tolok yang ada disitu. ...

Peribadi Diri Cermin Islam

Apa yang anda rasa kalau meja study anda macam ni ketika sedang belajar???                    Aduh... sakit kepala saya tengok walaupun meja sendiri. Nampak sangat x konsisten dalam menjaga kekemasan dan kebersihan. Teringat apa yang sahabat saya cakap sewaktu di matrik: "Kita ni orang Islam, perlu tunjuk contoh dan teladan yang baik. Kebersihan dan kekemasan perlu dijaga. Juga dari segi semua aspek.                  Dari segi akademik juga perlu berterampilan baik untuk mengekalkan rasa izzah (bangga berada dalam Islam) pada non-Muslim. Menunjukkan Islam adalah agama yang terbaik." Apa yang sahabat saya cakap memang betul. Setiap Muslim itu mem"publish"kan Islam di mata orang lain. Non-Muslim biasanya akan menilai Islam itu melalui perbuatan dan tingkah laku orang Islam, meskipun bagi kita Islam itu bukan pada orang namun pada ajaran agamanya.       ...

Cerpen 2: Syukur

                 "Nia, cepatlah sikit, kita dah lambat ni!" gesa Mila kepada Nia yang sedang bersiap.                 "Ala, ada lagi 40 minit lagi sebelum kelas. Sabarlah." jawab Nia sambil melihat jam tangannya yang menunjukkan masa sekarang baru 7.20 pagi. Kelas mereka mula pada pukul 8.00 pagi.  'Masih sempat lagi walaupun bersiap 10 minit sebelum kelas' fikir Nia kerana hostel mahasiswi sangat dekat dengan bangunan kampus. Hanya sekitar sepuluh minit sahaja sampai ke kampus dengan berjalan kaki. Langkahnya lengah. Mila merasa sedikit geram dengan Nia kerana dia sangat mementingkan masa. Mila merupakan orang yang sangat berdisiplin. Dia sangat benci menunggu dan ditunggu oleh orang lain. Itu bukan sikapnya.                 Hari ni hari pertama kuliah selepas naik dari cuti s...

Cerpen 1: Taubat

           Sinar cahaya matahari melalui celahan kaca jendela mula masuk ke bilik. Ruang itu yang pada mulanya gelap dek langsir yang menutupi, kini mula terang kembali pabila Lia menyingsirnya . Mata Lia meliar ke luar jendela. Kehijauan dedaunan di pohon yang rendang disimbahi dengan cahaya yang sama. Ya, cahaya matahari. Yang memberikan sinarannya kepada semua makhluk di bumi ini. Atas perintah Tuhan, ia membakar diri untuk memberi kehidupan kepada yang lain. Itulah hebatnya ciptaan Tuhan...       Namun bagi orang yang tidak pernah memikirkan tentang kehebatan Tuhan, tidak akan pernah terlintas dihatinya akan kecantikan ciptaanNya serta tidak pernah bersyukur dengan kurniaanNya. Lia, yang dari tadi berdiri di tepi jendela, menghembuskan nafasnya secara perlahan. Keluhan kecil keluar dari mulutnya.Fikirannya celaru. Hatinya tidak tenang. Tidak tenang seperti selalu.       Dia mengeluh Ada sesuatu yang membebank...